Cosway adalah syarikat jualan langsung tempatan pertama di Malaysia. Dengan usianya yang menjangkau lebih 28 tahun, Cosway terbukti telah menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang paling berjaya sehingga Business Times Malaysia menggelarkannya "Direct Sales Giant" setanding dengan syarikat Amway yang berasal dari USA.
Berbekalkan pengalaman dan kepakaran Cosway di bidang ini, eCosway telah diwujudkan bagi meneroka peluang baru yang lebih luas dengan menggunakan model perniagaan unik yang dikenali sebagai Pemasaran Bersama. Model baru ini telah meletakkan eCosway dalam kelasnya yang tersendiri berbanding syarikat jualan langsung atau MLM yang biasa kita dengar.
eCosway adalah satu syarikat antarabangsa dengan para Pembeli, Pembekal dan Pemilik Perniagaan yang terdapat diseluruh pelusuk dunia ini. Ibupejabatnya terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang amat indah sekali. Syarikat induknya Cosway Malaysia adalah salah satu daripada syarikat jualan langsung terunggul di rantau ini dengan 350 pusat jualan tetap yang menjual pelbagai produk pengguna. Sejak ditubuhkan pada tahun 1979, Cosway telah mencapai reputasi yang luar biasa dan rekod perniagaan yang menakjubkan. Modal berbayarnya adalah RM 155 juta (lebih kurang AS juta) dan anak syarikat milik penuh Cosway Corporation Berhad.
Cosway Corporation Berhad disenaraikan dalam BSKL (Bursa Saham Kuala Lumpur). Modal berbayarnya sebanyak RM344 juta (lebih kurang AS .6 juta). Ianya mencatitkan pulangan sebanyak RM1.26 billion (lebih kurang AS .5 juta) bagi tahun kewangan yang berakhir pada April 30, 2004. Cosway Corporation Berhad juga secara 'inter-alia' memiliki Singer Malaysia, sebuah syarikat pelopor yang menjual mesin jahit, pelbagai barangan kegunaan rumah dan perabot.
Cosway Corporation Berhad adalah anak syarikat Berjaya Group Berhad, yang merupakan salah satu daripada syarikat konglomerat terunggul di Asia dengan syarikat dan pelaburan dalam beberapa sektor utama dan dengan lebih daripada 24,500 pekerja. Berjaya Group Berhad disenaraikan dalam BSKL dengan modal berbayar sebanyak RM1.5 billion (lebih kurang AS .7 juta). Pulangan kumpulan ini untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 April 2004, adalah RM 5.6 billion (lebih kurang AS $1.4 billion). Berjaya yang membawa maksud "kejayaan" dalam bahasa Melayu dan melambangkan kejayaan dan naluri Kemalaysian kegiatan tradisi Kumpulan ini.
eCosway Diberikan status MSC
Malaysia adalah satu negara muda dengan penduduk yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah menikmati pertumbuhan dan bertambah mewah dan dikagumi oleh banyak negara maju dan negara yang sedang membangun. Sebahagian daripada sebab pertumbuhan dan perkembangan ini adalah berdasarkan misi kerajaan yang digelar "Wawasan 2020" , yang menyatakan Malaysia mesti mencapai tahap negara maju dan masyarakatnya mesti serba berpengetahuan menjelang tahun tersebut. Bagi menjadikan misi ini kenyataan, Malaysia telah melancarkan rancangan besar-besaran menguasai Zaman Teknologi Maklumat dan menjadi pelopor dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia di rantau ini.
Koridor raya multimedia (MSC) Malaysia yang bertaraf antarabangsa yang menjangkau 50 kilometer daripada menara berkembar yang tertinggi di dunia di Kuala Lumpur (Ibunegara Malaysia dan pusat perniagaan) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Prasarana multimedia di rantau ini diikhtiraf terbaik sekali di dunia. Syarikat-syarikat yang berada dalam lingkungan lebuh raya multimedia boleh merebut peluang unik yang memberikan mereka kelebihan dari segi kaitan pelbagai budaya di Malaysia, kepimpinan yang komited, rekod dalam menghasilkan produk-produk baru dan bagi perkhidmatan serantau dan prasarana global.
eCosway diberikan "Status MSC" oleh kerajaan Malaysia kerana sumbangannya terhadap pertumbuhan dan mengembangkan teknologi maklumat dan e-niaga di rantau ini.