PEDAGOGI DALAM MATEMATIK
Laman ini menyediakan tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan pedagogi , khususnya dalam pendidikan matematik. Ianya bagi memudahkan
pengguna yang ingin melawat laman yang berkaitan dengan pedagogi dengan
cepat kerana kami membantu anda mendapatkan alamat URL untuk laman
yang berkaitan dengan pedagogi. Diharapkan laman ini dapat membantu sedikit
sebanyak untuk mencari maklumat dengan lebih cepat..
Bilangan |
|
1. |
Inovasi Dalam Pedagogi,
Kurikulum dan Pendidikan Malaysia.
Laman ini berkaitan berkaitan dengan kajian yang dilakukan berkaitan inovasi, kurikulum dan pendidikan di Malaysia. Ia memberi tumpuan kepada pendekatan konservatif , perkembangan dan pengaruhnya terhadap pendidikan di Malaysia. " Keunggulan didalam bilik darjah tidak mungkin dapat dilaksanakan menerusi kurikulum yang standard untuk semua pelajar. Walaupun ini merupakan hakikatnya, masih banyak kita lihat sekolah-sekolah di Malaysia yang tidak memahami perkara ini. ...telah mencadangkan gabungan falsafah konservatif dan liberal dalam pedagogi..." Alamat URL : http://www.oocities.org/nikzafri/pedagogi.html
|
2. |
Matematik KBSM: Harapan Dan Realiti..
" minat dan prestasi murid dalam matematik berkait rapat dengan pengetahuan, kefahaman dan kepercayaan seseorang pendidik terhadap matematik serta gaya dan amalan pengajarannya dalam bilik darjah ( Thornton,1977; Ensey & Cooney, 1997; Cooney, 1982; Scott, 1977 , Smith, 1977; Eisenberg, 1977 ). Terdapat juga , sebahagian daripada pendidik pada hari ini, yang telah mengalami hakisan 'professional qualities' dalam karier masing-masing. Hakisan 'professional qualities' yang dimaksudkan di sini merangkumi banyak perkara, dan salah satu daripadanya ialah amalan pengajaran pembelajaran matematik yang tidak bermakna; ..." Alamat URL : http://members.tripod.com/~MUJAHID/math1.html |
3. | What is Constructivism?
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Laman ini membantu anda memahami dan mencari maklumat berkaitan konstruktivisme. Alamat URL : http://forum.swarthmore.edu/mathed/constructivism.html
|
4.
|
What Is the Collaborative Classroom?
Laman ini menerangkan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara kaloboratif iaitu pembelajaran secara kumpulan. Kaedah ini dapat membantu pelajar meluaskan peluang berbanding pembelajaran secara tradisional. Ini kerana setiap kumpulan pelajar di dalam kelas akan mendapat pembelajaran yang bermakna berbanding pembelajaran secara individu. Alamat URL : http://www.ncrel.org/sdrs/areas/rpl_esys/collab.htm
|
5. | Teori Dan Strategi Pembelajaran
Laman ini memberi penekanan kepada penulisan bentuk lazim bagi Persamaan Kuadratik mengikut Teori Behaviorisme dan Teori Kognitivisme. Ianya membantu para guru memahami suatu proses pembelajaran dengan baik dan semaksimum yang mungkin. Alamat URL : http://www.oocities.org/p20683/teori4.htm
|
6. | Kajian Sains Maklumat : Konsep, teori,
prinsip dan perkembangannya.
Laman ini menyorot tenteng prinsip dan teori Sains Maklumat . Kajian ini juga merujuk kepada kajian yang dilakukan sekitar 1950an di Amerika Syarikat dan Great Britain. Alamat URL : http://www.oocities.org/chooming/2013nota2.html
|
7. | Aplikasi
Pembelajaran Berasaskan Komputer
Laman ini memberi penerangan bagaimana aplikasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan komputer. Ia juga memberi contoh modul pengajaran yang menggunakan aplikasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Alamat URL : http://www.oocities.org/zakp20087/tugasan_3_ge6353_sfmy.htm
|