Projek Altersoft - Kita ada pilihan
http://www.oocities.org/lovhafnie/kempen/altersoft.html
Laman cermin : http://www.oocities.org/mysig2020/altersoft.html
Projek altersoft adalah projek untuk
memberikan penerangan dan pendedahan kepada pengguna komputer dan Internet
Malaysia, bahawa kita ada banyak pilihan daripada segi penggunaan sistem
operasi dan perisian. Pilihan ini meliputi pelbagai applikasi dan sistem
operasi yang kita boleh gunakan secara percuma, dengan kos yang lebih murah
dan ada dengan lesen penggunaan dengan nilai RM 0. Ya Ringgit Malaysia
sifar.
Penggunaan applikasi begini dapat
dilakukan kerana perkembangan yang sihat daripada segi pembangunan melalui cara Perisian Sumber
Terbuka (PST) atau lebih dikenali sebagai Open Source Software (OSS).
Lawat Penaja Laman Ini :-
http://www.opensource.org/
PST/OSS adalah satu usaha dikalangan
pembina perisian dan sistem seluruh dunia untuk membangunkan sesebuah
sistem atau applikasi yang kod-kodnya dapat dilihat, dinilai, diubah,
dibaiki, dikomen dan disebarkan secara bebas tanpa halangan hakcipta yang
ketat.
Oleh kerana kod-kod ini dapat dilihat
oleh sesiapa sahaja maka pembangunan sesebuah applikasi dibawah PST/OSS
bukan sahaja dilakukan oleh pembangun asal, malah ia turut dibantu oleh
individu yang berada diseluruh dunia melalui Internet. Mereka akan menilai
kod-kod applikasi tersebut, membuat pembetulan jika perlu, menyelesaikan
bahagian yang menghadapi masalah dan yang paling penting pengkongsian pengalaman
dan pengetahuan begini akan menghasilkan kod-kod applikasi yang stabil dan
selamat.
Semakin besar projek pembagunan ini,
semakin ramai yang menyertai projek pembangunan, sama ada sebagai pembina,
juruanalisa, pengawal kualiti applikasi, pencari pepijat, membuat dokumentasi,
menjawab soalan pengguna, menjadi penguji awal dan pelbagai lagi aktiviti
pembagunan. Sama anda mahu percaya atau tidak, semuanya dilakukan secara
sukarela dan ada yang melakukannya hobi.
Apabila applikasi ini disebarkan
dengan lesen "General Public Licenses" (GPL) dan lain-lain jenis lesen Opensource
yang diluluskan oleh http://www.opensource.org/
, maka kita dapat menggunakan applikasi tersebut tanpa perlu membayar harga
untuk membeli applikasi dan lesen penggunaan. Ingin dijelaskan, anda mungkin
perlu membayar kos mendapatkan applikasi opensource dan GPL melalui Internet
(kos sambungan) dan mungkin kos CD yang mengandungi applikasi-applikasi
opensource. Ia masih jauh lebih murah daripada membeli applikasi tertutup
dan memerlukan kita membeli lesen penggunaan.
Anda perlu menjadi pengguna OSS/PST
Kita perlu menyokong usaha ini dengan
menjadi pengguna applikasi atau perisian sumber terbuka.
Mengapa kita perlu menyokong usaha
ini ?
Cara pembangunan yang unik
(1) Cara pembangunan PST/OSS yang
unik yang menggunakan kelebihan Internet adalah satu usaha yang patut disokong.
Pembangunan PST/OSS telah mewujudkan satu komuniti yang mengabungkan usaha
individu-individu yang dipisahkan lautan dan daratan beribu-ribu kilometer.
Gotong-royong pembangunan ini telah membolehkan pengkongsian pengalaman
dan pengetahuan komputer yang mungkin menelan belanja beribu-ribu ringgit
jika ia dipelajari di kolej dan universiti.
Malah merujuk laman http://www.dwheeler.com/sloc/ .
Nilai pembagunan distribusi Linux Redhat 7.1 boleh menelan belanja RM
1 billion dan masa pembagunan yang boleh mencecah 8000 tahun seorang individu.
Pembangunan PST/OSS bukan setakat
dilakukan oleh mereka yang baru dalam komputer dan internet, malah ia paling
besar disokong oleh golongan bijak pandai komputer yang mahu berkongsi ilmu
dan pengalaman dengan orang baru.
Pengalaman adalah satu perkara yang
sukar untuk didapati melainkan dengan rajin mencuba dan melakukan sesuatu
dan ia mengambil masa. Dengan perkongsian pengalaman terutama semasa kod-kod
menghadapi masalah, ia boleh mendedahkan golongan muda IT dengan ilmu yang
baru yang tidak didapati di sekolah atau universiti.
Ia juga satu kebaikan bagi kita di
Malaysia. Bagi kita yang masih baru dalam bidang ini. Menyertai projek-projek
dalam PST/OSS boleh mendedahkan kepada pengalaman dan ilmu yang amat kita
perlukan dalam memajukan Industri komputer dan Internet kita.
Kini kita dapat melihat langkah awal
orang Malaysia dalam menyertai aliran PST/OSS. Projek untuk melahirkan
antara muka dalam bahasa melayu telah lama dijalankan. Walaupun nilai usaha
ini adalah kecil berbanding dengan nilai usaha sesebuah projek PST/OSS,
namun langkah awal dan pengalaman yang kita boleh didapati dalam usaha ini
membolehkan kita melangkah lebih jauh lagi.
Bagi anda yang berminat untuk meyertai
projek Meksom, Singa Emas dan Gabai sila lawat laman
http://l10n-my.tripod.com/
Projek Gabai
http://gabai.sourceforge.net/
Projek Meksom
http://ikhlas.com/meksom/
Komuniti Nukez Dan Sumber Terbuka Malaysia
http://mynuke.info/
Kita perlu kembangkan usaha dan menggalakkan
lagi perkongsian ilmu dan pengalaman sebegini. Dengan menjadi pengguna applikasi
PST/OSS, anda telah memberi sokongan dan galakan yang tidak terhingga kepada
pergerakan ini. Tiada nilai sesebuah perisian tanpa penggunanya.
Percuma
(2) Perisian PST/OSS adalah percuma
daripada segi milikan dan lesen. Free. RM0. Satu kelebihan yang sepatutnya
kita lihat dahulu dalam menilaikan mana-mana applikasi.
Walaupun ia free, fungsi dan mutu
applikasi/perisian yang dihasilkan masih setanding malah ada yang lebih
baik lagi daripada apa yang anda beli dengan harga beratus malah beribu ringgit.
Lesen GPL
(3) Perisian PST/OSS berdasarkan lesen
GPL dan lain-lain lesen yang telah diluluskan oleh Open Source. Dengan lesen
ini kita boleh menyalin sebanyak mana dan memasangnya seberapa banyak perisian
tanpa perlu risau akan melanggar lesen penggunaan. Anda tidak perlu memeningkan
kepala lagi membuat kira-kira penggunaan lesen atau risau tindakan makhamah
jika anda melanggar syarat lesen tertutup. Lesen GPL memberikan kebebasan
kepada anda untuk memasang atau menyebarkan perisian GPL dan opensource. Anda
telah bebas dengan GPL.
Kualiti
(4) Kualiti perisian Opensource adalah
yang terbaik. Anda mendapat applikasi Opensource yang selamat dan stabil
untuk digunakan. Cara pembangunan secara terbuka, membolehkan sesiapa sahaja
memeriksa kod-kod perisian yang anda gunakan. Jika ada sebarang kelainan,
pepijat atau masalah keselamatan, sesiapa sahaja yang berkemahiran akan dapat
mengesannya.
Malah pepijat atau masalah yang timbul
akan lebih cepat diselesaikan kerana pelbagai individu diseluruh dunia akan
bekerja siang dan malam untuk mencari penyelesaian. Jika pembangun applikasi
di Malaysia tidur, pembangun applikasi di zon masa siang akan meneruskan
usaha menuliskan kod. 24 jam sepanjang masa seluruh dunia.
Piawai
(5) Anda tidak perlu risau tentang
soal piawai dan standard. Pembangunan perisian sumber terbuka tidak mempunyai
kepentingan mereka sendiri. Opensource tidak terikat dengan mana-mana syarikat
atau motif keuntungan, yang mahu mengunci pengguna dengan perisian mereka
dengan cara memperkenalkan pengguna dengan standard atau piawai yang tidak
boleh ditiru atau dikongsi dengan orang lain. Perisian sumber terbuka bersifat
terbuka. Pembangun AST sedaya upaya mengikut standard dan piawai yang telah
ditetapkan oleh kumpulan atau organisasi antarabangsa seperti POSIX, ISO,
IEEE dan pelbagai lagi.
Malah dengan cara ini, perisian yang
dibangunkan dengan cara AST, lebih mudah diterima pakai atau diserapkan
dalam mana-mana pembangunan lain. Perkakas dan perisian lain lebih mudah
berinteraksi dengan perisian AST.
Keselamatan
(6) Menggunakan
applikasi yang terlalu popular ada risikonya. Walaupun ia memudahkan kita
daripada segi pengkongsian fail tetapi ia mendedahkan kita kepada pelbagai
masalah jika applikasi itu menghadapi masalah.
Sebagai contoh, akibat tindakan individu-individu
yang tidak bertanggungjawab menghasilkan pelbagai jenis virus dan trojan
maka applikasi dan sistem operasi yang popular sentiasa terdedah kepada
serangan virus dan trojan. Serangan ini telah mengakibatkan kerugian yang
besar daripada segi kehilangan fail-fail penting dan kos pembaikan semula.
Oleh kerana applikasi ini terlalu
popular, maka ia sentiasa menjadi pilihan utama serangan virus dan trojan.
Disebabkan masih ramai pengguna applikasi dan sistem operasi popular ini
tidak mengemas kini patch terbaru daripada pengeluar, maka serangan tidak
akan berhenti.
Untuk nota-nota virus dan trojan sila rujuk.
http://www.oocities.org/lovmalaysia/antivirusmalaysia.html
HENTIKAN MONOPOLI !!!
(7) Anda akan menghentikan MONOPOLI.
Dengan menyokong usaha PST/OSS, adalah telah menghentikan usaha monopoli
mana-mana syarikat yang mahu menguasai sesuatu bahagian IT tanpa memberikan
saingan yang sihat kepada pihak atau syarikat lain. Rujuk laman
(a) Why you should not
used Microsoft product ?
(b) Senarai laman anti-M$
(c) Say No To Microsoft
Perisian Pilihan
Berikut adalah cadangan-cadangan applikasi
yang anda boleh gunakan atau gantikan sebagai applikasi/perisian pilihan
anda.
(1) Pelayar Internet, Email dan Pengubah Laman
Mozilla
Mozilla adalah projek pembangunan
pelayar Internet secara perisian sumber terbuka. Dengan versi 1.0 yang lebih
stabil dan capaian setanding dengan IE, ia adalah saingan yang sepatutnya
anda cuba.
http://www.mozilla.org/
untuk muat turun. Bagi anda yang berminat untuk mencuba antara muka dalam
bahasa melayu lawat laman http://www.ikhlas.com/meksom/
(2) Perisian Pejabat
OpenOffice adalah perisian sumber
terbuka dan percuma untuk menulis, membuat persembahan dan pelbagai lagi
fungsi yang dimiliki oleh Microsoft Office. Bezanya disini, ianya adalah percuma.
Lawat laman http://www.openoffice.org/ untuk muat
turun.
Bagi anda yang hanya mahukan perisian
yang berfungsi seperti MS Word. Anda boleh mencuba Abiword http://www.abisource.com/
(3) Manipulasi Grafik
Gimp adalah penyelesaian untuk Manipulasi
grafik daripada PST/OSS. Laman GIMP di http://www.gimp.org/
dan bagi muat turun untuk sistem operasi Windows
http://www.gimp.org/~tml/gimp/win32/
(4) Emel
Jika anda muat turun Mozilla, ada
boleh mengantikan Outlook dengan Emel Mozilla. Sebagaimana yang anda tahu,
Outlook banyak mendedahkan penggunanya dengan trojan dan virus.
(5) Penggubah laman
Mozilla juga turut menyediakan kemudahan menggubah
laman untuk anda.
Cara yang paling mudah untuk menggunakan
Opensource adalah dengan menggunakan sistem operasi Opensource itu sendiri.
Linux.
Pelbagai perisian/applikasi Sumber
terbuka dimuatkan dalam mana-mana distribusi Linux. Nota ringkas tentang
Linux boleh anda rujuk di
Unix/Linux Dimana
Mahu Bermula ?
Jika anda berminat untuk mempelajari Linux, MYSIG
mengadakan bengkel Linux sila lawat laman http://www.mysig.org.my/
Rujukan lain :
(1) Why Opensource Software /
Free Software
(2) The
Practical Manager's Guide To Linux
Penutup
Diharapkan artikel ini dapat membuka
mata pengguna komputer dan Internet Malaysia, bahawa kita ada pilihan.
Pilihan yang boleh menjimatkan belanja pembelian perisian kita disamping
memiliki perisian yang berkualiti dan stabil.
PILIHAN DI TANGAN ANDA.
Projek di bawah Harisfazillah Bin
Jamel
Kempen Peningkatan Sokongan Komputer
Dan Internet Malaysia
http://kempenit.cjb.net/
Kempen menjadikan Internet Malaysia
Percuma
http://hafnie.tripod.com/kempen/
internetpercuma.html .
Kemas kini laman ini dan juga maklumat
kempen-kempen yang baru boleh anda dapati dengan menyertai senarai Haris
di http://hafnie.tripod.com/senaraiharis.html
Pelepasan (Disclaimer)
Projek ini tidak melibatkan mana-mana
pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, tidak juga berkait dengan mana-mana
laman dan kumpulan perbincangan dalam dan luar negeri dan tidak melibatkan
mana-mana syarikat sama ada persendirian atau umum.
Ini adalah usaha peribadi saya sendiri.
Maka dengan ini, tiada siapa, laman-laman
dan kumpulan perbincangan, ahli-ahli yang memberikan jawapan, termasuk saya
dapat bertanggungjawab kepada mana-mana pihak sekiranya timbul masalah langsung atau tidak langsung, hasil
mencuba atau mengikut jawapan dan penyelesaian yang diberikan didalam mana-mana
laman dan kumpulan perbincangan. Tujuan kempen ini hanya sebagai pelan cadangan
dan panduan pencarian jawapan kepada masalah dan persoalan anda. Bukan sebagai
penyelesaian akhir. Sekiranya masih dalam keraguan dengan masalah anda,
dapatkan bantuan pakar dan jadikan jawapan-jawapan yang anda dapat sebagai
sumber penilaian anda. Bukan penyelesaian akhir.
Dokumen-dokumen dalam kempen ini
adalah milik umum, anda dibolehkan membuat salinan dan menyebarkan kepada
rakan-rakan anda. Tolong jangan SPAM. Dokumen ini boleh diubah dan dibaiki
dengan tujuan untuk meningkatkan mutu kempen asalkan ia tidak lari daripada
matlamat kempen dan tidak mempunyai kepentingan mana-mana pihak. Yang dipinta
disertakan sekali sambungan laman asal kempen ini.
http://www.oocities.org/lovhafnie/kempen/altersoft.html
Laman cermin : http://www.oocities.org/mysig2020/altersoft.html
Hakcipta Semua Pihak Dilindungi
Lindungan hakcipta adalah terpelihara
kepada mana-mana pihak yang disebut dalam kempen ini tanpa niat untuk melanggar
hakcipta mana-mana pihak. Lindungi hakcipta semua pihak untuk perkembangan
dunia IT. Hapuskan cetak rompak. Sekiranya kos menghantui anda, gunakan
applikasi daripada projek GPL (General public Licenses) dan pelbagai lagi
applikasi percuma.
Rujuk http://www.opensource.org/
dan http://www.freewarehome.com/
Kempen ini adalah usaha Harisfazillah
Bin Jamel
http://hafnie.cjb.net/
16 Julai 2002. Versi Web 2.0
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
|