Dibawah ini diabadikan 4 artikel bertajuk:
1. BILA DOKTOR-DOKTOR SAKIT
2.
3.
4.
BILA DOKTOR-DOKTOR SAKIT
Pakar-pakar serta golongan cerdik pandai atau
tokoh-tokoh masyarakat di Malaysia mahupun di seluruh
dunia berbincang dalam satu majlis seminar,
kertas-kertas kerja dibahaskan, bengkel-bengkel
perbincangan dibuka seluas-luasnya. Bagaimana untuk
menghapuskan kemiskinan? Bagaimana untuk mengatasi
kadar jenayah yang bertambah? Masalah dadah, rogol,
rasuah, keruntuhan moral dilonggokkan di atas meja
seminar. Maka, para professor pun memerah otaknya,
para intelek mengasah fikirannya, ahli kaji masyarakat
pun mengkaji buku-buku berkenaan tabiat manusia,
ahli
ekonomi dengan teori ekonominya dan masing-masing
dengan usaha di bidang masing-masing mengikut
kepakaran dan keahliannya.
Hasilnya, tercapailah beberapa ketetapan dan
resolusi-resolusi yang dicetak di atas kertas-kertas
indah dan megah. Sebagai kata-kata azimat untuk
menyelesaikan problem ummah. Media massa pun turut
memberi liputan yang besar-besaran. Ribuan ringgit
telah dikorbankan sebagai bayaran sewa hotel mewah
para peserta seminar, belanja makan, sewa dewan,
elaun
dan lain-lain….. dengan harapan selepas itu nanti
akan
terhapuslah kemiskinan, akan berkuranglah jenayah
dan
lain-lain penyakit sosial.
Di satu ketika yang lain, berkumpul pula tokoh-tokoh
agama. Mereka berkumpul dengan tujuan menyelidik
amalan-amalan agama yang “agak asing” dengan
kepercayaan umum masyarakat moden hari ini.
Berhempas-pulaslah tokoh-tokoh ini berbincang dan
berbahas, ada yang pro dan ada yang kontra. Bertelagah
mengenai kaedah berzikir yang berbeza-beza, berbahas
mengenai berpakaian serban dan jubah (jatuh riak
atau
tidak, kalau bertujuan menunjuk-nunjuk?) dan
berbagai-bagai lagi persoalan yang dianggap besar
dan
terpokok.
Di luar dewan persidangan, samada di “shopping
complex” di tepi-tepi jalan, di panggung-panggung
wayang, di perhentian bas atau di tempat-tempat
tumpuan ramai…. berebut anak muda yang mendedahkan
aurat, bergaul bebas, ketagihan dadah, khayal dengan
muzik rock, pop, dangdut dan entah apa lagi! Ketika
tokoh-tokoh agama sibuk berbincang mengenai perbezaan
khalafiah mengenai zikir, ratusan ribu umat Islam
yang
telah mengabaikan sembahyang fardhu. Ketika
tokoh-tokoh agama bertelagah mengenai jubah dan
serban, ratusan ribu pula lelaki dan wanita Islam
memakai pakaian terdedah yang Haram.
Pada keesokan harinya, hasil perbincangan para tokoh
itu disiarkan di dada akhbar-akhbar utama, sebelah
menyebelah dengan gambar penyanyi wanita dengan
gaya
yang menjolok mata, atau di sebelah pelakun-pelakun
filem yang mendedahkan aurat…. Di kaca TV pula,
tersiarlah berita dan gambar-gambar majlis
perbincangan mereka. Bila siaran itu tamat, muncullah
rancangan-rancangan hiburan yang dilakunkan oleh
bintang-bintang filem Hollywood dengan berbagai
ragam
dan cerita.
Inilah sebahagian realiti, yang sedang berlaku dalam
masyarakat kita. Semua golongan terutama tokoh-tokoh
masyarakat sedar akan penyakit-penyakit sosial
yang
sedang berlaku dan masing-masing cuba untuk
mengatasinya. Malangnya, usaha-usaha itu tidak
nampak
akan berjaya, malah semakin memburukkan keadaan.
Ini
disebabkan oleh mereka yang mahu membaiki atau
mengubati penyakit masyarakat itu sendiri ditimpa
penyakit. Malah adakalanya penyakit mereka lebih
parah
daripada penyakit masyarakat yang cuba mereka ubati.
Usaha-usaha mereka samalah seperti tikus membaiki
labu
atau ketam mengajar anaknya berjalan betul. Jadi
tidak
hairanlah, jika semakin banyak mereka berbincang,
semakin rosak masyarakat, Ini terjadi kerana beberapa
sebab, antaranya ialah mereka tidak tahu punca
penyakit atau problem masyarakat yang sebenar.
Kebanyakan orang menganggap kejahatan manusia adalah
berpunca daripada kemiskinan, tahap pelajaran yang
rendah, undang-undang yang longgar dan sebagainya.
Oleh itu mereka berusaha untuk meninggikan taraf
ekonomi, meningkatkan tahap pelajaran dan menguatkan
undang-undang dalam usaha menyekat manusia daripada
melakukan kejahatan. Dalam menghadapi kadar jenayah
rogol yang semakin bertambah akhir-akhir ini, ramai
yang berpendapat dengan undang-undang yang ketat
dan
hukuman yang berat, masalah itu akan dapat diatasi.
Untuk mengatasi kejadian mencuri, merompak dan
rasuah
pula, ramai berpendapat, ia akan dapat diatasi
dengan
meningkatkan pendapatan per kapita penduduk,
menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dan
menambahkan aktiviti-aktiviti di bidang pertanian,
perindustrian dan lain-lain.
Secara kasar, memang kelihatan seolah-olah
langkah-langkah itu akan menyelesaikan masalah.
Namun
yang sebenarnya semua langkah-langkah itu telah
gagal.
Buktinya, di negara-negara maju seperti di USA,
Jepun,
negara-negara Eropah kadar jenayah amat tinggi,
walaupun pendapatan dan taraf hidup masyarakatnya
baik
dan lumayan. Ini bererti kemewahan tidak dapat
menghalang manusia daripada melakukan kejahatan.
Malah
ada kalanya manusia yang kaya lebih rakus dan buas
daripada yang miskin.
Manusia yang mempunyai kelulusan dan ilmu yang tinggi
juga ternyata gagal menahan diri daripada melakukan
kejahatan. Dunia sedang menderita akibat kejahatan
yang dihasilkan oleh manusia-manusia bijak.
Kepintarannya digunakan untuk menipu, untuk mencipta
senjata-senjata yang membunuh dan memikirkan jalan
ke
arah membuat kejahatan secara besar-besaran. Ini
dibuktikan dengan kemunculan kuasa-kuasa besar
yang
menjadi “Bapa Pengganas” Antarabangsa. Di
negara-negara sedang membangun seperti Malaysia
pula,
jenayah “kolar putih” sedang mencengkam dan para
cerdik pandailah yang menjadi dalangnya!
Jadi tidak hairanlah jika usaha-usaha untuk mengatasi
perbuatan jahat dan ganas tidak berjaya, sebab
“doktor-doktor” yang cuba mengubatnya tidak tahu
apa
punca sebenar penyakit masyarakat. Ini jelas dilihat
dengan mata kasar kita. Sedang kita menjerit-jerit
untuk membenteras kejadian rogol misalnya, kita
juga
membuka seluas-luasnya jalan-jalan yang akan
menyemarakkan lagi jenayah itu. Berita tentang
rogol
dibesar-besarkan, gambar-gambar yang meransangkan
nafsu dipapar di dalam akhbar dan majalah,
cerita-cerita berunsur seks melalui vcd, ditayangkan
melalui siaran TV, dan buku-buku lucah terus
dihasilkan oleh para penulis yang tidak
bertanggungjawab.
Tidak ada gunanya memakan penawar, jika kita sertai
dengan memakan racun. Tidak ada gunanya kita berubat,
jika kita melanggar pantangnya. Tetapi inilah yang
sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari
ini.
Masyarakat jadi huru-hara, kerana dalam masa yang
sama
kita bercakap dalam dua nada ke arah dua haluan
yang
berbeza. Namun sudah menjadi resmi manusia, mudah
dibawa ke arah kejahatan daripada ke arah kebaikan.
Hukuman penjara bertahun-tahun yang dijanjikan
kepada
perogol tenggelam oleh bakaran hawa nafsu melihat
gambar-gambar lucah, kisah-kisah ghairah yang
dipaparkan dalam akhbar atau majalah yang sama
dan
melihat wanita-wanita yang berpakaian ghairah.
Ketika
itu jika ia mempunyai ilmu, ilmunya akan digunakan
ke
arah bagaimana ingin melepaskan hawa nafsunya.
Jika ia
ada harta, bagaimana hartanya dapat dibelanjakan
untuk
melepaskan kobaran nafsunya!
Tambah menghairankan kita, bila jalan-jalan halal
ke
arah menyalurkan fitrah semulajadi (berkahwin)
disekat
dan disusah-susahkan. Adat digunakan untuk menyukarkan
proses perkahwinan yang sewajarnya mudah dan ringkas.
Belanja kahwin yang tinggi menghalang cita-cita
ingin
mendirikan rumahtangga secara sah. Inilah satu
bentuk
penyeksaan yang sedang dialami oleh anak-anak muda
hasil tempahan otak manusia yang derhaka kepada
Allah.
Punca sebenarnya manusia melakukan kejahatan ialah
bila tipis keimanannya pada Allah. Ia tidak cinta
kepada Allah kerana tidak kenal Allah. Ia tidak
takut
kepada kemurkaan dan ancaman dosa daripada Allah.
Dia
tidak terasa Allah Maha Melihat, Mendengar dan
Maha
Mengetahui. Bila keyakinan-keyakinan ini longgar,
tiada sebarang kuasa yang dirasai mengawasinya
setiap
masa. Bila dilihatnya polis tidak ada, ia akan
melakukan jenayah. Bila dia merasai akalnya sudah
cukup pintar untuk mengelabui undang-undang ia
akan
menipu. Bila dilihatnya tiada siapa yang ada di
sekelilingnya ia akan merogol, mencuri dan rasuah.
Tidak ada gunanya undang-undang yang berat jika
manusia tidak takut dan cinta pada Allah.
Seberat-berat hukuman ialah Mati, tetapi jelas
pada
kita hukuman mati tidak berjaya menghalang sesuatu
perbuatan jahat. Sudah ramai penjenayah dihukum
mati,
tetapi semakin ramai penjenayah lain yang berani
menempah jalan yang sama. Sedangkan jika manusia
beriman ia akan gerun kepada Allah (yang Maha Melihat
setiap masa) kerana azab seksa-Nya amat pedih dan
dahsyat.
Manusia juga melakukan kejahatan kerana kurang
keimanannya kepada hari Akhirat, Syurga dan Neraka.
Penjenayah yang berani mati kerana dirasakan mati
adalah pengakhiran bagi segala-galanya. Namun,
pada
orang beriman, mati adalah satu permulaan bagi
satu
kehidupan yang kekal abadi selama-lamanya. Jila
ditakdirkan masuk ke Syurga, akan kekallah dalam
kenikmatan. Sebaliknya jika ke Neraka, kekal pula
dalam kesengsaraan yang panjang masanya.
Penderitaan di Neraka tidak akan berakhir dengan
mati.
Daging badan yang hangus dibakar oleh api akan
digantikan dengan daging baru untuk diseksa berulang
kali. Manusia juga berani melakukan kejahatan,
kerana
perasaan kasih sayang sesama manusia telah hilang.
Tuduh menuduh dan maki hamun sudah menjadi lumrah
hidup. Dia rela membina kebahagiaan di atas
penderitaan orang lain. Dia tandus dengan sifat
pemaaf, pemurah, berkorban, hormat-menghormati
sesama
insan. Bila ini terjadi, manusia saling
fitnah-memfitnah, dengki-mendengki, dan akhirnya
bunuh-membunuh antara satu sama lain.
Ketiga-tiga faktor inilah yang menjadi punca masalah
manusia hari ini. Oleh itu jika para pemimpin
masyarakat hendak berseminar…. bincangkanlah bagaimana
untuk mengukuhkan keimanan di hati manusia. Carilah
jalan-jalan ke arah membawa manusia ke arah takut
dan
cinta kepada Allah. Jika kita hendak mengembelingkan
tenaga ke arah satu-satu kerja….. tumpukanlah usaha
untuk menguatkan keyakinan manusia kepada Alam
Akhirat. Canangkan kembali betapa pedihnya seksa
neraka di akhbar-akhbar, majalah, TV dan internet.
Paparkan batapa nikmatnya balasan orang yang mentaati
Allah di meja-meja seminar dan bengkel-bengkel
perbincangan. Untuk itu para pemimpin masyarakat
mestilah terlebih dahulu mentaati Allah, dengan
mengamalkan perintah dalam kehidupan sehari-hari.
Nescaya nanti berduyun-duyunlah manusia mengikut
di
belakang mereka. Mereka akan disanjung di dunia,
dan
dimuliakan Allah di akhirat kerana usaha gigih
mereka
dalam membaiki kerosakan manusia.
Tokoh-tokoh agama yang telah lama menyedari hal
ini,
mestilah menjadi penegak kebenaran, bukan menjadi
tukang kritik semata-mata. Sebuah cerita dapat
dijadikan renungan: Seorang pencuri memanjat tingkap
rumah seorang petani. Tingkap itu kebetulan rapuh,
lalu pencuri itu jatuh dalam usahanya untuk mencuri.
Di meja Pengadilan, hakim menjatuhkan hukuman denda
kepada petani itu kerana lalai membaiki tingkapnya
dan
itu menyebabkan pencuri ditimpa kemalangan. Pencuri
bebas, malah menerima wang denda itu, sebaliknya
petani yang dihukum. Adilkah hakim yang menjatuhkan
hukuman ini?
Kita takut hal seumpama ini akan terjadi kepada
kita.
Dalam kesibukan kita mengkritik dan mencari kesalahan
orang yang berusaha menegakkan kebaikan, kita pejam
mata dengan pelaku-pelaku kemungkaran yang jelas
menyimpang dari jalan kebenaran (Islam).
__________________________________________________