Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air
dan phonos bearti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang
dijalankan dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik
ini telah digunakan sejak tamaddun awal sebelum masehi lagi. Taman
Tergantung Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur
diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam
secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan
sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam
pengembaraannya mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara
China menanam
secara hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman
secara hidroponik dijalankan.
Pada 1699, Woodward saintis England telah menjalankan kajian menanam
dengan menggunakan air sebagai medium, garam mineral dilarutan
kedalam air dengan dimasukkan sedikit tanah. Keputusannya
pokok tumbuh dengan baik dan tanah yang dicampur didapati tidak berkurang. Pada 1930an saintis Amerika , Gerice dari Universiti California
telah berjaya menanam tomato dengan kaedah
hidroponik yang mana tomato tumbuh sehingga 7.5 meter. Perkembangan
Teknologi Greenhouse di negara barat telah membantu perkembangan
hidroponik, yang mana aktiviti pertanian hidroponik dalam greenhouse dapat
dijalankan sepanjang tahun.
Pada awal 70an,
saintis England Dr. Allen Cooper telah berjaya memperkenalkan teknik NFT
yang merupakan sistem hidroponik terbaik. Dalam kaedah ini larutan baja
dari tangki hidroponik dialirkan keakar tanaman dalam palung,
larutan ini dikembalikan semula kedalam tangki. Teknik ini telah berkembang
selaras dengan perkembangan teknologi digital yang mana terdapat operasi sistem
ini yang dikawal dengan komputer.
Kebaikan Hidroponik
Hidroponik mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan
bertani secara konvensional. Kelebihan utama ialah kawalan sepenuhnya
keatas tanaman. Tumbuhan dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan
kadar penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja tidak di larutresap
kedalam tanah. Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan
cuaca, penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan kos
pengeluaran.
Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai
contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10 tan
seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.
Tanaman Yang Sesuai
Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun,
kacang dan sebagainya
Bunga - ros, orkid, marigold dsb.
Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants.
Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.
Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain.
Keperluan Untuk Pertumbuahan
Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik.
Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses
fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan
yang tinggi.
Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja)
bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh
digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum
digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.
Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk
pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat
mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk
perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat
selepas seminggu dari semburan.
Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama
abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan
nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh
pihak berkuasa.
Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun
yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar
seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk
tumbuh tegak.
Lolla Blonda
Sawi Manis
Kailan dan Salad Webb Wonderful
Teknologi hidroponik telah membolihkan salad spesis tanah tinggi atau yang
memerlukan iklim sederhana ditanam ditanah rendah di Malaysia. Ketiga-tiga
spesis di atas biasanya diimpot dari kawasan sejuk dengan harga yang tinggi. Oleh
itu pelaburan dalam hidroponik mampu memberi pulangan yang baik disamping
mengurangkan perbelanjaan impot. Kerajaan diharap akan memainkan peranan yang
positif dalam memajukan aktiviti ini.
SISTEM HIDROPONIK
Terdapat sistem hidroponik pasif.sistem hidroponik aktif
Sistem hidroponik pasif di mana air yang digunakan kekal statik dala
takung atau kolam. Sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti sayuran
daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Tidak memerlu perbelanjaan yang
besar dan sesuai untuk amatur atau hobi, namun bolih dijalankan secara komersial.
contoh sistem ini ialah sistem hidroponik takung dan sistem hidroponik rakit.
Sistem hidroponik aktif merupakan sistem dimana larutan baja
dibekalkan melalui tangki dan dipumkan keakar tanaman, kemudian larutan berkenaan
akan dikembalikan semula kedalam tangki. Proses ini akan berpusing sehinggalah
tanaman matang untuk dituai. Sistem ini sesuai untuk sayuran buah seperti tomato,
cili, terung, tembikai, tiun dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah DFT, NFT,
Takung Aktif, Aggredate Calture dan Aeroponik.
Pembahagian Lain
Boleh juga dibahagikan kepada sistem tertutup dan sistem terbuka
.Sistem
Tertutup
Sistem yang menggunakan aiir sepenuhnya termasuk teknik nutrien
cetek (NFT), kultur air dalam (DFT) dan modifikasi NFT.
Sistem Terbuka
Sistem
ini menggunakan bahan penganti tanah seperti rockwool, gambut hancur, habuk
papan, sabuk kelapa, perlit dan pasir. Seperti sistem penanaman dalam pasu
tetapi tidak menggunakan tanah.
TEKNOLOGI
MENANAM HIDROPONIK A-Z DI MUKA TEKNOLOGI