Kanak-kanak Afrika
         

09/22/05Selamat Datang........Kami Amat Menghargai Kedatangan Kamu........

Home
Buruh Kanak-kanak
Penyakit AIDS
Kebuluran
Peperangan
Maklumbalas

Hit Counter

Use Advanced Search

 

Objektif

Pembinaan laman web ini objektif utamanya ialah untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah-masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang berada di benua Afrika.

Belajar sikit-sikit

                    

Afrika merupakan benua yang kedua terbesar selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 (11,677,240 batu2) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 800 juta orang, atau sekitar satu pertujuh populasi manusia di bumi.

Benua Afrika disempadani:

Kata Afrika berasal dari bahasa Rom kuno, Africa terra "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu Tunisia sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (Phoenician), 'afar yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat Carthage; atau dari bahasa Greek aphrike yang bererti tanpa dingin; atau dari bahasa Latin aprica yang bererti cerah.

 

 

Masalah-masalah yang dihadapi oleh benua Afrika

       Beban hutang sekitar 300 bilion dolar, beribu-ribu rakyat menderita daripada kebuluran dan penyakit, jangka hayat semakin menurun dan pendidikan berada di tahap sangat rendah. Penyakit AIDS merebak, peperangan saudara dan kebuluran telah menjadi masalah utama kepada benua Afrika ini.

        

       Peraturan perdagangan yang menghambat negara-negara benua Afrika dari memasuki pasaran dunia harus diteliti semula. Masalah hutang yang banyak di negara-negara benua Afrika itu harus diberikan perhatian dan tumpuan yang serius oleh kebanyakan negara-negara yang kaya. Selain mengurangkan beban kemiskinan yang menyebabkan kebuluran kanak-kanak di Afrika, juga harus memberi tumpuan kepada isu peraturan-peraturan perdagangan antarabangsa.

       Hal ini kerana, isu tersebut yang lebih penting dari segi masa depan kepada negara Afrika. Sebahagian besar mereka tidak dapat mengejar kemajuan kerana halangan-halangan yang dihadapi mereka dari segi subsidi import dan tarif yang dikenakan oleh negara-negara maju, dan sebagainya.

         

       Penubuhan institusi yang berkesan dan bebas daripada rasuah bagi menyelenggarakan bantuan asing ke negara yang dilanda kebuluran ini telah ditubuhkan. Antaranya ialah WHO, NAM, WTO, FAO dan sebagainya. Hal ini kerana pertubuhan tersebut secara tidak langsung, dapat membantu negara itu daripada kebuluran dan kemiskinan terutama terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak di benua Afrika yang mengalami kekurangan zat akibat kemarau yang panjang. Bantuan segera seperti barangan makanan dan ubat-ubatan amat diperlukan.

 

 

 

 

   

Home | Buruh Kanak-kanak | Penyakit AIDS | Kebuluran | Peperangan | Maklumbalas

This site was last updated 09/22/05

1