MODUL 3 - 3.1 (i) Tingkat-tingkat Iman

MODUL TIGA 3

3.1 (i) Tingkat-tingkat Iman

1.0     Tingkatan Iman

2.0     Martabat Iman

3.0     Jalan Jalan Untuk Sampai Kepada Keimanan Yang Kamil

4.0     Tanda Tanda Seorang Syaikh Yang Kamil (Sempurna)


1.0    Tingkatan Iman

Hendaklah diketahui bahawa keimanan terhadap apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. tidak bertambah dan berkurang. Kuat atau lemah, bertambah atau berkurangnya keimanan adalah menurut amalan dan buahnya (hasilnya). Bertambahnya amal yang baik bererti menguatkan keimanan, justeru itu akan terpancarlah cahaya di hati dan roh. Lemahnya keimanan adalah disebabkan kemaksiatan dan dosa dosa yang dilakukan, dan mungkin akan menghapuskan keimanan seluruhnya, naauzubillah.

Setengah golongan Salaf pernah berkata yang bermaksud:

"Maksiat maksiat itu mendedahkan atau memudahkan kepada kekufuran. Hudhaifah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Fitnah fitnah akan mengenai hati hati seperti tikar (yang dianyam) sebatang sebatang. Maka mana mana hati yang benar benar dimasuki fitnah akan tertitik hitam, dan manamana hati yang menolaknya akan tertitik dengan titik putih, hinggalah menjadi dua hati, pertama putih seperti batu yang Iicin, ia tidak dimudarati oleh fitnah selama ada langit dan bumi, yang kedua hitam kelabu seperti kendi yang mengalir airnya (keluar) tidak mengenaii baik dan tidak menegahi mungkar kecuali daripada hawa nafsunya (datang kepadanya)"

Menurut riwayat Abu Said al Khudri Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:

"Hati itu empat bahagian: hati yang masih suci bersih, padanya Iampu yang bersinar, hati yang terbungkus dan terbalut dengan bungkusannya, hati yang terbatik, dan hati yang terbentang. Adapun hati yang masih suci bersih ialah hati mukmin, lampu di dalamnya punya cahaya, hati yang terbungkus dan terbalut ialah hati si kafir, manakala hati yang terbalik ialah hati orang yang benar benar munafik, is mengetahui kemudian ingkar. Hati yang terbentang ialah hati yang terbentang padanya iman dan nifaq, maka iman padanya adalah seumpama sayur sayuran yang digenangi air tawar, dan nifaq padanya adalah seumpama luka yang digenangi nanah bercampur darah. Maka sesuatu di antara keduanya yang lebih banyak, dialah yang mengalahkannya."  (Ahmad)

2.0     Martabat Iman

Kuat dan lemah 'aqidah manusia terbahagi kepada beberapa bahagian. Ini mengikut bertapak dan jelasnya dalil di dalam diri setiap orang. Kami jelaskan dengan melalui contoh seperti berikut:

Seorang lelaki (yang dipercayai cakapnya) menceritakan kepada seorang lelaki yang lain yang tidak pernah melihat sebuah negara yang bernama Yaman bahawa di sana ada negara Yaman, lalu ia terus membenarkan dan mempercayainya. Apabila ia mendengar dari ramai yang menceritakan tentang berita ini maka kepercayaannya semakin bertambah sekalipun pegangannya masih boleh digugat oleh keraguan bila didedahkan dengan berbagai keraguan. Apabila ia melihat gambarnya (negara Yaman) maka semakin bertambahlah kepercayaannya, segala keraguan sukar untuk mengugatnya. Apabila ia musafir ke negara tersebut dan terlihat olehnya tanda tanda negara tersebut maka akan bertambahlah keyakinannya dan hilanglah keraguannya. Apabila ia ke sana dan melihat dengan matanya sendiri tidak ada ruang untuk diragui lagi, maka pegangannya akan bertapak dengan kukuhnya dan mustahil ia kembali semula (tidak percaya) sekalipun semua orang tidak mempercayainya. Apabila ia berjalan di jalanannya, sambil mengkaji keadaan dan hal ehwal negara itu maka bertambah pengalaman dan makrifatnya di mana ini satu keterangan yang amat jelas untuk mengukuhkan pegangannya.

Bila kamu mengetahui tentang ini maka ingatlah bahawa dalam berpegang kepada agama manusia terbahagi kepada beberapa golongan:

  1. Mereka yang menerima 'aqidah itu kerana diberitahu lalu berpegang (pada kebiasaannya). Golongan ini tidak selamat daripada keraguan bila didatangi syubahat (keraguan dan salah faham)
     

  2. Mereka yang melihat dan berfikir, maka bertambah imannya dan kuat keyakinannya
     

  3. Meraka yang sentiasa melihat, memerahkan akal berfikir, meminta pertolongan daripada Allah, dan menjunjung titah perintah Nya serta mengelokkan ibadahnya. Maka akan terpancarlah nur hidayat di hatinya dan ia akan melihat dengan cahaya hatinya sesuatu yang menyempurnakan keimanan dan keyakinannya, maka tetaplah hatinya. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan orang orang yang mendapat petunjuk Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya."  (Muhammad: 17)

Menurut Syeikh al Islam Ibrahim al Bajuri, katanya: "Ketahuilah bahawa iman itu terbahagi kepada lima:"

  1. Iman taqlid, iaitu iman yang lahir daripada menerima percakapan seorang 'aqidah dengan dalil.

  2. Iman ilmu, iaitu iman yang lahir daripada mengetahui beberapa; 'aqidah dengan dalil.

  3. Iman Iyan, iaitu iman yang lahir daripada penumpuan hati terhadap Allah, tidak terluput walau sekelip mata pun

  4. Iman hak, iaitu iman yang lahir daripada penglihatan hati terhadap Allah

  5. Iman hakikat, iaitu iman yang lahir daripada keadaan seseorang yang tidak ternampak sesuatu pun selain daripada Allah.

Iman taqlid itu ialah bagi orang awam, iman ilmu bagi orang orang yang mempunyai dalil dan iman Iyan ialah bagi orang yang bermuraqabah dinamakan maqam muraqabah. Iman hak ialah bagi orang orang yang arifin (mengetahui dan mendalam), dinamakan maqam musyahadah (penyaksian mata hati), dan iman hakikat ialah bagi orang yang waqifin (sentiasa melazimi), dinamakan maqam fana' kerana mereka itu fana' dari yang lain daripada Allah, mereka tidak ternampak sesuatu pun selain daripada Allah, kecuali Allah sahaja.

Menurut Imam Ali al Qari: Sesungguhnya perbezaan cahaya kalimah tauhid di hati ahlinya tidak dapat dihitung kecuali Allah sahaja. Ada di antara manusia, cahaya kalimah tauhid di hatinya seperti mahatari, ada seperti bulan, ada seperti bintang, ada seperti ubur besar (terang), ada seperti lampu yang malap. Bila kuat cahaya kalimah ini maka tinggilah martabatnya dan akan membakar semua salah faham dan hawa nafsu menurut kekuatannya di mana mungkin akan sampai kepada sesuatu keadaan dengan menghapuskan semua syubahat dan hawa nafsu.

Renungkanlah kata kata al Imam Hasan al Banna di dalam perbicaraannya tentang unsur unsur 'aqidah Islam:

"Teguhnya hubungan di antara haft nurani manusia dengan penciptanya ialah sehingga sampai seorang itu kepada makrifat ruhi; ia adalah sebenar benar dan semanis manis makrifat. Dengan itu hati nurani manusia lebih berkemampuan untuk menyingkap sesuatu yang masih terlindung, selain daripada kebendaan dan fikiran yang terbatas dengan ikatan ikatan kebendaan dan natyah perbandingan yang boleh dirasa (difahami)"

Agama Islam seringkali menyeru hati kecil dan membangkitkan ciriciri kejiwaan yang ada di dalam diri seorang manusia supaya ia meningkat lebih tinggi ke mercu clam tinggi serta dapat merasai kelazatan makrifat terhadap Allah.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."

Sesungguhnya hati seorang manusia apabila bersih dan bersinar akan dapat merasai hakikat kelazatan iman terhadap Allah. Pernah salah seorang yang arif ditanya tentang bukti bukti atau dalil dalil yang jelas dan mendalam tentang keimanan kepada Allah. la tersenyum lalu berkata: Pagi yang cerah tidak memerlukan lampu, maka bilakah siang memerlukan kepada bukti?"

Makrifat yang dapat dirasai oleh hati nurani tersebutlah yang dimaksudkan daripada hadith Ihsan yang berbunyi yang mafhumnya: "Engkau menyembah Allah seolah olahnya engkau melihatNya tetapi jika engkau tidak melihat Nya maka seungguhnya la melihat engkau"

Demikian juga hadith yang mafhumnya:

"Tiga perkara, sesiapa yang terdapat ketiga tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman: la menjadikan Allah dan Rasul lebih dikasihi daripada yang lain; tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah; ia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana ia benci melontarkan ke dalam neraka." (Bukhari, Muslim)

Demi hidupku, pohon keimanan tidak akan mengeluarkan buahnya pada tiap tiap masa dengan izin tuhannya, selama mana seseorang mukmin tidak merasai kemanisan iman dan kelazatan keyakinan.

Al Sayyid Abul Hasan al Nadwi pernah berkata:

"Seseorang tidak mampu mengatasi nafsu dirinya, adat dan kebiasaannya, kepentingan dan kemanfaatannya, tujuan dan syahawatnya. Demikian juga, seseorang itu tidak boleh mengangkat kerendahan darjat yang dijelaskan oleh al Qur'an: "Tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah." 4 kecuali apabila ketara jelas keyakinan dan rasa cinta, di mana akan jadilah ia laksana kilat yang menyambar di malam kelam atau laksana kayu apa yang menyala yang tidak padam apinya dan tidak hilang panasnya"

Beliau menjelaskan lagi bahawa keikhlasan dan kerabbaniyahan, rasa belas kasihan, kelembutan hati dan keberanian serta keperkasaan yang diperlukan untuk tebusan dan pengorbanan, pengembelingan jiwa dan roh, jihad dan perjuangan, tajdid dan pembaharuan. Ia tidak akan bangkit dan lahir pada kebiasaannya kecuali setelah bersihnya roh, terdidiknya hati, wujudnya mujahadah dan ibadah. Ini semuanya dapat kita lihat pada kebanyakan mereka yang telah turun ke medan tajdid (pembaharuan) jihad dalam sejarah Islam di mana mereka merasa keenakan dengan kedudukan roh yang tinggi.

3.0     Jalan Jalan Untuk Sampai Kepada Keimanan Yang Kamil

  1. Kukuhkan 'aqidah yang benar, dan fikiran yang betul di mana ia akan melahirkan tindak tanduk yang baik. Penyelewengan 'aqidah atau fikrah semestinya akan melahirkan tindak tanduk yang pincang. Tuntutlah ilmu yang benar agar 'aqidah kamu betul dan fikrah kamu mengenai Islam tidak menveleweng dan tidak salah.
     

  2. Hendaklah ibadah kamu betul, yang mempunyai dua faktor penting; keikhlasan dan mengikut Sunnah. Fudail bin Iyad pernah menjelaskan mengenai firman Allah yang mafhumnya:

"Agar dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya." (Hud: 7)

Katanya: Ini bermaksud amalan yang paling ikhlas dan benar.

"Saudara, hendaklah mentaati Allah, merendahkan pandangan (daripada melihat wanita) menjauhkan diri dari majlis majlis mungkar, membanyakkan membaca al Qur'an, senantiasa berzikir kepada Allah, di mana ia adalah untuk hati laksana udara untuk tubuh."

Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai orang orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut) nama Allah, zikir yang sebanyak banyak." (A1 Ahzab: 41)

Sabda Nabi s.a.w. yang mafhumnya:

Perumpamaan orang yang berzikir (mengingati) tuhannya dan orang yang tidak berzikir ialah seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati.  (Bukhari)

Menurut Ibnu Taimiyyah:

"Mengingati Allah bagi manusia laksana air (pentingnya) kepada ikan, cuba lihat bagaimana hidupnya ikan bila jauh daripada air."

Menurut Syeikh Muhammad al Hamid, rahimahullah:

"Hendaklah setiap kita bersama Allah dengan membaca kitabNya, berzikir kepada Nya menurut apa apa bentuk zikir yang dikehendaki, di mana zikir itu mengilap hati hati, mendidik jiwa, membangkitkan segala roh. Tidak ada kebaikan bagi seseorang muslim jika dirinya kosong, hatinya tidak lembut dan tunduk serta airmatanya tidak berlinangan. Sesungguhnya kekerasan hati itu dapat diubati dengan berzikir kepada Allah"

Menurut Syeikh Muhammad al Hashimi:

"Sesungguhnya wujudnya (ingatan) kepada Allah di dalam hati adalah cahaya, ketenangan, kernuliaan dan kekayaan. Manakala wujud benda benda lain di dalarn hati itu adalah kegelapan, keganasan, kehinaan dan kefakiran"

  1. Hendaklah kamu mendampingi orang orang saleh dan ahli makrifat (mengetahui) tentang Allah. Di antara tanda tanda mereka ialah: Sibuk dengan keaiban diri sendiri daripada kesilapan orang lain, patuh kepada suruhan syara' dan tegahannya dengan penuh rasa jujur dan taat serta menyeru kepada kebaikan dan menegah daripada kemungkaran dengan kekuatan dan keimanan.

Sesungguhnya berdamping dengan mereka itu melembutkan hati dan membersihkan diri daripada kesalahan (dosa). Ini merupakan suasana yang murni yang mana dalam suasana inilah hati itu sentiasa hidup dengan baik.

  1. Ikutan kita yang agung serta contoh yang baik ialah baginda Rasulullah s.a.w. dan ulama' ulama' yang beramal serta mengikut jejak langkahnya, baik dalam kata kata maupun perbuatan dan keadaan mereka.

Menurut Sayyidi al Syeikh Muhammad al Hamid:

"Berjalan tanpa mursyid (penunjuk, pemandu) yang mengetahui, kadangkala tidak membawa kepada matlamat yang diharapkan, dan hendaklah kamu berpandukan kepadanya. Sepertilah juga seseorang itu tidak boleh menjadi doktor dengan sekadar membaca buku buku sahaja tanpa melakukan amali (kedoktoran), kemudian setelah berjaya di dalam peperiksaan ia bertugas di pusat rawatan di bawah pemerhatian para doktor. Tidaklah ia menjadi seorang doktor kecuali dengan melatui cara ini. Perjalanan menuju Allah tidak akan terjamin pencapaiannya kecuali dengan mendampingi orang alim yang bersih, bertaqwa dan warak, di mana seseorang dididik dengan mendampingi orang lain, dan orang itu dididik dengan orang lain pula. Begitulah seterusnya hingga kepadajunjungan besarNabi Muhammad s. a. w."

Menurut al Sayyid Abu Hasan al Nadawi:

"Punca segala kerosakan dalam pelbagai bidang hidup, punca bencana dan kecelakaan ialah tiada keikhlasan dan buruknya akhlak. Sesungguhnya sebesar besar kewajipan dewasa ini ialah menghidup dan mentajdidkan kembali sifat ikhlas dan akhlak di mana cara yang paling baik untuk sampai kepada keduanya ialah cinta dan cara untuk sampai kepada cinta ialah zikir dan pendampingan diri serta bersama dengan hamba hamba Allah yang arif dan soleh"

Beliau menjelaskan lagi:

"Sesungguhnya lilin itu tidak mendapat cahaya kecuali dengan Iilin lain yang sepertinya. Kebenaran dan keikhlasan hanya ada pada orang orang yang ikhlas dan benar."

Seseorang mukmin yang terlalu ingin untuk mencapai keimanan yang sempurna kadangkala bertanya tanya: Apakah tanda tanda mereka yang membawa ubur ini (keikhlasan, keimanan dan keyakinan)?

4.0     Tanda Tanda Seorang Syeikh yang Kamil

  1. Memiliki ilmu sebanyak mungkin yang diperlukan

  2. Menjaga 'aqidah, aman dan akhlak menurut syariat

  3. Tidak tamakkan dunia dan tidak menganggap dirinya telah sempurna kerana itu adalah satu cabang cintakan dunia

  4. la pernah bersama (belajar) dengan seorang lain yang sempurna

  5. Ulama' ulama' dan syeikh semasa yang beramal telah menaruh sangka balk kepadanya (mengiktirafnya).

  6. la disukai oleh golongan khusus dan bijak pandai yang berpegang kepada agama lebih daripada disukai oleh golongan awam

  7. Orang orang yang mengakui taat setia kepadanya, kebanyakan mereka sangat kuat berpegang kepada syarak dan kurang tamak kepada dunia

  8. la bersifat belas kasihan dan berlembut terhadap muridnya semasa mengajar dan memberitahu mereka, bila dia melihat atau mendengar satu satu keburukan yang dilakukan oleh muridnya ia mencela dan menegahnya, bukan memberi sokongan

  9. Orang yang bersahabat dengannya merasai kurangnya cinta kepada dunia dan merasa bertambah cintanya kepada Allah

  10. Dirinya senantiasa sibuk berzikir, kerana tanpa amal dan tanpa keazaman tidak akan mendapat barakah semasa mengajar

  11. Tidak mengharapkan sambutan hebat dan tumpuan orang hasil daripada penyampaiannya. Kerana itu tidak semestinya ia dapat menguasai mereka di mana untuk mendapat perhatian penumpuan orang adalah merupakan peranan jiwa yang dapat ditingkatkan dengan latihan, bukanlah khusus kepada sifat taqwa, kerana orang kafir pun mampu menguasai orang ramai

Menurut al Syeikh al Arif ibnu Ajibah dalam huraiannya terhadap kitab al Hikam al Atiyyah:

Sesiapa yang terdapat padanya lima perkara ini tidaklah sah syeikhnya:

  1. Jahil terhadap agama

  2. Menjatuhkan kehormatan muslimin

  3. Masuk campur pada sesuatu yang tidak ada kena mengena dengannya

  4. Mengikut hawa nafsu dalam semua perkara

  5. Buruk akhlak dengan tidak mengambil kira apa apa

Halus sekali kata kata yang arif Maulana Jalaluddin al Rumi:

"Aku melihat seorang syeikh dengan sebuah lampu berjalan di setiap pelusuk punya tujuan. la berkata: Sudah jemu aku terhadap unta dan binatang melata (berkaki empat) serta insan yang kuingini, apakah tercapai maksud? Kami katakan: Itu mustahil... kerana telah kami cari ... Jawabnya: Yang mustahil itulah menjadi cita citaku"


Back | Home | Next

1