Sokongan Masalah Komputer Dan Internet


http://www.oocities.org/duniadigital2020/bantuan.html
http://alpha.skali.net/~hafnie/nota/bantuan.html

Laman Penulis http://hafnie.cjb.net/

Nota Haris kali ini adalah bagaimana untuk mendapatkan bantuan kepada masalah komputer dan Internet yang kita hadapi.
Pengguna baru komputer dan Internet sering menghadapi masalah dimana untuk bertanya masalah komputer mereka. Masalah yang tidak dapat diselesaikan akan melemahkan semangat pengguna baru dan boleh menjauhkan minat orang ramai terhadap komputer dan Internet. Ini boleh membantut usaha perkembangan IT dikalangan penduduk Malaysia.

Kadar pengetahuan IT belum cukup meluas dan jumlah mereka yang berpengalaman dan pakar komputer masih berkurangan untuk menampung kadar pengguna komputer dan Internet yang meningkat.

Satu usaha perlu DILAKUKAN untuk menyatukan, usaha sokongan kepada masalah komputer dan Internet Malaysia. Pengguna komputer dan Internet, hanya perlu tahu satu cara atau laman sebagai rujukan permulaan. Manakala golongan yang pakar dan berpengetahuan hanya perlu berada dalam kumpulan sokongan yang mereka senang dan meminati.

Bantuan untuk masalah komputer dan Internet perlu dilakukan secara kumpulan (kolektif). Adalah sukar untuk seorang individu untuk menjawab semua masalah yang dikemukakan mungkin kerana tiada pengalaman atau pengetahuan pada sesuatu masalah.
Penyelesaian secara kumpulan juga dapat mengelakkan sesuatu soalan tiada berjawab. Terus-terang, Haris sendiri sukar untuk menjawab semua soalan kerana kesuntukan masa dan sibuk dengan tugasan lain.

Diharapkan dengan senarai laman dan senarai kumpulan email dalam nota ini dapat gabungkan usaha kita menyatukan kumpulan sokongan kepada masalah komputer dan Internet.
 

Mencari Jawapan


Sebelum anda mengemukakan soalan, digalakkan anda mencari sendiri jawapannya di Internet. Anda boleh menggunakan fungsi carian dengan laman enjin pencari.

Antaranya http://www.google.com/ dan juga http://www.dmoz.org/
 

Laman http://www.faqs.org/ pula mempunyai simpanan pelbagai "Soalan Lazim" pelbagai kumpulan perbincangan NEWS. Gunakan fungsi carian di laman ini untuk mencari FAQ yang sesuai.

Server NEWS mempunyai pelbagai kumpulan perbincangan komputer. Kebanyakan masalah dan penyelesaian boleh
dilihat sini. Kita boleh menggunakan enjin pencari di laman http://groups.google.com/

Perbincangan NEWS bagi Internet Malaysia boleh anda lihat disini.

http://groups.google.com/groups?hl=en&group=jaring.pcbase

dan untuk Linux

http://groups.google.com/groups?hl=en&group=jaring.os.linux

Haris juga letakkan "Ada fungsi carian" untuk laman yang anda boleh rujuk semula simpanan perbincangan lama,
dengan fungsi carian laman.

Anda boleh membaca nota mencari di Internet Haris di
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/79

Laman Kumpulan Perbincangan


Sekiranya usaha pencarian tidak berhasil. Berikut disenaraikan beberapa laman kumpulan perbincangan yang anda boleh kemukakan persoalan anda.
 

(1) http://www.bincang.net/

Ini adalah antara kumpulan perbincangan yang aktif. Masalah komputer dan Internet boleh anda kemukakan didalam Bilik Bincang IT. Didalam bilik ini terdapat pelbagai ruang perbincangan mengikut bidang IT seperti Bincang OS dan Software, Bincang Sekuriti, Bincang pengaturcaraan dan pelbagai lagi.

http://www.bincang.net/ adalah laman utama untuk Haris.

(2) http://www.ittutor.net/

Laman ini mengkhususkan dirinya untuk perbincangan IT.

(3) http://www.webmastermalaysia.com/

Anda ingin belajar buat laman (website) ? Inilah laman yang sesuai untuk anda kemukakan soalan yang berkaitan.
Belajar Flash, PHP, XML dan pelbagai lagi disini.

(4) Lain-lain forum yang sesuai.

http://forum.skali.com/

http://www.erakan.net/

http://forum.catcha.com/my/tech/

http://www.kedai.com.my/kk (Kedai Kopi)

http://www.myjelah.com/

Senarai forum-forum lain
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/81
 
 

Kumpulan Perbincangan Email

 

 

Cadangan dibawah melibat kita perlu berada dalam senarai email dan perlu menerima banyak email perbincangan
yang ditimbulkan dalam senarai email yang kita sertai.

Untuk mengelakkan anda menerima banyak email. Haris cadangkan langgan secara "Digest". Iaitu email-email selama sehari akan dikumpulkan dalam satu email dan dihantar sekali (mungkin dua) dalam sehari.

Haris akan senaraikan beberapa kumpulan email yang boleh kita sertai untuk mengemukakan masalah komputer dan
Internet.
 

(1) Access-via-email

http://www.faqs.org/faqs/internet-services/access-via-email/

Sebelum kita bermula baik kita cuba dulu mendapatkan panduan yang sedia ada dengan menghantar email kepada

mail-server@rtfm.mit.edu

Dalam BODY email letakkan (satu link yang bersambung panjang)

send usenet/news.answers/internet-services/access-via-email

Panduan ini dikendali oleh Gerald E. Boyd <gboyd@netcom.com> seorang penulis barat yang sudah lama memberi
panduan kepada ramai pengguna email.
 

(2) Dunia-Digital ( 2D )

http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/
http://duniadigital.cjb.net/
http://www.oocities.org/duniadigital2020/

Kumpulan perbincangan dunia-digital adalah bertujuan untuk memberi bantuan kepada mereka yang menghadapi masalah mengenai komputer.

Sebagai permulaan kita boleh ajukan soalan masalah komputer kita disini. Untuk menyertainya, hantarkan email kosong kepada

dunia-digital-subscribe@yahoogroups.com

Selepas menyertai senarai email untuk "Digest" hantarkan email
kepada dunia-digital-digest@yahoogroups.com

Jika mahu melihat email lalu. Sila lawat laman http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/messages

Ada Fungsi Carian yang boleh digunakan. Dalam Bahasa Malaysia.
 

(3) laman-web

http://groups.yahoo.com/group/laman-web/

Laman-web pula adalan khusus untuk mereka yang berminat untuk membangunkan laman. Senarai email ini boleh membantu kita dari segi nasihat dan panduan bagaimana untuk membina laman. Cukup sesuai untuk kita yang mungkin sukar mencapai laman atau mengunakan cybercafe untuk mendapatkan bahan. Hantarkan email kepada

laman-web-subscribe@yahoogroups.com
<mailto:laman-web-subscribe@yahoogroups.com>

Selepas menyertai senarai email untuk "Digest" hantarkan email
kepada laman-web-digest@yahoogroups.com
 

(4) MyPenguin99

http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99/

Haris Petik.

This group is meant for those who participate in our mailing
list called "Penguin" back in 1999. Here, we'll sleep linux,
eat linux, speak linux, bath linux & drink teh tarik
(quoted from sEbOL). Those who wants to discuss & learn linux,
you are welcomed. Let us build our own knowledge here together.

Ada fungsi carian yang anda boleh gunakan. Dalam Bahasa Malaysia.
 

(5) Senarai lain Dalam Yahoo

http://groups.yahoo.com/group/celik-it/
http://groups.yahoo.com/group/info_komputer/
 

(6) PC-BASE

ftp://ftp.jaring.my/pub/archives/pcbase/
http://groups.google.com/groups?hl=en&group=jaring.pcbase

Ini adalah kumpulan perbincangan NEWS dan Email yang disediakan
oleh Jaring Malaysia. Kebanyakan posting dalam Bahasa Inggeris.

Hantarkan email kepada

majordomo@jaring.my dan dalam BODY letakkan

subscribe pcbase

Ada fungsi carian dengan link laman diatas.


Untuk kumpulan perbincangan yang kendalikan oleh Internet barat dan dalam Bahasa Inggeris.
 

(7) PC-NEWBIE

http://www.sonic.net/bnoble
http://www.christopherzguris.com/search/index.htm
Ada fungsi carian.

Ini adalah SE didalam Bahasa Inggeris yang disertai oleh ramai pengguna daripada seluruh dunia. PC-NEWBIE agak menarik untuk mereka yang masih baru dengan penggunaan Komputer. Untuk sertainya hantarkan email kepada majordomo@afterburner.sonic.net

dalam BODY email letakkan.

SUBSCRIBE PC-NEWBIE
 

(8) HELP-NET

http://help-net.unl.edu/
http://www.lsoft.com/scripts/wl.exe?SL1=HELP-NET&H=CRCVMS.UNL.EDU

HELP-NET adalah kumpulan perbincangan yang membicarakan tentang masalah dan panduan dalam mencapai Internet. Contohnya jika menghadapi masalah mencari sesuatu dalam internet. Ajukan soalan kepada kumpulan ini. SE ini hanya untuk perbincangan mengenai internet sahaja. Jangan ajukan masalah komputer kepada mereka.
Untuk sertai, hantarkan email kepada

listserv@crcvms.unl.edu

dalam BODY email

SUB HELP-NET _your_full_name_
 

(9) PCBUILD

http://freepctech.com/pcbuild.shtml

http://nospin.com/pc/pcbuild.html (lama)
http://www.lsoft.com/scripts/wl.exe?SL1=PCBUILD&H=MAELSTROM.STJOHNS.EDU

Bagi kita yang menghadapi masalah dengan perkakas komputer (hardware), senarai ini sesuai untuk semua sama ada penguna Linux atau Windows.  Hanya soalan mengenai hardware sahaja.
Hantarkan email kepada

listserv@MAELSTROM.STJOHNS.EDU

Dalam BODY email

subscribe PCBUILD
 

(10) PC-ASK

http://www.lsoft.com/scripts/wl.exe?SL1=PC-ASK&H=MAELSTROM.STJOHNS.EDU
http://www.yusry.com.sg/pc-ask/

Satu lagi senarai email yang sesuai untuk bertanyakan tentang masalah PC. Hantarkan email kepada

listserv@maelstrom.stjohns.edu

Dalam BODY email

subscribe PC-ASK My_Full_Name
 

(11) ACCMAIL

http://www.oocities.org/CapitolHill/1236/index.html
http://www.lsoft.com/scripts/wl.exe?SL1=ACCMAIL&H=LISTSERV.AOL.COM

Bagi kita yang hanya ada email, kita digalakkan untuk menyertai SE ini untuk bantuan dan perkembangan baru. Hantarkan email kepada

listserv@listserv.aol.com

dalam BODY

SUB ACCMAIL your_full_name
 

(12) Email4U

ftp://ftp.netcom.com/pub/gb/gboyd/wsintro.faq

Panduan penggunaan email yang patut kita mencuba. Hantarkan email kosong kepada email4you@wireworm.com . Ikut arahan yang diberikan. Pelbagai panduan dengan hanya email sahaja.

(13) Binky

Bagi pengguna email aje. Panduan untuk mencapai internet dengan email aje telah dikumpulkan dalam applikasi.
Untuk mendapatkannya hantarkan email kepada:-

Binky@junoaccmail.org

Dalam BODY letakkan :-

SEND texts/em_man/em_ai411.zip

Applikasi diatas dalm format DOS sekitar 220KB

Untuk Windows-base hantarkan email kepada
Binky@junoaccmail.org

dalam BODY

SEND texts/em_man/em_aiw18.zip

Saiz applikasi di atas lebih kurang 1.5MB

Bagi bantuan untuk server binky dalam BODY
index help
 

(14) PC-WORK

http://pcworkers.com/

Sebuah lagi kumpulan perbincangan komputer dan Internet.
Untuk sertai hantarkan email kosong kepada

majordomo@imagicomm.com

Dalam BODY email taipkan.

subscribe pcworks
 

(15) Laman Pencari
 

Ada pelbagai kumpulan perbincangan email wujud di Internet barat anda boleh mencuba mencari dengan laman ini.

http://www.lsoft.com/lists/listref.html
http://paml.net/

Gunakan kata kunci computer, internet, Windows atau Linux.
 

Pelayan Email


Kumpulan email diatas dikendalikan oleh pelbagai jenis pelayan email. Sedikit panduan pengunaan.

Dalam dunia perbincangan melalui email ada 2 jenis applikasi utama yang mengendalikan kumpulan perbincangan.
Majordomo http://www.greatcircle.com/majordomo/
dan listserv http://www.listserv.net/

Bila kita mula hendak berlanggan dengan sesuatu senarai email (SE) kita akan menghantar email kepada satu alamat email khas contoh untuk pelayan senarai email di MAELSTROM.STJOHNS.EDU yang menggunakan listserv

LISTSERV@MAELSTROM.STJOHNS.EDU

Untuk pelayan email yang mengunakan Majordomo pula alamat email khas bagi hizbi.net adalah (contoh)

MAJORDOMO@HIZBI.NET

Setelah kita mengetahui alamat email khas ini cuba hantarkan email kepada kedua-dua alamat khas ini dalam BODY email letakkan

help

Kita sepatutnya mendapat email balasan tentang arahan yang boleh digunakan pada setiap pelayan komputer itu.

Kita cuba pula arahan lists. Arahan ini cuba menyenaraikan senarai email yang dikendalikan oleh pelayan komputer itu. Kali ini kita bertukar komputer pelayan. Untuk listserv hantarkan email kepada listserv@listserv.net dalam BODY letakkan

lists global computer

Ini bertujuan untuk mencari senarai email yang membincangkan tentang komputer. Gantikan perkataan computer dengan perkataan lain yang hendak kita cari.

Untuk majordomo pula belum lagi ada kemudahan secara menyeluruh yang mengumpulkan semua senarai email. Kita
hanya boleh menyenaraikan senarai email yang ada dalam komputer pelayan itu sahaja. Namun cuba hantar email kepada majordomo@muslimsonline.com dalam BODY letakkan

lists

Kita sepatutnya mendapat jawapan tentang senarai email yang ada di dalam pelayan komputer itu.

Sebelum kita menyertai senarai email yang kita pilih perlu juga kita ketahui sedikit keterangan tentang SE pilihan
kita tadi. Contohnya untuk mengetahui keterangan mengenai senarai email PC-NEWBIE di  majordomo@afterburner.sonic.net

Hantarkan email dalam BODY

info pc-newbie

Maklumat mengenai SE PC-NEWBIE akan dihantarkan.

Untuk berlanggan dalam sesuatu senarai email kita perlu menghantar kepada alamat pelayan yang kita telah pilih tadi.

Contohnya untuk berada didalam PC-ASK di bawah
listserv@MAELSTROM.STJOHNS.EDU hantarkan
didalam BODY letakkan

subscribe PC-ASK

Kita akan diberikan jawapan email bila kita berjaya menyertai kumpulan perbincangan ini. Amalan yang penting adalah menyimpan email balasan daripada komputer pelayan. Ini akan memudahkan kita bila kita hendak keluar daripada sesuatu SE.

Bagi majordomo pula contohnya untuk berada dalam kumpulan perbincangan email Hizbi-Net hantarkan email kepada majordomo@hizbi.net dalam BODY email letakkan

subscribe HIZB

Kita sepatutnya mendapat email pengesahan dan kita perlu menjawab email pengesahan itu barulah dapat sertai  kumpulan yang kita pilih tadi.

Selepas ini kita TIDAK BOLEH lagi menghantar email kepada alamat KHAS listserv dan majordomo, melainkan arahan yang telah diberikan dalam email "help". Email untuk SE perlu dihantar kepada alamat senarai email tadi. Selalunya kita hanya perlu gantikan listserv atau majordomo dengan nama SE kita. Contohnya

hizb@hizbi.net
PC-ASK@MAELSTROM.STJOHNS.EDU

Ini selalu menjadi masalah. Jika kita sudah tidak mahu berada dalam sesuatu SE, jangan sesekali hantar kepada alamat email SE. Hantarkan kepada alamat khas pelayan komputer SE kita. Sebab itu penting kita menyimpan email pengesahan sewaktu kita mula melanggan. Hantarkan email kepada alamat khas dan
dalam BODY letakkan

unsubscribe

Lawat laman ini untuk penjelasan lebih jelas.
http://www.temple.edu/computer_services/b2.html
 
 

Panduan Ringkas (TIPS)


Jika anda menyertai mana-mana Senarai Email dan Perbincangan Email. Pastikan kita adakan folder yang berlainan dan gunakan filter untuk mengasingkan email-email daripada pelbagai SE supaya memudahkan anda untuk mengenali email daripada pelbagai SE.

Kita juga boleh memilih langgan dalam "Digest". Email-email dalam SE akan dikumpulkan dalam satu email. Kita tidak perlu risau menerima email yang banyak. Panduan ada disediakan dalam email pengesahan yang pertama. Tidak semua SE menyediakan kemudahan ini.

Email perlu dihantar dalam bentuk PLAIN-TEXT sahaja. Ini disebabkan pengguna Internet menggunakan pelbagai jenis applikasi email. Tidak semua adalah serasi antara satu sama lain.

Rujuk laman ini untuk panduan pelbagai applikasi email.
http://www.oocities.org/capitolhill/1236/nomime.html

Bila anda mengajukan soalan. Cuba berikan keterangan yang padat tapi ringkas mengenai hardware atau software yang anda gunakan. Sebagai contoh, jangan sebut komputer ACER atau HP. Sebutkan juga jenis CPU, jumlah memori, besar harddisk dan jenis modem. Jika melibat applikasi, sebutkan, jenis dan versinya. Nyatakan masalah dengan jelas dan penuh.

Sekiranya anda dapat menyelesaikan masalah sila berikan maklumbalas akhir. Ini dapat membantu mereka yang
memberi jawapan, mengetahui jawapan mereka boleh diguna pakai, disamping dapat kemaskan simpanan email-email jawapan dengan jawapan dan penyelesaian yang sesuai.

Pastikan anda jangan sesekali menjalankan mana-mana attachment atau fail yang datang daripada Group melalui email. Ia kemungkinan adalah trojan atau virus.

Kebanyakan kumpulan email tidak membenarkan sebarang fail atau attachment dihantar melalui kumpulan.

Anda telah diberi AMARAN.
 

Rayuan


Malaysia memerlukan satu sistem sokongan komputer dan Internet yang jelas dan cekap. Hanya dengan berada dalam ruang perbincangan dan senarai email, anda mampu melengkapkan usaha ini.

Sekiranya anda mengenali mereka yang berkemampuan untuk membantu yang lain dalam soal komputer dan Internet. Kenalkan mereka dengan laman perbincangan web pelbagai kumpulan email Malaysia, yang Haris senaraikan ini.

Moga kehadiran mereka yang pakar dapat tingkatkan pengetahuan yang lain.

Tidak semestinya pakar sahaja menyumbang, anda juga boleh menyumbang. Setiap masalah komputer tidak semesti diselesaikan oleh mereka yang pakar. Pengkongsian pengalaman adakala lebih baik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah komputer dan Internet.

Untuk bersikap adil dan terbuka, Haris tidak mencadangkan mana-mana kumpulan. Pilihlah yang mana anda serasi dan sesuai.

Moga usaha kita semua akan mempertingkatkan perkembangan IT di Malaysia, malah seluruh Asia.
 

Projek Singa Emas


Projek ini untuk menjadikan User Interface (UI) beberapa applikasi seperti Mozilla, StarOffice dan LinuxMandrake, ke dalam bahasa Melayu sedang giat dijalankan. Projek Singa Emas (Locale L10N-MY) ini memerlukan sumbangan sukarela daripada pelbagai individu merangkumi pelbagai bidang untuk membantu usaha ini.

Untuk Projek Gabai
http://lists.sourceforge.net/lists/listinfo/gabai-penyumbang

Untuk Projek Singa Emas
http://groups.yahoo.com/group/OpenOffice-L10N-MY

Sertai mereka dengan menyertai senarai email kumpulan
projek ini.
 

Bagi yang berminat dengan Projek Satulaman. Satulaman untuk setiap
individu. Boleh hantarkan email kepada Autoresponder
satulaman@sendfree.com <mailto:satulaman@sendfree.com>
 

PEMBERITAHUAN


Beberapa sambungan laman Haris yang melibatkan spree.com dan terrashare.com, menghadapi masalah. Harap bersabar sehingga Haris kemaskini semula laman-laman Haris.

Haris akan pindah kesemuanya ke
http://harisfazillah.tripod.com/ dan yang berfungsi
http://alpha.skali.net/~hafnie/html/begining.html

Untuk sebarang pemberitahuan, anda boleh sertai senarai terhad
email Haris di http://groups.yahoo.com/group/haris
Pilih JOINT THIS GROUP

atau dengan menghantar email kosong kepada
haris-subscribe@yahoogroups.com <mailto:haris-
subscribe@yahoogroups.com>
 

Wassalam.
 

: )
 

---------

Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.

Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada

laman penulis.

http://hafnie.cjb.net/

Haris juga sering berada di Bincang Komputer
http://www.bincang.net/

---------------

Artikel-artikel yang lain Boleh didapati :-
Hantarkan email kosong kepada Autoresponder
emailbalas@sendfree.com <mailto:emailbalas@sendfree.com>
http://www.portalsinc.com/hafnie

----------------

------- Disclaimer - Pelepasan

Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.

Used it at your own risk.

Terima Kasih.

Harisfazillah Bin Jamel

http://hafnie.cjb.net/
http://harisfazillah.tripod.com/
14 Nov 2001.

------------------