Logo Yosri
Bendera Malaysia
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Undur | Daftar Utama | Depan | Pengenalan
Pengenalan
Buku Digital
Cerita Seram.
Daftar Negara
Alam Haiwan
Tokoh Dunia
Daftar Penyakit
Lagenda Dunia

TARAF 
BACAAN 
UMUM

 

 Siri Haiwan.
Harimau Jawa.

Harimau menerkam.
13 Rejab 1423
 

Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
 
http://geocities.yahoo.com/home/
http://www.oocities.org/harimau_yosri
 

 


 
 
 
 
 
 

Harimau Jawa.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong

Harimau Jawa tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau), sub-spesies Panthera tigris sondaica.

Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 70-65 juta tahun dahulu semasa zaman dinosaur di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats").  Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Sebahagian lagi bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)

Dalam spesies harimau moden, terdapat terdapat lima sub-spesies harimau dalam Genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal lapan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut :-

  1. Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.
  2. Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, China, India, dan Nepal.
  3. Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat China.
  4. Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, Harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia.
  5. Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera, Indonesia.
  6. Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.
  7. Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.
  8. Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.
Harimau Jawa.

Harimau Jawa pernah mengdiami kawasan hutan hujan di kepulauan Jawa, Indonesia. Kegiatan pemburuan dan pembukaan tanah oleh manusia telah menyebabkan harimau Jawa tidak dapat menghadapi ancaman yang berterusan dan dipercayai pupus. Kali terakhir harimau Jawa dilihat ialah pada 1972. Satu-satunya gambar harimau Jawa dirakamkan oleh A. Hoogerwerf's Udjung Kulon:  The Land of the last Javan Rhinoceros. Leiden: Brill Academic Publishers. 1970.

Kemungkinan makanan utama harimau Jawa adalah rusa, kijang, kancil, babi liar, ikan, monyet, landak, dan termasuk semua jenis burung sama seperti harimau Sumatera.
 

- TAMAT -
Rujukan :
http://www.everwonder.com/david/tigers/living/
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/about.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/evolu.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/bengal.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/extinct.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/sochina.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/basics2.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/siberian.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/ichinese.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/sumatran.htm
http://www.5tigers.org/Basics/Phys_Ecol_Sociol/colors/white.htm
National Geographic December 1997,"Wild Tigers", Geoffrey C. Ward, m.s. 2 - 47
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : 
"Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka (Yahudi dan Nashara) lebih dahulu diturunkan kepada mereka kitab. Dan hari ini (Jumaat) adalah hari diwajibkan kepada mereka solat. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu. Kerana itu Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti di belakang kita, iaitu Yahudi besoknya (Sabtu) dan Nasrani lusa (Ahad)." 
 Feringgi melanggar Inderagiri 
 Lalu dibedil oleh laksamana 
 Suami ibarat kepala negeri 
 Hendaklah adil lagi saksama

Pantun Asli saya


Hakcipta terpelihara 20/09/2002 © Mohamed Yosri Mohamed Yong. 
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
http://www.oocities.org/harimau_yosri
Pembangunan dan Rekabentuk menggunakan http://browsers.netscape.com/browsers/main.tmpl