Kisah ini dipetik dari majalah
Mingguan Perdana
KEMAMAN: Seorang pemandu lori mendakwa
diselamatkan oleh seekor buaya tembaga ketika dia lemas sewaktu
menyelam ke dalam Sungai Seting untuk menyelamatkan seorang lelaki
yang hampir maut setelah eretanya terbabas ke dalam sungai
tersebut.
Menceritakan pengalaman aneh itu, Ahmad Buyung,
53, berkata, selepas dia menyelam sedalam kira-kira lima meter dan
berjaya menarik mangsa keluar melalui cermin keretanya yang pecah,
dia terasa sesak nafas.
Bagaimnapun, katanya, dia berusaha menarik
mangsa ke permukaan air bila mendapati lelaki itu sekadar pengsan
dan masih bernyawa.
"Saya kemudian membawanya ke tiang
jambatan sementara manunggu bnatuan daripada orang ramai. Sewaktu
berpaut di tiang jambatan itu, saya berasa diri saya semakin lemah.
Setelah beberapa lama, saya dapati tangan saya tidak berupaya
hendak berpaut lagi," katanya.
Pada watu itu, kata Ahmad, dia perlahan-lahan
tenggelam k dalam air hinggalah mendapati kakinya terpijak sesuatu.
"Benda yang saya pijak itu, rasanya keras
dan berkerutu. Ia perlahan-lahan menolak saya naik semula ke
permukaan air hingga ke paras dada," katanya.
Ketika itu, kata Ahmad, dia berasa lega semula
kerana bantuan benda keras yang tidak diketahui itu membuatkan dia
dapat menyedut semula udara setelah berada di permukaan air.
"Pada masa yang sama, orang ramai sudah
mula datang dan menghulurkan tali untuk mmbantu. Dengan tenaga
yang tinggal, saya ikat mangsa kemalangan pada tali itu untuk
ditarik ke atas jambatan," katanya.
Ahmad berkata, dia sendiri terus berdiri di
atas benda keras tersebut yang membawanya ke tebing sungai.
"Setelah berada di tebing, saya terkejut
bila mendapati seekor buaya tembaga menampakkan dirinya di
permukaak air. Ketika itu, barulah saya sedar rupa-rupanya buaya
itu yang membantu saya."
Ahmad mengakui terkejut bercambur hairan dengan
kejadian itu.
Apa yang berlaku membuatkan dia berfikir semula,
adakah itu benar-menar buaya atau jelmaan makhluk halus.
"Bila buaya itu timbul di permukaan air,
saya melihat matanya merenug tepat ke arah saya. Saya sekadar
boleh anggukkan kepala sebagai tanda terima kasih," katanya.
Ahmad, bapa kepada sembilan cahaya mata yang
kini entap di Kampung Wira Jaya, Batu Caves, Selangor ,
bagaimanapun melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat membantu
menyelamatkan dua lagi mangsa yang terperangkapmdalam kereta,
seorang lelaki dan anaknya.
Mengikut pemandu lori minyak sawit itu, esoknya
bila membaca akhbar baru dia tahu mangsa yang ditolongnya itu
merupakan seorang eksekutif di Bank Bumiputera manakala yang
meninggal pengurus syarikat minyak Shell bersama anaknya yang
berusia enam tahun.
'Kalau saya diberitahu ada buaya dalam sungai
itu, mungkin saya tidak akan turn,"katanya yang sebelu itu
berpengalaman menyelam selama lebih sepuluh minitdalam sungai
kerana kegemarannya memanah ikan sejak muda.