ESCOTT ZEOLITE

   "Mengumpul, menyimpan dan melepaskan nutrien baja"

      

 Pembekal dan pengedar tunggal Malaysia                                                                                                                     Utama Medigold Enterprise ( JM 0419900 )                                                                 Free URL Redirection @ .co.nr

 

Harian Metro                                   Khamis 26 Julai 2007                                                                            

>>Oleh Badrila Jamlus                                                                                                                                                           

Baja lahar gunung berapi                                                                                   Escott Zeolite galak tumbesar tanaman, tingkat daya tahan penyakit pokok, lebih mesra alam

  Utama Medigold Enterprise  (Utama Medigold), syarikat Bumiputera yang dilantik sebagai pembekal dan pengedar tunggal baja organik Escott Zeolite dari Australia mensasarkan import produk itu meningkat antara 30 hingga 50 peratus sebulan, tahun ini.

  Ketika ini, syarikat mengimport kira-kira 22 tan baja itu sebulan daripada pengeluarnya, Zeolite Australia Pty  Ltd yang menghasilkan baja tambahan organik menerusi penyelidikan dan pembangunan sejak lapan tahun lalu.

  Pengurus Utama Medigold, Dr Ramizi Ishak, berkata sejak produk itu diperkenalkan di pasaran lapan bulan lalu pihaknya menerima banyak maklum balas dan pertanyaan daripada syarikat perladangan besar.

   Beliau berkata, produk Zeolite yang dihasilkan menerusi campuran lahar gunung berapi didapati mampu menggalakkan tumbesaran pokok tanaman, meningkatkan daya tahan penyakit pokok, mengurangkan penggunaan baja kimia dan lebih mesra alam sekitar.

  "Zeolite juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan kepada haiwan ternakan seperti ayam, kambing dan lembu selain sesuai untuk kegunaan akuakultur bagi merawat kandungan air," katanya katika ditemui Bisnes Metro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

  Dr Ramizi berkata, antara kelebihan Zeolite ialah memaksimumkan penggunaan baja, menyimpan air dan organisma dalam tanah serta membantu melepaskan ion phosporus untuk kegunaan tanaman.

 Menurutnya, kaedah penggunaan baja itu bagi tanaman kelapa sawit, getah, padi, atau koko ialah empat hingga lapan beg baja bagi setiap satu ekar dengan tempoh kekerapan ialah setiap tiga bulan sekali.

  Katanya, Zeolite  turut disediakan dalam pek bersaiz satu kilogram dengan harga runcit RM5 sesuai digunakan sebagai baja tambahan kepada pokok buah-buahan, pokok hiasan, sayur-sayuran atau rumput golf.

  "Ujian penggunaan baja itu di ladang sawit milik saya seluas dua hektar mendapati hasil tanaman bertambah dari tiga tan sebulan kepada lima tan sebulan," katanya.

  Dr. Ramizi berkata, pihaknya bercadang melantik lebih ramai ejen untuk memasarkan produk itu.

  Sehubugan itu, mereka yang berminat menjadi pengedar produk itu boleh menghubungi 06-9752886 atau maklumat lanjut juga boleh diperolehi menerusi laman web www.zeolite.com.au.

 
 

 

   
 
1