Attahiyatul
mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan
nabiyu warahmatullahi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'ala
ibadillahis salihin. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna
Muhammadar rasulullah. Allahumma salli 'ala Muhammad.
Maksudnya:-
Segala ucapan selamat yang
berkat - berkat (berganda - ganda) dan doa yang baik - baik semuanya
untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah
dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba -
hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya
Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad.
Cara duduk bagi lelaki dan perempuan
adalah sama seperti gambarajah di atas
Cara mengangkat jari telunjuk:-
kedudukan
jari dan tangan
Apabila bacan sampai kepada "Asyhadualla
ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk
sebelah kanan
Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama dari
segi cara duduk dan cara mengangkat jari telunjuk semasa membaca "Asyhadualla
ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah" dalam tahiyat
awal.