Dibawah ini diabadikan 4 artikel bertajuk:
1. JANGAN SAMPAI MEMUSUHI KEBENARAN
2. BAGAIMANA MENYAYANGI MENTUA
3. BIDANG YANG KURANG DIMINATI
OLEH WANITA
4. KALAU KITA TIDAK BERTAQWA
JANGAN SAMPAI MEMUSUHI KEBENARAN
Pepatah Arab ada mengatakan, “Manusia akan menjadi
musuh kepada apa yang ia tidak ketahui.” Ertinya
dalam
kehidupan sehari-hari manusia amat bergantung kepada
pengetahuan yang ia miliki dalam mengatur dan
mencorakkan kehidupannya. Manusia tidak mudah menerima
sesuatu yang masih tidak ada dalam pengetahuannya.
Malah manusia akan menolak dan menunjukkan sikap
penentangan terhadap perkara tersebut walaupun
ia
suatu kebenaran dan kebaikan.
Ini suatu realiti hidup manusia. Namun sikap ini
bukanlah suatu sikap yang baik malah sebaliknya
ia
merupakan sikap yang boleh merosakkan dan membinasakan
hidup manusia itu sendiri. Jika kebenaran dan kebaikan
yang ditentang maka sudah tentu kepalsuan dan
keburukanlah yang akan ditegakkan. Dan akhirnya
tunggulah akibat yang akan diterima.
Lebih-lebih lagi berat akibat yang akan ditanggung
jika perkara yang ditentang atau dimusuhi itu
perkara-perkara yang melibatkan soal-soal keagamaan,
peribadatan dan pengabdian diri kepada Allah swt.
Jika
hukum dan ketentuan Allah yang ditentang hanya
berdasarkan fikiran atau ikut rasa sahaja maka
tunggulah azab Allah samada di dunia mahupun di
Akhirat.
Jadi untuk hidup selamat di dunia, manusia memerlukan
panduan ilmu dan untuk selamat di Akhirat juga
lebih-lebih lagi manusia memerlukan kepada ilmu
pengetahuan. Atas dasar itulah Islam mewajibkan
penganutnya menuntut ilmu terutama ilmu yang
bersangkut paut dengan soal-soal fardhu ain dan
fardhu
kifayah yang manjadi asas dalam ajaran Islam.
Banyak dalil-dalil yang boleh dijadikan sandaran
tentang wajibnya seorang mukallaf itu menuntut
ilmu.
Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang menggambarkan
atau kiasan terhadap suruhan menuntut ilmu. Di
antaranya ialah firman Allah yang bermaksud:
“Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmu jika kamu
tidak mengetahui.” - An Nahl: 43
Di dalam ayat-Nya yang lain Allah berfirman yang
maksudnya:
“Mengapa tidak pula berangkat satu rombongan dari
tiap-tiap golongan itu untuk mempelajari ilmu agama.”
- At Taubah: 122
Begitu juga firmannya yang bermaksud:
“Contoh-contoh itu Kami buat untuk menusia dan tidak
ada yang mengerti kecuali orang-orang yang berilmu.”
- Al Ankabut: 43
Di samping itu terdapat juga ayat-ayat Al Quran
yang
menerangkan kemuliaan orang-orang yang berilmu.
Ini
juga memberi makna dalam menuntut ilmu itu suatu
yang
dituntut oleh Allah kepada hamba-hambanya. Di
antaranya ialah firman Allah yang bermaksud:
“Di angkat oleh Allah orang-orang yang berilmu
daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu
dengan
beberapa tingkat.” - Al Mujadalah: 11
Ibnu Abbas r.a mengatakan, “Untuk ulama beberapa
tingkat di atas orang mukmin dengan 700 tingkat
tingginya. Antara dua tingkat itu jaraknya sampai
500
tahun perjalanan.”
Rasulullah saw dalam hadis-hadisnya amat menganjurkan
umat Islam menuntut ilmu seperti sabda baginda
yang
bermaksud:
“Tuntutlah ilmu walau ke negari China sekalipun.”
-Riwayat Ibnu Uda dari Baihaqi
Di dalam Islam tuntutan mempelajari ilmu pengetahuan
bukan hanya terhadap ilmu-ilmu fardhu ain malah
sebarang ilmu yang boleh membawa faedah kepada
diri,
masyarakat dan agama. Malah jika ilmu tersebut
ada di
negeri orang kafir sekalipun, tetap dianjurkan
untuk
dipelajari.
Bahkan di dalam Islam anjuran menuntut ilmu itu
tiada
had masa atau tempoh tertentu. ia mesti dilakukan
sejak dari dalam buaian lagi hinggalah ke liang
lahad
atau dengan kata lain hinggalah manusia itu mati
dan
masuk kubur. Ini jelas diterangkan dalam hadis
Rasulullah saw yang bermaksud:
“Tuntulah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang
lahad.”
Manakala tiada seorang ulama pun yang tampil
menyangkal tentang kewajipan kepada setiap mukallaf
untuk menuntut ilmu. Sejak dahulu hinggalah sekarang
ulama sepakat tentang hukum tersebut.
Sejarah telah memapar bahawa ulama-ulamalah golongan
yang begitu mendorong umat kepada mempelajari ilmu.
Bukan sahaja mereka menunjukkan teladan sebagai
orang
yang rajin menyelidik dan memperdalami ilmu tetapi
mereka juga menulis kitab-kitab sebagai panduan
kepada
generasi kemudian untuk mempelajarinya.
Oleh itu, tidak hairanlah jika Imam Syafie r.a
berkata, “Menuntut ilmu itu adalah lebih utama
daripada berbuat ibadah sunnah.”
Dan berkata setengah hukama’, “Apabila meninggal
seorang ahli ilmu maka ia ditangisi oleh ikan di
dalam
air dan burung di udara. Wajahnya hilang tetapi
sebutannya tidak dilupakan.”
BAGAIMANA MENYAYANGI MENTUA
Sebagai seorang isteri, sudah tentu rasa tertekan
bila
rumahtangganya ada campurtangan daripada orang
lain.
Tetapi rasa serba salah pula hendak membuat sebarang
tindakan sebab orang itu pula bukanlah orang asing
tetapi ibu kepada suami kita sendiri. Kita perlu
ingat, Allah telahpun memberi ketetapan bahawa
seorang
isteri wajib menghormati suami dan keluarga suaminya.
Kalau seorang isteri mencacatkan hati mertuanya,
ertinya dia juga telah mencacatkan hati suaminya.
Maka
dia adalah seorang isteri yang menderhaka dan menjadi
orang yang dimurkai oleh Allah.
Memang tidak dapat dinafikan, kadangkala ada mertua
yang suka sangat mencari-cari kesalahan anak menantu.
Dikatanya menantu tidak pandai memasaklah, rumah
tidak
kemas, tidak pandai jaga anak atau mengungkit-ungkit
segala kebaikan yang pernah dilakukan terhadap
kita.
Bagaimanakah agaknya kita menghadapi segala persoalan
ini secara rasional.
1. Mengutamakannya dalam segala hal.
Dalam apa juga hal dan tindakan, kita mestilah
dahulukan ibu mertua kita selagi perkara itu diizinkan
oleh suami. Terutama bagi mertua yang duduk serumah,
kita hendaklah mengutamakannya sebagaimana kita
meletakkan suami di hadapan kita. Mintalah nasihatnya
dalam apa jua tindakan walaupun ia dianggap kecil
dan
remeh. Contohnya, “Emak, ikan ni masak apa yang
paling
sedap sekali?” Atau, “Emak buat asam pedas selalunya
sedap, mak buat macamana?” Sesekali jika ajak mentua
kita keluar bersiar-siar dengan kereta, biarlah
dia
duduk di kusyen hadapan bersama anak lelakinya.
“Emak
silalah duduk di hadapan, biar saya duduk di belakang
dengan anak-anak.”
Atau jika keluar pergi ke pasar tanyalah kepadanya,
“Emak ada tak nak pesan apa-apa yang mak teringin
nak
makan. Nanti boleh saya carikan di pasar.”
Sebenarnya ada berbagai-bagai cara lagi yang boleh
kita lakukan untuk memberi penghormatan kepada
mentua
kita hingga dia rasa dirinya disanjung, dihormati
dan
disayangi. Nanti akan terjalinlah ikatan kasih
sayang
di antara kita dengannya.
2. Fahami watak dan perasaannya.
Sebagai seorang isteri sepatutnya kita mesti memahami
akan watak dan perasaan ibu mentua. Bukankah mereka
lebih dahulu ‘makan garam’ lebih banyak pengalaman
maka sudah tentu mereka lebih suka jika nasihat
mereka
dituruti.
Ada kalanya mereka cemburu bila melihat anaknya
lebih
melayani isterinya hingga lupa memenuhi keperluannya.
Mungkin sebelum kahwin dahulu, anaknya sering memenuhi
keinginannya, menjaga makan minumnya, sering membawa
dia keluar bersiar-siar dan sebagainya. Tetapi
setelah
berkahwin, segala tumpuan telah beralih kepada
isteri,
maka keperluan ibunya sudah dibuat sambil lewa
saja.
Oleh itu tidak hairan jika timbul rasa cemburu
dan
irihati terhadap menantunya.
Oleh itu isteri mesti seringkali ingatkan suami
tentang tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya sendiri.
Contohnya jika suami memberikan sesuatu hadiah
untuk
kita maka katakan kepadanya, “Abang hadiahkan baju
ni
untuk saya aje ke. Mak punya abang dah beli?”
Tanyalah dengan penuh kasih sayang agar dia ingat
akan
tanggungjawab. Atau ingatkan pada waktu-waktu terluang
supaya dia menziarahi orang tuanya. “Kalau
ada
kelapangan, apa kata kita ziarah emak dan ayah
abang
tu. Entah sihat ke tidak, perlu juga kita jenguk.”
Isteri hendaklah ingat bahawa seorang lelaki walaupun
sudah berkahwin dia masih ada kewajipan terhadap
ibu
bapanya. Maka kita sebagai isteri perlu
mengingat-ingatkan suami kita tentang tanggungjawab
mereka itu. Membiarkan suami dalam kelalaian memikul
tanggungjawabnya bererti membiarkan suami dalam
kederhakaan dan dosa yang akhirnya menyebabkan
dia
terjun ke Neraka. Sanggupkah kita lihat suami yang
tercinta itu kelak akan diseksa di Akhirat?
Jadi bantulah dalam mengingatkan kealpaan suami.
Jangan pula kita yang mengongkong suami agar
menumpukan perhatian pada kita sahaja.
3. Sentiasa menggembirakannya.
Sebagai menantu kita mesti sentiasa peka dengan
apa-apa yang disukai oleh mentua. Kalau pulang
menziarahi mereka, bawalah buah tangan yang dapat
menggembirakan hati mereka. Berikanlah hadiah-hadiah
yang disukainya seperti telekung, tasbih, tudung,
kain
batik, celak dan lain-lain lagi. Hadiah ini akan
mengeratkan lagi kasih sayang di antara kita dengan
ibu mentua.
Ajarlah anak-anak agar dia pandai menghormati datuk
dan neneknya. Suruh dia bersalam dan cium tangan
setiap kali berjumpa atau hendak keluar rumah,
berjalan tunduk bila lalu di hadapannya serta bersopan
santun di hadapan mereka.
Sebenarnya kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya
melebihi daripada kasih sayang di antara seorang
ibu
terhadap anaknya. Sebab kadangkala mentua tersinggung
bila mendapati sebarang kekurangan dan kecacatan
dalam
menjaga cucunya. Seperti kurang diberi perhatian,
pakaiannya comot tidak ditukar dan sebagainya.
Jadi
pandai-pandailah kita mengatasi masalah-masalah
yang
remeh seumpama itu.
Di samping itu kita juga mesti menunjukkan sikap
berkasih sayang kepada cucu-cucunya yang lain dan
juga
mengajarkannya kepada anak-anak supaya berbuat
yang
sedemikian juga. Apa yang perlu dibuat ialah sering
mencari sesuatu yang menjadi kegemaran dan
kesukaannya. Kemudian layanilah sungguh-sungguh
hingga
dia dapat rasakan beruntungnya mendapat seorang
menantu yang memahami jiwanya. Contohnya seperti
membasuhkan pakaiannya, memasak makanan kegemarannya,
memicitkan kepalanya jika perlu dan sebagainya.
4. Sentiasa menghisab diri.
Jika pada hari itu kita lihat mentua kita bersikap
bad
mood, bermasam muka atau bersikap acuh tak acuh
saja
dengan kita, sudah tantu ada perkara yang tersirat
di
sebaliknya.
Cuba ingat-ingat mengapa agaknya ibu mentua rasa
tidak
senang dengan kita. Memang tidak dinafikan kita
tidak
akan lepas daripada membuat sebarang kesalahan
tapi
untuk mengurangkannya berhati-hatilah agar ianya
tidak
berlaku berulang kali.
Mungkin baru sebentar tadi kita telah menyinggung
perasaan mentua kita kerana memukul cucu
kesayangannya. Atau dia tersinggung kerana telah
membantah sedikit arahan suami (anaknya) itu sebelum
dia keluar ke tempat kerja sebentar tadi. Jika
telah
berlaku perkara-perkara seumpama itu, maka
cepat-cepatlah cari jalan untuk membuat seberapa
banyak kebajikan terhadap mentua kita. Hingga kebaikan
yang kita buat itu dapat dirasakannya dan kesalahan
yang kita lakukan sebentar tadi menjadi kecil pada
pandangannya. Jika kita memang telah berusaha sedaya
upaya untuk menjaga hati dan perasaanya tetapi
mereka
tetap juga tidak puas hati, janganlah pula kecewa.
Yakinlah itu ujian bagi kita untuk mencapai kasih
sayang Allah. Kerana Allah menjanjikan orang-orang
yang sabar itu pahalanya ialah masuk Syurga tanpa
hisab (dihitung dosa dan pahalanya). Firman Allah
dalam surah An Nahl: 96 yang maksudnya:
“Dan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar
itu
pembalasan menurut apa yang telah mereka kerjakan
dengan sebaik-baiknya.”
Oleh itu hendaklah kita selalu mengingatkan diri
kita
dengan berkata, “Wahai Tuhan, berilah aku kesabaran
dalam menghadapi masalah ini. Tunjukilah aku jalan
keluar yang sebaik-baiknya. Semoga ujian yang Engkau
berikan ini dapat mendidik diriku untuk semakin
dekat
dengan-Mu.
Sejarah pernah menceritakan tentang seorang sahabat
Alqmah dengan ibunya. Beliau adalah seorang yang
amat
sayang terhadap ibunya dan sering mengunjungi ibunya
terutama ketika beliau lalu untuk ke masjid. Dia
selalu bertanyakan keperluan ibunya dan menguruskan
kebajikannya. Tetapi setelah dia berkahwin jarang
sekali Alqamah menemui ibunya itu. Hingga ibunya
berkecil hati dengan sikap Alqamah. Ketika Alqamah
hendak meninggal dunia, beliau tidak dapat mengucapkan
syahadah. Lalu Rasulullah meminta ibunya memaafkan
segala kesalahan anaknya itu. Jika tidak, Alqamah
akan
dibakar hidup-hidup. Setelah ibunya memaafkan barulah
Alqamah dapat mengucap kalimah syahadah dengan
lancar.
Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan ada mentua
yang tidak menyenangi menantunya. Mungkin pada
awal
perkahwinan memang dia tidak merestuinya atas
sebab-sebab tertentu. Maka sebagai isteri yang
ingin
menjadi menantu yang baik, janganlah mudah kecewa
dengan sikap mentua yang begitu. Terimalah dengan
sikap yang terbuka kerana mustahil bagi seseorang
ibu
tidak menyayangi anaknya lebih-lebih lagi jika
anak
menantunya itu jelas mempunyai budi pekerti yang
baik.
Lambat laun marahnya akan reda juga terutama bila
sudah mendapat cucu nanti.
Oleh: Puan Nor
BIDANG YANG KURANG DIMINATI OLEH WANITA
Menjahit adalah satu kemahiran (seni) yang perlu
dipelajari oleh setiap wanita kerana Rasulullah
pernah
menganjurkan agar anak-anak perempuan diajarkan
menjahit, menenun dan membuat kerja-kerja yang
lazim
dilakukan oleh kaum wanita. Kepandaian menjahit
akan
memudahkan mereka bagi keperluan keluarga.
Walau bagaimanapun tidak ramai wanita hari ini yang
berminat untuk terlibat dalam tugas-tugas seperti
ini
kerana ia memerlukan tumpuan dan penelitian. Tidak
ramai yang boleh bersabar untuk duduk lama menyudahkan
satu-satu bahan jahitan, tambahan pula jika ia
perlu
dijahit dengan tangan. Maka kebanyakan wanita hari
ini
lebih suka membuat tempahan pakaian di kedai ataupun
membeli pakaian yang telah siap.
Tetapi, tahukah kita bahawa Allah swt sebenarnya
telah
menyediakan sebesar-besar pahala bagi mereka-mereka
yang menjahit untuk keperluan keluarga sendiri;
untuk
dirinya, suami dan anak-anak.
Pernah suatu hari Rasulullah bersabda kepada anaknya
Fatimah:
“Wahai Fatimah, setiap
wanita yang menenun kain
dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya: suami
dan
anak-anak) Allah telah menetapkannya di tempat
khas di
atas takhta di akhirat.”
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran
pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada
1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian
kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.
Begitulah, betapa besarnya kurniaan yang Allah
sediakan buat para wanita. Bukanlah mudah untuk
memberi makanan dan pakaian kepada 1000 orang yang
sedang kelaparan dan tidak berpakaian! Tetapi dengan
melakukan tugas-tugas yang kecil seperti ini, yang
mana ramai wanita yang tidak endah kerana agak
merumitkan itu, Allah membalasnya dengan balasan
yang
luar biasa pada logik akal kita.
Rasulullah juga pernah memberi jaminan dalam hadisnya
yang bermaksud:
“Wahai Fatimah, setiap
wanita yang memintal
benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya),
Allah
akan mencatatkan kebajikan terhadap perbuatan
kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang
ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan
jahatnya (dosa-dosanya).”
Begitulah ganjaran pahala yang Allah swt sediakan
buat
wanita. Jika seorang wanita ketahui dengan hanya
menjahit pakaian untuk keluarga, Allah ampunkan
segala
perbuatan jahat kita yang lalu, nescaya seorang
isteri
itu tidak akan sibuk ‘merengek” pada suami untuk
pergi
shopping setiap bulan.
Seorang isteri hendaklah, rajin-rajin memeriksa
pakaian suami dan anak-anak. Butang-butang yang
tanggal diganti, jahitan yang teretas, dijahit
semula.
InsyaAllah, seorang suami akan merasa bangga bila
pakaian dia dijahit oleh isteri. Anak-anak juga
akan
merasa senang bila ibunya menjahit pakaiannya.
Seorang
isteri perlulah kreatif dalam menjahit sama ada
menjahit alas meja, kusyen, lansir, tabir dan
sebagainya. Menjahit, menyulam atau pun mangait
bagi
segala keperluan hiasan rumah sendiri tentu lebih
menarik dan menyejukkan mata memandangnya.
Memang tidak ramai wanita atau isteri-isteri yang
mengambil berat tentang perkara-perkara kecil seperti
ini. Sedikit sangat yang mengambil perhatian dan
yang
sedikit itulah yang dilihat oleh Rasulullah ketika
baginda di Israk Mikrajkan. Baginda dapati paling
ramai wanita menghuni neraka dan sedikit sahaja
yang
menghuni syurga. Ini semua disebabkan para wanita
atau
isteri-isteri tidak mahu kembali kepada tugas sebenar
mereka yang telah Allah swt tetapkan bersesuaian
dengan fitrah sebenar.
Oleh itu para wanita ataupun yang telah bergelar
isteri-isteri, marilah sama-sama menjadikan rumah
sebagai tempat untuk mencari syurga dan sebagai
tempat
untuk mencapai darjat yang tinggi di akhirat kelak.
Jadikanlah rumah sebagai medan jihad buat isteri
atau
kaum wanita semua mencari keredhaan Allah swt.
Oleh: Puan Nor
KALAU KITA TIDAK BERTAQWA
Kebanyakan orang menganggap bahkan yakin bahawa
dunia
dan manusia ini tidak akan selamat kalau duit tidak
cukup, atau ilmu tidak tinggi, atau tidak ada kuasa
atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai.
Tegasnya kalau tidak tiru apa yang Barat buat,
tidak
jadi macam Barat, tidak akan selamat. Maka
berlumba-lumbalah kita mengejarnya. Seluruh jentera
kemodenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan
tadi.
Hingga hari ini, sedikit sebanyak kita sudah membangun
seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah
agak
maju dan cantik, berkat meniru pembangunan Barat.
Ekonomi pun seakan-akan sudah pulih, walaupun belum
ada seorang umat Islam yang dapat membangunkan
supermarket di seluruh shopping centre di negara
kita.
Walaupun masih banyak gerai-gerai Melayu di tepi-tepi
jalan tetapi menempah sejarah pendek umur.
Dari segi ilmu pun boleh dibanggakan memandangkan
Universiti yang kian bertambah dan mereka yang
berdegree bertambah ramai. Namun ilmuan-ilmuan
tadi
tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji.
Yang
tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada negara.
Mereka tetap tidak boleh berdikari untuk membina
pembangunan dan perindutrian sendiri yang bebas
dari
makan gaji. Di samping itu akhlak lulusan tinggi
tetap
tidak jauh beza dengan akhlak yang ada pada lulusan
rendah, bahkan ada yang lebih teruk lagi.
Soalnya, hingga di tahap ini, adakah kita sudah
mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman
damai?
Memandangkan pada penyakit masyarakat yang
bertimpa-timpa dan kian kronik, masalah tidak
habis-habis, tentu kita belum boleh mengatakan
masyarakat kita sudah bahagia. Memang mungkin ada
individu-individu atau keluarga-keluarga yang
merasainya, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak
boleh
mencorak masyarakat.
Secara umum penguasa-penguasa tidak bahagia oleh
penyakit gila kuasa. Orang kaya tidak bahagia kerana
penyakit gila dunia. Orang miskin tidak bahagia
kerana
sering rindu pada harta. Ulama-ulama tidak bahagia
kerana takut periuk nasi terancam. Ibu bapa hilang
bahagia kerana anak-anak derhaka. Isteri-isteri
hilang
bahagia kerana suami tidak bertanggungjawab. Guru
tidak bahagia dengan perangai anak muridnya.
Pemudi-pemudi tidak bahagia kerana diganggu dan
tukut
jadi andartu. Pemuda hilang bahagia kerana susah
hendak kahwin. Dan macam-macam lagi penyakit yang
sedang meragut kebahagiaan hidup dalam masyarakat
kita.
Dalam keadaan ini, apakah kemajuan pembangunan,
kemodenan, ekonomi dan keilmuan tinggi tadi mampu
berperanan menyelesaikan masalah ini? Kita lihat
bahawa kemodenan hidup di Barat menghantar manusia
ke
kancah kehidupan yang bergelora. Contohnya, ramai
sudah orang Barat yang hidup dengan anjing atau
bertemankan kucing kerana kebahagiaan dengan sesama
manusia sudah tiada. Maka apa ertinya dengan segala
pembangunan dan kemajuan tadi?
Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada kebendaan
lahiriah. Rasa bahagia itu tempatnya di hati. Kalau
hati senang, dalam miskin pun rasa bahagia. Sebaliknya
kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi manapun,
kaya
raya macam manapun atau sebesar manapun pangkat,
tetap
tidak bahagia hidupnya yang memang jadi pengalaman
semua orang.
Kerana itu, untuk mencapai kebahagiaan hidup, apa
yang
mesti diutamakan ialah mendidik hati dengan iman
dan
taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi,
kemewahan dan kemodenan.
Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur
dengan kemiskinan. Iman dan taqwa boleh membuatkan
orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur untuk
taat ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat
pada suami, pengikut terhibur mentaati pemimpinnya,
anak murid terhibur untuk hormat dan kasih pada
guru,
si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah
dan
pemuda jadi sungguh bertanggungjawab pada masyarakat
dan negaranya.
Bila manusia sudah berada pada tahap ini, barulah
duit
dan harta banyak akan membawa bahagia. Barulah
pangkat
tinggi berguna dan segala kemodenan dan pembangunan
akan jadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.
Hari ini ianya belum berlaku. Kerana hanya memikirkan
negara maju, maka yang terus maju ialah negara
bukan
orangnya. Yang membangun ialah negara, namun
masyarakatnya tidak dibangunkan jiwanya. Masyarakat
manusianya dibiarkan bermain dengan nafsu, tidak
dihiasi dengan iman dan taqwa.Maka nafsulah yang
menjadi raja dan jadi Tuhan. Nafsulah yang mengatur
kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru-hara.
Saya suka menyenaraikan nafsu jahat yang bersarang
dan
menjadi ‘Tuhan’ dalam diri manusia itu.
Kalau orang kaya tidak bertaqwa maka jadilah hatinya
penuh dengan sombong, ego, suka membazir, riak,
suka
menunjuk-nunjuk, menyalahgunakan harta seperti
untuk
mengumpan perempuan cantik, rasuah, suka
berlumba-lumba dengan sesama kaya, dan dalam pada
itu
masing-masing kata mengata.
Meraka berbangga dengan rumah besar, dengan perabut
kemas lagi mewah. Mereka bercuti ke sana ke mari.
Beli
barang bukan di Malaysia tetapi impot dari London.
Duit orang kaya lebih banyak daripada duit negara.
Walhal mereka tahu bahawa masyarakat umum miskin.
Tabung perjuangan Islam, tabung anak-anak yatim,
tabung rumah kebajikan dan lain-lain lagi sentiasa
kosong malah berhutang-hutang, negara tidak cukup
duit
untuk membiayai rakyat, tetapi orang kayanya sangat
membazir. Dalam keadaan ini sampai bila pun manusia
tetap akan berada dalam keadaan tidak puas hati.
Sepatutnya, orang-orang kaya sanggup menjadi bank
kepada masyarakat, bank akhirat, yang memberi pinjaman
tanpa riba dan tidak minta dibayar di dunia. Sebab
mereka faham kekayaan adalah pinjaman Allah, maka
mereka membelanjakannya menurut yang diredhai Allah
dan mengharap ganjaran dari Allah di akhirat.
Orang miskin kalau tidak bertaqwa maka tidaklah
selamat hatinya dari sifat-sifat yang buruk seperti
tidak sabar dengan kemiskinan dan mereka sangat
hasad
dengki dan sakit hati dengan orang berada. Keinginan
untuk kaya sangatlah tebal hingga bila tidak kaya-kaya
juga, mereka jadi putus asa dengan Allah. Ini
menyebabkan mereka berbuat apa saja untuk jadi
kaya.
Merompak, menyamun, menipu, seluk saku dan lain-lain
bentuk kecurian telah berleluasa dalam masyarakat,
sehinggalah bagi setengah mereka telah menjadi
pekerjaan tetap dan telah mendatangkan pendapatan
yang
lumayan. Hingga kerana itu, masyarakat sentiasa
dalam
ketakutan.
Tidak sepatutnya perkara-perkara ini berlaku dalam
masyarakat umat Islam. Kerana orang Mukmin yang
bertaqwa, kalau dia miskin, dia redha dengan takdir
Allah. Dia rasa memadai dengan kemiskinannya dan
tidak
berhasad dengki dengan orang yang kaya. Dia tidak
terseksa dengan kemiskinan di dunia demi mengharapkan
kekayaan yang Allah janjikan di akhirat.
Para-para suami tidak bertanggungjawab kepada ahli
keluarga, membiarkan isteri dan anak-anak tanpa
didikan agama yang sempurna. Sibuk mencari harta
dunia
sehingga lalai dalam tanggungjawab. Seorang suami
juga
sebagai seorang ayah yang tidak bertaqwa tidak
akan
dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan baik dan
sempurna lahir dan batin. Mereka membiarkan isteri
dan
anak-anak bebas keluar masuk rumah dengan tidak
menjaga kehormatan.
Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertaqwa maka kerja
mereka ialah mengumpat, bersolek untuk tujuan
menunjuk-nunjuk, gila dunia yakni gilakan perabut,
hiasan, gelang, pakaian berfesyen-fesyen hingga
lupa
pada Allah, dan lupa pada akhirat. Seorang isteri
yang
tidak bertaqwa tidak akan dapat melayan dan mentaati
suami dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka
sifat merendah diri dan memandang mulia pada suami.
Mereka bebas untuk keluar masuk rumah dan menyusun
program sendiri tanpa memikirkan apa kata suami.
Bila isteri berada dalam keadaan begini maka
rumahtangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih
sayang, untuk suami merasa berada dalam mahligai
yang
penuh kebahagiaan dengan anak-anak yang terdidik
dengan akhlak mulia dan ilmu yang berguna. Rumahtangga
tidak menjanjikan kebahagiaan.
Lalu jadilah apa yang telah dan sedang terjadi.
Oleh
kerana semua manusia inginkan kasih sayang dan
kebahagiaan, dan di rumah tidak dapat menyediakan
itu
semua, maka tentu mereka cari di luar. Disko, kelab
malam dan tempat manusia mancari kasih dan kebahagiaan
secara keji itu sering penuh, bahkan merupakan
satu
perniagaan yang sangat menguntungkan. Ada yang
menagih
kasih dan bahagia dari dadah, dari arak dan dari
segala hiburan-hiburan yang kotor-kotor. Mereka
menyangka di situlah kebahagiaan hidup, walaupun
mereka sedar bahawa melakukan semua itu bererti
kehinaan dan kebinasaan hidup. Sebda Rasulullah
saw
bermaksud:
“Dunia ini ialah perhiasan. Dan perhiasan yang paling
cantik ialah wanita solehah.”
Semua orang tertarik pada perhiasan. Apa lagi kalau
alat perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat cantik.
Jadi, kalau dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah,
maka ahli-ahli rumah itu akan tertarik untuk sentiasa
berada di rumah kerana ada penyejuk serta penenang
hati dan mata mereka. Rumah adalah hiburan dan
ketenangan hati mereka.
Kalau pemuda atau pemudi tidak bertaqwa, maka jadilah
mereka manusia yang suka berpoya-poya,
bercinta-cintaan dan berlagak ke hulu ke hilir
dan
rasa ingin menunjuk-nunjuk diri. Bahkan menjadi
kutu
jalan. Mereka mengorat perempuan-perempuan tanpa
malu
bahkan sudah jadi permainan yang lumrah. Rasa hasad
dengki, iri hati dan cemburu sesama sendiri bersarang
penuh dalam hati mereka. Mereka sering berangan-angan,
khayal dan lalai dari tugas-tugas yang sepatutnya.
Dan
semua ini dapat kita saksikan dalam lakonan hidup
mereka. Kes-kes zina di kalangan muda mudi yang
turut
melibatkan pelajar-pelajar sekolah sudah jadi perkara
biasa dan seakan-akan mahu dibiarkan berterusan
oleh
kita.
Terlalu sedikit muda mudi yang memperjuangkan agama
Islam, bangsa, negara dan tamadun umat supaya kita
jadi gagah dan mulia di mata dunia. Yang banyaknya
mereka itu sedang membina budaya lucah, gila harta,
gila wanita, gila pangkat dan saling berebutan
membuat
jentera penggerak pembangunan tamadun dan nilai
kita
jadi lemah dan lembab sekali.
Mereka tidak kerja kalau bukan makan gaji. Masa
kosong
dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek
pertanian, perindustrian dan lain-lain yang sungguh
penting untuk membina kekuatan umat. Berapa kerat
muda
mudi yang dapat menunaikan sepenuhnya tuntutan
sembahyang lima kali sehari itu? Maka sebanyak
itu
sajalah dari mereka yang boleh diletakkan harapan,
selebihnya adalah pengganggu, pengacau dan penghalang
perjuangan kebenaran.
Muda mudi yang bertaqwa ialah orang-orang yang serius
terhadap tanggungjawab pada agama bangsa dan negara.
Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat
untuk tugas ‘Khalifah Allah’ di dunia. Mereka sanggup
tinggalkan budaya berseronok-seronok, berpoya-poya
dan
berlagak serta bergaya tidak menentu.
Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertaqwa
dan
tidak bertaqwa. kalaulah kita dapat capai maqam
ini,
insyaAllah akan jadilah kita bangsa dan agama yang
aman makmur, seperti yang kita laungkan dan
idam-idamkan. Sebagaimana yang difirmankan oleh
Allah:
“Negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah.”
Oleh: Puan Solehah