MODUL 3 (Sambungan)

3.4 (ii)    Tawakkal


1.0    Pengertian Tawakkal

2.0    Pernyataan Tawakkal

3.0    Perintah Bertawakkal dan Medan Pelaksanaannya

4.0    Keuntungan Tawakkal


1.0    Pengertian Tawakkal

Menurut bahasa sahaja, tawakkal bererti: serah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan. Dalam definasi, tawakkal dirumuskari pengertiannya seperti berikut: mempercayakan diri kepada Allah dalam melaksanakan sesuatu rencana, bersandar kepada kekuatan Nya dalam melaksanakan suatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindungan Nya pada waktu menghadapi kesukaran.

Dengan pengertian tersebut dapatlah ditegaskan bahawa tawakkal itu berkaitan dengan suatu rencana tetap (keputusan), atau kemahuan (azam) yang disertai dengan ikhtiar melaksanakan rencana itu. Firman Allah yang mafhumnya:

"Berpalinglah daripada mereka itu, dan berserah dirilah kepada Allah. Dan cukuplah Allah itu sebagai pelindung." (Al Nisa': 81)

Sehubungan itu, kaftan erat di antara tawakkal dengan rencana yang matang (ketetapan hati) dan ikhtiar melaksanakan rencana itu. Maka adalah suatu kekeliruan jika tawakkal itu diertikan sebagai berdiam diri tanpa berikhtiar sama sekali, misalnya mengharapkan penyakit sembuh tanpa berubat, atau mengharapkan hidup makmur tanpa bekerja.

Banyak dalil dalam al Qur'an dan hadith yang menyatakan pentingnya ikhtiar, usaha dan bekerja. Dalam berikhtiar itulah dihayati degan tawakkal, penyerahan diri kepada Allah dalam proses usaha dan reda menerima basil daripada pekerjaan itu, banyak ataupun sedikit.

2.0    Pernyatan Tawakkal

Tawakkal itu termasuk pekerjaan hati, terpaut di hati dalam menghadapi suatu persoalan atau pekerjaan, di mana manusia merasa bahawa dengan kekuatan sendiri tidak sanggup untuk menghadapinya tanpa bersandar kepada kekuatan Allah. Apa yang terpaut dalam hati dengan keyakinan tersebut dipancarkan keluar dengan mengucapkan hasbatLah seperti berikut:

"Allah cukup bagiku dan Dia sebaik baik penjaga."

Demikian juga dengan lafaz lafaz: La hawta wala quwwata ILIa biLlah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah). Selain daripada itu dalam hadith dinyatakan sejumlah do'a dan zikir yang isinya mengandungi pernyataan tawakkal kepada Allah dalam menghadapi urusan penting dan saat genting.

Salah satu di antara kaifiat tawakkal dalam menghadapi suatu rencana penting yang masih samar hasilnya. Apakah kelak membahayakan ataupun menguntungkan dunia dan agama, ialah dengan jalan salat istikharah, mengerjakan sembahyang dua rakaat, kemudian mengucapkan do'a istikharah, mohon kepada Allah agar dipilihkan dan ditakdirkan mana yang lebih bermanfaat bagi dunia dan agama, kemudian reda menerima keputusan apa saja yang berkenaan dengannya.

3.0    Perintah Bertawakkal dan Medan Perlaksanaannya

Bertawakkal dalam segala urusan bukan saja termasuk rohani yang baik, melainkan memang diperintahkan oleh Allah. Seperti firman Allah yang mafhumnya:

"Dan kepada Allahlah hendaknya berserah diri orang orang yang beriman." (Ibrahim: 11)

Pelaksanaan tawakkal pada prinsipnya meliputi segala urusan dan pekerjaan yang baik dan segala keadaan yang sulit. Salah satu di antaranya ialah dalam melaksanakan suatu rancangan yang sudah matang dalam suatu usaha, pembangunan, perjuangan dan sebagainya.

Demikian juga dalam kegiatan ekonomi, berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup hendaklah diiringi dengan tawakkal, sesuai dengan firman Allah yang mafhumnya:

"Tiap tiap yang melata di muka bumi ini sudah ditentukan oteh Allah rezekinya. Dia mengetahui kediamannya dan tempat penyimpanannya." (Hud: 6)

Di kala menghadapi musuh dalam peperangan, setelah mempersiapkan kelengkapan perang semaksimum mungkin dan pengetahuan taktik dan strategi haruslah diiringi dengan kekuatan kental, berupa tawakkal kepada Allah. Sebalik kekuatan alat alat, otot dan otak harus dilandasi dengan kekuatan hati yang penuh tawakkal. Demikian sikap tawakkal ini telah dihayati oleh tentera Islam dan peperanganpeperangan seperti di dalam perang Ahzab. Diceritakan di dalam alQur'an yang mafhumnya:

"Dan tatkala mu'minin melihat golongan golongan (musuh Islam) itu, mereka berkata: Inilah dia apa yang dijanjikan kepada kita oleh Allah dan Rasul Nya, dan benar Allah dan Rasu1 Nya. Dan tiadalah menambah mereka melainkan iman dan penyerahan diri (kepada Allah)." (Al Ahzab: 22)

Dalam arena siyasah untuk mencapai kemenangan perjuangan Islam, umat Islam wajib berjuang mengatur pula siyasah dalam menghadapi lawan, seraya bertawakkal kepada Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan jika mereka mahu menipumu, maka sesungguhnya cukuplah bagimu Allah. Dialah yang teguhkan engkau dengan pertolongan Nya dan dengan mu'minin." (Al Anfal: 62)

Di kala menghadapi bencana dan bahaya yang akan menyerang diperlukan tawakkal, seraya melakukan persiapan yang diperlukan untuk menolak bahaya itu. Misalnya ketika kaum muslimin pada zaman nabi diancam untuk dihancurkan oleh tentera musuh yang besar jumlahnya, mereka siap bertempur seraya berkata:

"Cukuplah bagi kami Allah dan sebaik baik Pemelihara."

Satu contoh lagi di kala berjangkitnya wabak, di samping mengambil langkah langkah pencegahan, diiringi pula dengan tawakkal. Suatu peristiwa terjadi pada zaman Khalifah 'Umar. Rombongan sahabat yang menuju Syria mendengar berita berjangkitnya wabak taun di negeri yang ditujunya itu. Dalam rombongan timbul dua pendapat, sebahagian ingin meneruskan perjalanan dan sebahagiannya pula ingin pulang. 'Umar ibn al Khattab memutuskan supaya mereka pulang. Tetapi timbul pertanyaan yang membantah: Apakah anda melarikan diri dari takdir Tuhan? 'Umar menjawab: Ya, lari daripada takdir Tuhan kepada takdir Tuhan juga. Diberikan perbandingan jika mempunyai ternakan di mana tersedia dua ladang, satu yang kering dan satu lagi yang subur, tentu saja lebih balk memffih ladang yang subur. Hal ini menunjukkan bahawa ikhtiar menghindari penyakit perlu dilakukan, seraya bertawakkal kepada Allah. Pendapat 'Umar ini diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah s.a.w yang disampaikan oleh 'Abdur Rahman bin 'Auf:

"Apabila kamu mendengar penyakt berjangkit terjadi di sebuah negeri, maka janganlah kamu datang ke tempst itu. Dan kalau kamu sedang berada di negeri yang sedang berjangkit penyakit menular itu, maka janganlah kamu keluar dari negeri itu kerana hendak melarikan diri."  (Bukhari)

Bertawakkal di kala menghadapi bahaya ditunjukkan pula dengan kisah Nabi Ibrahim ketika hendak dicampakkan ke dalam api oleh orang kafir, dengan membaca: Hasbiyallahu wa ni'mal wakil.

Dalam pada itu di kala hendak tidur, di mana seorang itu akan kehilangan kekuatan dan tidak tahu apa akan terjadi sepanjang waktu tidur itu, maka hendaklah ia bertawakkal kepada Allah, mempercayakan diri dalam perlindungan Allah, sebagaimana do'a yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w:

"Ya Allah, aku menyerahkan diri pada Mu, dan aku menyerahkan urusanku kepada Mu, dan aku menyerahkan kekuatanku kepada Mu kerana takut dan cinta kepada Mu. Tiada tempat berlindung dan dada tempest lari daripada Mu melainkan kepada Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus."  (Bukhari)

Bagi seseorang yang keluar dari rumah, maka banyak hal yang akan ditemui dalam pelbagai urusan. Mungkin ada yang menyenangkan dan ada pula yang menyusahkan, sebagai ragam daripada hidup. Sebagai makhluk yang dianugerahi fikiran, sebelum keluar rumah sebaiknya mempunyai pertimbangan, pemikiran dan rencana rencana yang baik dan kemudian segala sesuatunya diserahkan kepada Allah.

Anas bin Malik memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya: "Siapa yang mengucapkan ketika keluar dari rumahnya dengan: (Dengan nama Allah saya berserah diri kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah), maka engkau telah mendapat hidayat, kecukupan dan terpelihara dan jauh daripada syaitan." (Abu Daud)

Demikianlah pada prinsipnya, tawakkal diperlukan dalam setiap melon dan bidang kehidupan.

 

4.0    Keuntungan Tawakkal

Tidaklah Allah menganjurkan suatu sikap lahir dan batin, melainkan pasti ada padanya hikmat atau faedah yang tersirat di sebalik perintah itu. Dengan sikap tawakkal kepada Allah memberi jaminan, perlindungan dan pertolongannya. Firman Allah yang mafhumnya:

"Dan bertawakkallah kepada Allah, cukuplah Allah sebagai Pelindung." (An Nisa': 81)

Jaminan perlindungan dan pertolongan Allah dicatatkan di dalam alQur'an, justeru Allah mencintai orang orang yang bertawakkal: "Sesungguhnya Allah menyintai orang orang yang bertawakkal." (Ali Imran: 159)

Jika orang yang tidak bertawakkal mudah dihinggapi kegelisahan dan putus asa, maka sebaliknya orang yang bertawakkal akan tenang jiwanya. Dengan demikian tawakkal melahirkan ketenangan dan ketenteraman batin, kerana terlepas daripada rasa takut dan dukacita.

Selain ketenangan jiwa, maka tawakkal juga membuahkan sikap syaja'ah dan keberanian. Terbukti ketika Da'thur (ketua orang orang kafir) menghunus pedang kepada Nabi s.a.w. Da'thur menggertak Nabi: Siapakah yang dapat mencegah pedang ini terhadap engkau, hai Muhammad? Dengan sikap tawakkal Nabi menjawab dengan tenang: Allah! Pedang itu terjatuh dari tangan Da'thur, dan tibalah giliran Rasul mengambil pedang itu. Sikap tawakkal Nabi melahirkan sikap syaja'ah dan kemenangan, di mana Da'thur menyaksikan kehebatan Rasul Allah itu, lalu dia pun memeluk agama Islam bersama kaumnya.

Dalam bidang mencari rezeki (ekonomi), tawakkal kepada Allah mendatangkan kecukupan dan rezeki yang tak terduga duga. Sehubungan dengan dengan itu Rasulullah s.a.w telah bersabda yang mafhumnya:

"Andaikan kamu bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki kepadamu, sebagaimana burung yang keluar pagi dengan perut yang kosong dan pulang di senja hari dengan kenyang."  (Tarmidhi)

Pada saat yang berbahaya, di mana wang dan kawan tidak dapat lagi memberi pertolongan, Allah dapat menolong dan menyelamatkan orang yang bertawakkal. Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tidak sampai terbakar kerana api dingin.

Firman Allah yang mafhumnya:

"Kami (Allah) berkata: Hai api, jadilah dingin dan sejahtera ke atas Ibrahim!"  (Al-Anbiya': 69)

Demikianlah hikmat tawakkal yang menghasilkan kebaikan seperti ketenangan, keberanian, kemenangan, pertolongan dan perlindungan Allah s.w.t yang membawa kepada keselamatan.


Back | Home | Next