HPA INDUSTRIES SDN BHD
(337100K)
HPA BERMULA DI SINI
|
HPA SEKARANG
|
 |
|
|
MESEJ PENGARAH URUSAN
|
|
PETIKAN HPA NEWS (SEPT 04)
|
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 15 Julai 1995, namun begitu tarikh sebenar wujudnya industri ini ialah pada September 1987 di
daftarkan atas nama Perubatan Tradisional Al Wahida, yang mana pada masa itu diusahakan secara kecil-kecilan
sahaja.
Tuan Haji Ismail bin Ahmad, pengasas HPA adalah seorang anak tani yang berasal dari
Jejawi, Perlis. Beliau dari keturunan yang mempunyai kepakaran dalam
bidang herba dan beliau sendiri pernah membuat kajian tentang herba-herba di Malaysia pada tahun 1982 di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) semasa beliau menuntut di sana.
Menjelang tahun 1995, kedudukan HPA menjadi lebih mantap dengan kemasukan 13 orang lagi graduan-graduan lepasan
pelbagai universiti. Dengan pelbagai kecekapan dan kemahiran yang ada, HPA telah mengorak langkah memasuki era Multi Level Marketing (MLM)
dengan memasarkan produk keluarannya dengan Sistem Jualan Langsung dan pada 10
Januari, 1997 .
Bermula dari tarikh ditubuhkan, HPA telah mengembangkan
perniagaan ke tahap yang lebih maju. Kini HPA Industries Sdn Bhd memiliki kilang
di dua kawasan perindustriaan yang serba moden dan mengushakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Kilang-kilang HPA terletak di alamat B1 dan B2, Lot 29 Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis di bawah bimbingan Bank Pembangunan Malaysia dan juga di kawasaan MIEL Jejawi. Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara.
Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya
dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai
RM 2.6 juta.
VISI
-
HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu
kaedah rawatan yang berkesan
-
HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan
berwibawa
MISI
-
HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian
produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya
meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan
jenis-jenis penyakit yang dialami
-
HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus
mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan
diri, keluarga dan masyarakat
OBJEKTIF
-
Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di
seluruh Malaysia
-
Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang
innovatif, berdaya maju dan berwawasan
-
Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan
pembangunan usahawan
LAMAN PAUTAN