Dibawah ini diabadikan 4 artikel bertajuk:
1. PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM
2. POLIGAMI: INDAH RUPA DARI KHABAR
3. PERANAN ISTERI PERTAMA DALAM
BERPOLIGAMI
4. NIKMATNYA BERMADU
PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat
kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala
kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan
bulan
yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang
berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih
sayang
Allah kepada makhluk-nya.
Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat
kepada
Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka
dan
juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan
dan
keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran
kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan
ibadah
mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah
kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat
lagi
membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika
Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka
dapati
kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).
Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang
puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun
dan
kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan
hari
ini. Maka sabda Nabi saw:
“Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari
kamu.”
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa.
Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa
yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka
Allah
akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat
juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang
berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa
satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang
kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan
kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada
hari
inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa
mereka yang lampau.
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang
teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah
berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala
yang
besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan
ini
sepertimana terdapat dalam satu hadis.
“Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam),
maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh
ribu
malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu
orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang
mati
syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim
pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan
tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi
buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan
mengenyangkan perut mereka.”
Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah
melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari
lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah
telah
menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan
menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan
laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz
dan
Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam
dan
Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan
neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari
Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada
hari
Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.
Pada
hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam
dan
diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan
Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan
terjadi
pada hari Asyura.”
Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi
Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah
kerana
hari itu merupakan hari taubat mereka diterima
oleh
Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom
keampunan.
Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang
Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun,
di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan
dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam
agama
dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya
Firaun,
Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah
sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu.
Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan
mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa
kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah
swt.
Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10
Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah
memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan
taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah
10
Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi
Adam.
Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di
bawa
ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat
baginda.
3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi
Nuh
a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di
mana
hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang
sahaja
yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan
cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan
penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga
ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah.
Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang
engkar
pada Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan
diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan
juga
hari di mana baginda diselamatkan dari api yang
dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi
penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada
api
supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim.
Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman
Namrud.
5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat
Nabi
Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun
bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih
lagi
ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah
membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia
untuk
menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud
itu.
Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya
dan
memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan
kepada
Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada
10
Muharam.
6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi
Isa
ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi
Isa
dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan
kepada
Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada
10
Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan
mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular
besar
yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan
laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa
dan
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan
tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah.
Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa
ini
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman
dan
Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi
kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan
berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari
perut
ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya.
Allah
telah memberikan hukuman secara tidak langsung
kepada
Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan
pada
10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada
baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari
perut ikan Nun.
10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi
Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan
kepada baginda.
Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada
Allah
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi
saw
telah bersabda dengan maksudnya:
“Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai
perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah
kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan
berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh
meninggalkannya.”
Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari
Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak
memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh
kerana
takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah
sunat.
Oleh: Dr. Ikmal
POLIGAMI: INDAH RUPA DARI KHABAR
Seorang lelaki diikat hatinya dengan empat hati
atau
tiga hati atau dua hati perempuan. Itulah poligami.
Sayidina Hussin bin Ali berkahwin dengan ramai
orang
isteri. Syeikh Abdul Kadir Jailani berkahwin empat
sekaligus. Ini berlaku di zaman para sahabat dan
salafussoleh. Dan contoh yang paling baik ialah
Rasulullah saw. Baginda mempunyai ramai isteri.
Poligami bukan mainan orang-orang mutakhirin yang
dikatakan untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata.
Tetapi inilah jejak-jejak para sahabat dan
salafussoleh antara beribu-ribu jejak yang
ditinggalkan oleh mereka. Mereka tinggalkan iman
dan
Islam untuk kita. Dengan bermodalkan iman dan islamlah
ulama-ulama atau orang-orang yang cintakan Islam
hari
ini boleh berjuang, berjihad, berkorban dan boleh
mengamalkan sunnah.
Poligami adalah sunnah yang sunat. Sunnah pun ada
lima
hukum. Jadi kalau untuk tegakkan sunnah Rasulullah
saw
sebagai bukti kecintaan pada Rasulullah, maka ikutilah
ke semua sekali cara hidup (sunnah) Rasulullah
dari
mula bangkit tidur hinggalah dalam berjuang dan
berjihad serta berkorban. Disinilah titik mulanya
kebahagiaan poligami.
Poligami tanpa pengamalan syariat akan pincanglah
ia.
Poligami memerlukan kekuatan iman. Ia menuntut
pengorbanan sehinggalah hati ditekan sampai ke
taraf:
“Tidak apalah aku tidak dapat apa-apa di dunia.
Aku
inginkan ganjaran di akhirat kelak.”
Bukan calang-calang hati yang boleh memikul bebanan
begitu. Kalau mahu kenal diri, berpoligamilah.
Baik
isteri mahupun suami. Di situlah tempat keluarnya
segala mazmumah hati. Salah-salah didik boleh menarik
kita ke neraka Allah swt.
Hikmat-hikmah berpoligami itu terlalu banyak:
1. Rasulullah berbangga dengan umat yang ramai.
Ini sesuai dengan hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Hendaklah kamu bernikah kahwin, hendaklah kamu
berketurunan. Saya berbangga dengan pengikut yang
ramai.”
Rasulullah berbangga dengan pengikut yang ramai.
Kalau
berkahwin satu mungkin menghasilkan anak yang tidak
ramai tetapi jika isteri ramai, ramailah pula anak
dan
sekaligus bertambahlah umat Rasulullah saw. Itulah
sebabnya Rasulullah menggalakkan seorang lelaki
berkahwin dengan perempuan yang berketurunan ramai
anak. Hadis yang berbunyi:
“hendaklah kamu berkahwin dengan perempuan yang
ramai
anak dan berkasih sayang.”
Menggembirakan hati Rasulullah adalah satu perkara
yang baik dengan terpuji. Kita akan turut rasa
bahagia
jika Rasulullah gembira. Untuk bersama-sama dengan
baginda memanglah kita tidak berpeluang lagi. Cukuplah
dengan menggembirakan baginda dengan perkara-perkara
yang disukai oleh baginda Rasulullah saw.
2. Sebagai tanda kasih sayang kepada suami
Selalunya bila hati sudah cinta, sanggup menyerahkan
jiwa dan raga. Berapa ramai anak gadis yang hilang
kegadisannya kerana cinta. Mereka korbankan untuk
kekasih yang dicintai. Tetapi pengorbanan mereka
salah
tempat dan mendapat kutukan daripada Allah swt
kerana
Allah melarang perbuatan zina.
Dalam hubungan ikatan kasih sayang suami isteri
juga
begitu. Bila kita sayangkan suami tentulah kita
ingin
menggembirakan hatinya. Kita akan turut tersenyum
bila
suami tersenyum. Itu hati seorang perempuan yang
cintakan suaminya. Bila suami gembira (redha) dengan
apa yang dilakukannya. Tetapi tidak bagi wanita
yang
cintakan suami dengan pura-pura, dia akan menghulurkan
mulutnya dengan peluru berpandukan yang datangnya
dari
syaitan atau dengan mulut senapang.
Salah satu untuk menggembirakan hati suami ialah
dengan merelakan suami berkahwin lagi. Bukan sahaja
suami yang gembira, bahkan isteri juga mendapat
kebahagiaan. Kalau selama ini ukuran kasih sayang
suami 70%, akan bertambah 90% kerana rasa terhutang
budi dan belas kasihan kepada isteri yang sanggup
dimadukan dua, tiga dan empat orang untuk kebahagiaan
hati seorang suami.
Memang ini susah hendak dibuat. Sebab itu perlu
kekebalan iman. Barulah segala-galanya mudah. Modalnya
hanya iman iaitu kerana Allah dan untuk Allah.
Maka,
akan lapanglah dada selapang-lapangnya. Sejuk hati
sesejuk salji. Tetapi tidak semestinya orang yang
kebal iman sahaja yang boleh berpoligami. Adakalanya
Allah takdirkan poligami itu untuk kita meningkatkan
iman di dada. Oleh itu, kalau suami hendak kahwin
jangan kita larang.
3. Ujian pada wanita
Kaum lelaki mempunyai gelanggang perjuangan yang
luas.
Dunia ini dalam genggaman mereka. Wanita hanya
terhad.
Sebab itu, gelanggang yang besar maka ujian juga
besar. Sedangkan wanita gelanggangnya kecil dan
ujiannya juga kecil. Tetapi ujian yang dirasakan
paling besar bagi wanita adalah poligami.
Poligami menyingkap pekung di dada. Mazmumah yang
kita
bela dalam hati akan terungkai apabila berpoligami.
Itu pun kalau kita mahu baiki diri. terpulang pada
kita. Untuk menjadi baik, kita mesti tempuh gelanggang
mujahadah. Dan ada juga orang yang jatuh tersungkur
kerana kalah melawan hawa nafsu dan syaitan.
Kalau mahu mengukur kekuatan nafsu lihatlah melalui
tindakan kita terhadap madu dan suami ketika
berpoligami. Itulah nafsu kita yang selama ini
kita
bela. Maka, ujian poligami ini bukan untuk menyiksa
wanita tetapi sebagai salah satu tempat pemerosesan
hati yang sudah berkarat. Supaya hati itu bersinar
semula sebagai penyuluh yang terang dalam mengerjakan
perkara-perkara kebaikan untuk mengejar redha Allah
swt.
4. Kaum wanita melebihi kaum lelaki
Perangkaan telah menunjukkan bahawa wanita lebih
dari
lelaki. Sesuai dengan hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Di akhir zaman nanti bandingan di antara lelaki
dan
wanita, satu kemampuan lelaki lima puluh wanita.”
Jadi apa salahnya kita beri suami kita untuk berkongsi
nikmat yang Allah pinjamkan di dunia yang sementara
ini. Keperluan naluri manusia tidak boleh ditolak.
Tuntutannya perlu dipenuhi. Memang manusia suka
hidup
berpasangan. Lelaki suka perempuan dan perempuan
suka
lelaki. Cuma, ia mesti ikut syariat, baru Allah
redha.
Kalaulah kita berada di tempat orang-orang yang
tidak
berkahwin lagi di umur lewat 30-an atau 40-an
bagaimana? Apa perasaan kita? Oleh itu sama-samalah
kita amalkan poligami sebagai belas kasihan kepada
kawan-kawan sejenis yang ingin merasa nikmat hidup
berkeluarga. Rasulullah bersabda:
“Kasihanilah apa yang ada di bumi nescaya apa-apa
yang
dilangit akan mengasihani kepada kamu.”
Oleh: Puan Solehah
PERANAN ISTERI PERTAMA DALAM BERPOLIGAMI
Rata-rata masyarakat menganggap bahawa poligami
itu
suatu yang menyakitkan dan sesuatu yang menyusahkan.
Namun, bagi wanita yang beriman, berpoligami merupakan
satu rahmat dari Allah swt kerana di sinilah peluang
untuk mengaut berbagai pahala sebagai isteri dalam
berhadapan dengan madunya.
Hidup berpoligami sentiasa melatih kita untuk menjadi
seorang yang lebih bijak berfikir dan bertindak,
kalau
ianya dilaksanakan dengan suluhan syariat, bukan
dengan mengikut perasaan dan nafsu semata-mata.
Keistimewaan seorang suami beristeri empat ialah
melahirkan kematangan dan ketenangan di jiwanya
kerana
ia sudah mengenali dan menyelami keempat-empat
watak
yang berlainan itu. kehormonian rumahtangga
berpoligami akan nampak indah apabila isteri pertama
tampil dengan peranannya yang sebenar disertai
dengan
akhlak yang mulia. Dia akan dihormati dan disegani
oleh madu-madunya, sebab ia tahu setiap hak suami
merupakan hak Allah jua yang mesti dihormati.
Dia akan sentiasa menanamkan sifat penyayang.
Menyayangi madunya seperti seorang kakak yang sedang
menanti kepulangan saudara kandungnya dari perantauan
yang sekian lama tidak bertemu. Adiknya itu tentu
akan
disambut dengan penuh gembira dan kasih sayang.
Semua ini dilakukan dengan hati yang ikhlas dan
bukannya berpura-pura. Sifat berpura-pura tidak
akan
kekal lama, lambat-laun akan timbul sifat kebencian.
Akhlak yang baik itu bukan hanya ditunjukkan di
hadapan suami, tetapi juga semasa suami tiada.
Jangan
pula bila suami tiada, berlakulah ‘perang mulut’
antara sesama madu. Perbuatan ini bukan sahaja
merugikan malah kita telah menipu Allah dan suami.
Isteri tua adalah orang yang paling lama hidup bersama
suami. Dia tentulah amat arif dengan sifat dan
kemahuan suaminya. Apabila didatangi oleh ahli
baru
(madunya) maka secara spontan dia mestilah menjadi
‘guru’ kepada madunya, mengajarkan apa-apa yang
patut
kepada madunya itu agar tidak kekok ketika berhadapan
dengan suami. Janganlah kedekut, hasad dengki atau
sombong dengan ilmu yang ada. Nabi Musa a.s ketika
bermunajat kepada Tuhan pernah berkata, “Siapakah
makhluk yang paling Engkau benci?” Jawab Allah:
“Ya
Musa, siapa yang sombong hatinya dan kasar lidahnya,
dan lemah keyakinannya dan bakhil tangannya.”
Banyak ilmu yang tersirat yang patut diajarkan kepada
isteri-isteri yang lain. Contohnya, katalah isteri
pertama itu pandai memasak maka diajarkanlah kepada
isteri kedua rahsia masakan yang disukai oleh suami.
Kalau suami suka makan gulai cili api maka ajarkanlah
cara memasaknya supaya bertepatan dengan selera
suami.
Atau ketika suami hendak ke bilik air, segera siapkan
tuala, kain basahan, sabun mandi dan lainnya ataupun
mandi bersama. Kemudian bersegera menyiapkan
kelengkapannya untuk keluar seperti jubah atau
baju
melayu, seban, kopiah, sapu tangan dan sebagainya.
Ketika menyiapkan pakaian suami, berdialog dengan
Tuhan, aku rasa malu dengan diri, aku rasa tak
layak
untuk bersuamikan orang yang mulia dan baik ini.
Wahai
Tuhan, aku lakukan ini semata-mata kerana-Mu. Semoga
apa yang aku lakukan ini akan mendorongnya untuk
gigih
berjuang di tengah masyarkat.”
Kata-kata ini dijadikan sebagai amalan agar sentiasa
mengingatkan kita betapa tingginya martabat suami
di
sisi Allah.
Ketika suami keluar, diiringi dengan doa, “Wahai
Tuhan, Kau terimalah amal ibadahku yang sedikit
itu.
Kau selamatlah perjalanan suamiku, perjuangannya
dan
ibadahnya. Dan kalau suamiku terbuat dosa Kau
ampunkanlah….”
Kalau suami pulang ke rumah pula, salamnya jangan
dijawab dari dapur sahaja. Contohnya ‘Masuklah…..
pintu tak berkunci. Saya di dapur ni tengah
memasak…..’ Sebaik-baiknya, jawablah dengan nada
yang
lemah lembut, bukakan pintu, sambutlah dengan senyum
yang paling manis, pakaian yang paling cantik dan
dicium tangan suami dengan penuh hormat disertai
dengan selawat tiga kali.
Sambutlah kepulangan suami dengan penuh tawaduk,
tunduk dan malu. Kepulangannya kita sambut dengan
rasa
kesyukuran kerana Allah masih panjangkan usianya
untuk
membolehkan kita menabur bakti kepadanya.
Inilah di antara sebahagian kecil rahsia-rahsia
memaut
hati suami yang patut diajarkan kepada madu. Selaku
kakak yang tertua dalam keluarga maka berilah
kefahaman yang sebaiknya mengenai alam baru
rumahtangga kepada ‘adik-adik’nya.
Suami mana yang tidak gembira bila melihat
isteri
kedua atau seterusnya pandai melayannya sepertimana
isteri yang pertama. Dan bertambah gembira lagi
bila
diketahuinya isteri pertama itulah yang banyak
mengajarnya. Spontan itu juga timbul rasa kasih
sayang
yang berlipat ganda kepada isteri pertama. Akan
dihargai sumbangan isterinya itu dan bertambah
rasa
sayang kepadanya. Suami akan terasa indahnya
berpoligami.
Begitulah, bila isteri pertama berperanan memberikan
contoh yang terbaik, insyaAllah untuk mendidik
ahli
keluarga baru tidaklah susah. Tetapi kalau isteri
pertama sudah buat kerenah atau serba-serbinya
tidak
pandai dalam urusan melayan suami, malanglah. Ataupun
isteri yang baru pula ada sedikit ilmu tentang
hal
itu, mka tidak sepatutnya berlaku demikian.
Oleh itu persediaan diri perlu ada. Sentiasalah
rasa
merendahkan diri dan hati serta mengaku kelemahan.
Nabi Isa a.s ada mengatakan;
“Amat baiklah bagi orang yang merendahkan diri di
dunia. Mereka itu teman-teman mimbar pada hari
akhirat. Amatlah baik bagi orang yang membuat kebaikan
di antara manusia di dunia. Mereka itu akan mewarisi
syurga firdaus pada hari kiamat. Amat baiklah bagi
mereka yang disucikan hatinya di dunia. Mereka
yang
melihat Allah swt pada hari akhirat.”
Oleh: Puan Solehah
NIKMATNYA BERMADU
Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri
sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila
suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin
lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk
menerima kedatangan bakal madu. Bagaimanakah sikap
isteri dalam menerima kedatangan madu ini?
Bagi sesetengah isteri, kedatangan ‘orang baru’
itu
dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika
itu
mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur dan
memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Mungkin aku
dah
tidak secantik dulu…. Dah tak mengghairahkan lagi….”
dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main
dalam
kotak fikiran.
Allah turunkan ayat mengharuskan poligami, jauh
sekali
hendak menganiayai kaum wanita. Sebenarnya, poligami
adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan
nafsu pada diri wanita. Ketika itulah nafsu akan
tertekan.
Bermadu terasa menyakitkan kerana nafsu meronta-ronta
minta diturunkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya
menundukkannya, barulah datangnya nikmat bermadu.
Dan
bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu,
merintih dan menangis di hadapan Allah. Kita akan
menangis, bukan kerana kesal berpoligami tetapi
kerana
kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan
nikmat
Allah sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit
demi
sedikit, untuk diberikan kepada kita di Akhirat
kelak.
Dalam menerima kedatangan madu yang merupakan orang
baru dalam keluarga, isteri hendaklah berlapang
dada.
Kebanyakan ‘orang baru’ ini kurang tahu akan dunia
rumahtangga yang baru dimasukinya. Isteri pertamalah
yang perlu mendidik madunya dalam soal ini. Contohnya,
dia memberitahu madunya mengenai kesukaan suami
mereka, mengenai penjagaan pakaian suami, masakan
kegemaran suami, dan yang lebih penting bagaimana
untuk ‘tackle’ masalah suami.
Perkara ini memang sulit untuk dipraktiskan kerana
adakalanya isteri pertama khuatir madunya akan
mengatasi dirinya. Sikap ini tidak sepatutnya ada.
Sebaliknya, fikirkanlah bagaimana untuk berganding
bahu menghiburkan suami agar perjuangan suami di
luar
rumah berjalan lancar. Jika umpamanya kita tidak
mampu
memainkan peranan untuk membantu perjuangan suami,
biarlah madu kita mengambil peranan itu. Yang penting,
kita sesama madu dapat saling membantu untuk memberi
hiburan kepada suami. Inilah yang dikatakan cinta
suami kerana Allah.
Bagaimana sekiranya isteri pertama kurang bijak
dalam
sesuatu perkara manakala madunya pula lebih tahu
serba
sedikit urusan rumahtangga? Dalam hal ini, isteri
pertama perlulah mempunyai sifat tawadhuk dan
berfikiran terbuka. terimalah pandangan madu sekiranya
semua itu untuk kebaikan rumahtangga mereka.
Bagaimana pula sikap isteri kedua terhadap isteri
pertama? Yang penting, jagalah hati madu. Ketika
memberi pandangan, jangan sekali-kali memperlihatkan
kelemahan si ‘kakak”. Dalam banyak hal, isteri
kedua
hendaklah bersikap seperti murid kerana dia adalah
orang yang baru hendak mengenali ahli keluarga
suaminya. Jangan sekali-kali bersikap ego apabila
si
‘kakak’ memberi nasihat. Merendah dirilah dengan
banyak bertanya walaupun banyak yang kita telah
tahu.
Ini akan menimbulkan kemesraan.
Sekiranya kita nampak sesuatu kelemahan atau kesalahan
pada ‘kakak’ kita, cubalah betulkan secara berhikmah
kerana isteri pertama biasanya sangat sensitif
dengan
setiap perkataan dan perbuatan madunya. Jagalah
hatinya.
Sesama madu hendaklah sentiasa bertolak ansur.
Sekiranya madu kita payah hendak bertolak ansur
atau
beralah, kitalah yang perlu bermujahadah. Carilah
jalan yang boleh melembutkan hatinya. Misalnya,
hadiahilah dia dengan sesuatu yang disukainya walaupun
pada peringkat awal dia mungkin menolak. Ini
memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. manalah
tahu,
berkat kesabaran kita, dia berubah.
Isteri-isteri yang berpoligami sebenarnya tidak
dapat
lari daripada dilanda sifat resah, cemburu, pemarah
atau buruk sangka sesama madu. Apa yang penting
di
sini, pandulah perasaan itu mengikut syariat.
Untuk membuang terus segala sifat hati yang keji
itu
agak mustahil, tetapi kita boleh membendungnya.
Kosongkan fikiran kita ketika perasaan itu datang,
dan
isikan dengan memikirkan kebesaran Allah, tentang
nikmat dunia yang tidak kekal, atau tentang mati
yang
belum tahu bila masanya. Fikirkanlah tentang dosa-dosa
yang lalu dan selalu ingatkan bahawa ujian-ujian
yang
datang ini mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa
itu.
Sekiranya sifat-sifat hati yang keji itu dibiarkan
subur, kita akan menjadi orang yang kecewa, pemarah
tidak bertempat dan selalu menyimpan sakit hati
samada
terhadap sesama madu atau terhadap suami. Jadilah
kita
orang yang tidak tenang dan gopoh gapah dalam
bertindak.
Di samping itu, perkuatkan keyakinan bahawa Allah
Maha
Adil, supaya tidak timbul resah gelisah dengan
takdir
Tuhan yang menentukan kita bermadu. Banyakkanlah
mengingati Allah ketika dilanda perasaan berkecamuk.
Berdoalah kerana ia adalah senjata yang paling
ampuh
ketika dilanda ujian.
“Ya Allah, satukanlah hatiku dan hati maduku.
Lembutkanlah hati kami supaya dapat berbaik-baik.
Ya
Allah, tolonglah aku yang lemah ini……”
Akhir sekali, berserahlah kepada Allah kerana semuanya
adalah urusan Allah, yang sudah tentu banyak
hikmahnya.
Oleh: Puan Solehah