> :: Nurul@AkademiFantasia.com.my ::
Khamis, Jun 17, 2004 | 12:49.21 EST
 
:: Akademi Fantasia 2 (AF2) :: Dikirim 17/6/04 @ 23:42 EST


Musim pertama Akademi Fantasia berakhir sudah dengan semua pelajar berjaya memenuhi impian mereka untuk bergelar bintang. Kini, deman AF2 telah bermula. Bermula 7 Jun 2004, 12 pelajar telah dipilih untuk memasuki Akademi Fantasia, kebanyakan dari Sabah dan Sarawak. Pada awalnya saya tidak begitu berminat dengan rancangan ini. Akan tetapi, secara tiba-tiba saya terasa untuk turut serta dalam memeriahkan lagi pertandingan pada tahun ini. Dalam 12 rekrut baru AF2, saya begitu tertarik hati dengan karektor Nurullah Abd. Hamid, gadis kelahiran Sarawak. Jadi, saya mendapat ilham untuk mencipta laman web ini untuk membantu beliau mendapat lebih banyak undi daripada penonton. :)



.::..:...:..DOWNLOAD Lagu Nurul::..:...:..
:: Sejakku Bertemu Denganmu
:: Ke Hujung Dunia
:: Seri Dewi Malam
:: Bawalah Daku Pergi
:: Menuju Puncak-Lagu Tema AF
:: Bersamamu

Untuk download lagu, left klik pada links, dan pilih "save target as" atau klik sahaja pada links tersebut!




.::..:...:..Lirik Lagu Nurul::..:...:..
:: Sejakku Bertemu Denganmu
:: Ke Hujung Dunia
:: Seri Dewi Malam
:: Bawalah Daku Pergi






.::..:...:.. Konsert Akademi Fantasia 2.::..:...:..

Konsert Akademi Fantasia yang kedua berlansung dengan penuh gemilang malam semalam. Nurul mempersembahkan lagu "Ke Hujung Dunia" nyayian Siti Sarah. Pada awalnya saya menjangka Nurul tidak akan mampu membawa lagu tersebut dengan baik kerana dalam latihan kelihatan suara Nurul agak tenggelam. Namun, semasa persembahan Nurul berjaya mempersembahkan lagu tersebut dengan cukup baik dan saya rasakan dia dapat pergi jauh. Cuma, Nurul tetap "diperbudak-budakkan" oleh Aznil yang seakan-akan melayan Nurul seumpama anak kecilnya sendiri hehe. Mungkin patut juga Dato' Yusuf Haslam mengambil Nurul untuk berlakon dalam filem kanak-kanak (macam kata Aznil). Kedudukan undi untuk Nurul masih tidak berada dalam Top 5, dan kemungkinan untuk disingkirkan tetap ada. Oleh itu, apa kata kita pakat-pakat pangkah Nurul? Keseluruhannya, untuk menyampaikan lagu cinta dengan baik perlukan pengalaman, dan ternyata Nurul masih kurang dalam aspek tersebut. Mungkin patut juga Nurul bercinta, tapi persoalannya DENGAN SIAPA? Apa komen anda?


.::..:...:.. Peranan Nuratics.::..:...:..

Anda boleh menunjukan sokongan anda terhadap Nurul. Bagaimana? Mudah sahaja. Hantarkan sebarang komen anda, lagu, atau gambar-gambar yang berkaitan dengan Nurul kepada Webmaster website ini. Sebarang maklumat boleh dihantar kepada e-mail website yang terdapat dalam website ini atau klik Sumbangan. Penyertaan anda amatlah dialu-alukan.


.::..:...:.. Arkib Konsert AF.::..:...:..

Konsert Akademi Fantasia 2
Konsert Akademi Fantasia 3
Konsert Akademi Fantasia 4
Konsert Akademi Fantasia 5
Konsert Akademi Fantasia 6
Konsert Akademi Fantasia 7
Konsert Akademi Fantasia 8
Konsert Akademi Fantasia 9
Konsert Akademi Fantasia 10



.::..:...:.. Konsert AF5-Nurul teruk!.::..:...:..

Melihat kepada persembahan Nurul pada Konsert5 membuatkan saya tertanya-tanya mengapa Nurul masih mampu bertahan sehingga minggu ke-6. Namun, di akhir konsert itu semuanya terjawab apabila Nurul dilihat keluar ketika menyanyikan lagu "Menuju Puncak". Rupa-rupanya Nurul mempunyai masalah kesihatan namun masih mahu meneruskan saingan. Tahniah untuk Nurul, namun lagu nyanyian Nurul, seperti yg dapat anda dengar di atas tidaklah sebaik mana. Saya juga merasakan persmebahan Nurul pada malam itu sepatutnya boleh lebih baik lagi, jika tidak kerana masalah kesihatan tersebut. Walaubagaimanapun, keajaiban bersama Nurul untuk 3 kali berturut-turut. Namun, mungkinkah keajaiban ke-4 terjadi? Entahlah, jika dilihat pada peratusan undian perkara sebegini adalah mustahil. Nurul berada jauh di belakang peserta-peserta lain, dan rasanya konsert ke-6 adalah konsert terakhir Nurul. Keajaiban sebenarnya di tanga anda. Mengapa anda tidak AFUNDI NURUL?

 


:: Kenapa Nurul? Dikirim 19/06/04 @ 04:02 EST

"Wajahnya seiras Fauziah Latif, gayanya semanja Ella"

Macam ayat di atas, Nurul mempunyai gaya yang cukup "nature" atau kata orang semulajadi. Sifat manja dan kebudak-budakan yang dimilikinya amat menarik perhatian saya, dan saya rasakan begitu juga dengan penonton-penonton yang lain. Selain itu, Nurul juga mempunyai vokal yang cukup baik. Mungkin Nurul agak manja sikit, tapi rasanya sifat manjanya tu tidak meleret sangat macam Ella tu. Nurul juga suka sangat menangis, tapi lama-lama tu mesti dia boleh "cope up" apabila berjauhan dengan ibubapanya. Anak mak katakan hehe. Walau apapun, Nurul datang dengan pakej yang lengkap, berbakat, cantik, manja, sensitif, dan suka sangat menangis. Rasanya Nurul mampu bertahan sehingga minggu kesepuluh dan mungkin juga menjadi Johan AF2!

 


:: Konsert AF: Nurul Oh Nurul! Dikirim 13/06/04 @ 23:42 EST



Konsert Akademi Fantasia yang pertama berlansung di Dewan MPPJ. Hari ni merupakan hari pertama bagi Nurul untuk mempersembahkan bakatnya yang dipendam-pendam tu. Pada awalnya saya menjangkakan Nurul tidak akan beraksi dengan baik kerana mungkin gugup atau malu-malu. Persembahan peserta-peserta lain juga agak hebat, tapi saya n da geng cuma menunggu kemunculan Nurul. Akhirnya, penantian berakhir. Nurul menuju ke pentas, dah saya tertarik dengan tatasusilanya apabila dia mencium tangan Aznil Nawawi. Sepanjang pemerhatian saya belum ada mana-mana peserta yang berbuat demikian. Cuma satu je yang perlu Nurul perhatikan iaitu jangan terlalu malu. Ketika menuju ke tempat Aznil, Nurul lebih banyak menundukan kepala. Mungkin Aznil juga tertarik dengan kelibat Nurul yang berbudi-bahasa ini. Nurul nendendangkan lagu "Sejak ku Bertemu Padamu" dendangan Sanisah Huri. Seluruh dewan bergegar dengan tepukan dan pada pendapat saya persembahan Nurul pada malam itu ada "class". Hidup Nurul!"Keep up the good work!".


:: Nurul pemalu sangat ! :: Dikirim 13/06/04 @ 23:44 EST


Konsert berakhir, peserta mengambil beg masing-masing, Nurul yang jadi pelajar yang paling akhir mengambil beg. Nurul lebih banyak menundukan kepala. Selepas tu, Nurul macam tak larat je nak tarik beg tu.Apsal, beg tu berat sangat ke? Karektor manja Nurul boleh dilihat apabila Aznil yang terpaksa menarik beg itu bagi pihak Nurul. Adegan ini mengamatkan satu dewan. Nurul seolah-olah cukup naif, mungkin itulah kelebihan yang ada pada gadis kelahiran Sarawak ini.

"Pemalu-pemalu pun dapat gak masuk AF. Cayalah Nurul!"


:: Nurul Anak Manja Abah :: Dikirim 13/06/04 @ 23:44 EST


Perpisahan dari keluarga selama 3 bulan merupakan cabaran terbesar bagi Nurul. Nurul seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan ini. Namun, demi cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi, Nurul tabahkan hati. Walau begitu, ibubapa Nurul menjadi orang yang bertanggungjawab melahirkan keyakinan dalam diri Nurul.

<bgsound="kehujungdunia.mp3" loop="infinite">

"Semoga Nurul menjuarai AF2."



Anda pelawat yang ke-

Sign Guestbook View Guestbook

Sertai Forum Nurul di Yahoo Groups.
Masukkan E-mail anda dan click logo disebelah.
E-Mail Anda :
Powered by Astro-BroadCast Channel
:: Menu ::

:: Berita Terkini :.

Jun.13
Berjaya siapkan website ini. Nurul beraksi dengan baik pada konsert AF yang pertama. Harap website nie dapat membantu Nurul untuk mendapat lebih banyak undi lagi. Hidup Nurul!

Jun.17
Publish laman web nie ke internet. Kebanyakan maklumat diperolehi melalui laman web Astro.

Jun.18
Esok konsert AF yang kedua akan dilansungkan. Persembahan Nurul dalam latihan kurang memuaskan, so Nurul perlukan undi anda semua.! Beberapa links baru telah dimasukan ke laman web ni. (=)

Diari Nurul..
Diari Fantasia 1
Nurul Group-Disscussion, forum.
Nurul Circle-Poll, Gallery.
Nurul Mesej Board

Jun.19
Saya terpaksa balik ke kampus dan mendaftar untuk semester baru, so website ni hanya dapat update pada hari Jumaat depan jer. So, bagi peminat Nurul, tunggu update dari saya yek!

July.17
Saya malu dengan diri sendiri. Selama 3 minggu saya meramalkan Nurul akan keluar, namun keadaan sebaliknya telah berlaku. Namun, minggu ini saya tetap dengan ramalan saya yang Nurul akan terkeluar. Adakah saya akan kalah lagi?


Nurullah Abd Hamid
Circle | Diari Nurul
Nick: Nurul   Jantina: Perempuan
Asal: Sarawak
T/Lahir: 12/11/1982
Bangsa: Melayu
Penyanyi Pilihan: Fauziah Latiff
Tinggi/Berat: 150cm/37kg
Agama: Islam
Pelakon Kegemaran: Rosyam. Erra
Lagu Kegemaran: Hapuslah AirMatamu
Lelaki Impian: Sedap mata memandang, memahami diri, satu kepala, yang boleh membimbing ke jalan yang benar.
Makanan/Minuman Kegemaran: Dalca, Ayam Masak Merah/ Laici & soya bean.
Hobi: Menyanyi
Ringkasan Diri: Wajahnya seiras Fauziah Latif, gayanya semanja Ella. Sekali pandang seolah-olah 'mengada-ngada' tetapi realitinya dia seorang yang lemah-lembut. Pakar memasak masakan 'mee segera campur kari dan ikan.' Menyimpan impian untuk menjadi penyanyi berjaya suatu hari nanti. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik.
(::) ChatRoom (::)
(::) SMS Percuma (::)
(::) Undilah Nurul (::)
Untuk menghantar undian, tekskan AFUNDI(ruang)(nama gelaran pelajar) dan hantar ke 32999. Contoh
AFUNDI(ruang)NURUL


Hantar ke:
(::) Latest Picture (::)






..:.::.. Nurul Disingkirkan ? ..:.::..


Peratusan undian pada ketika ini (18.7.04) tidak memihak kepada Nurul. Nurul kina berada di tangga terakhir bersama Fitri dengan undian sebanyak 6 % sahaja. Sekiranya keadaan ini berterusan, Nurul mungkin menjadi peserta pertama yang disingkirkan daripada Akademi Fantasia 2. Jadi, apa lagi? Mainkan peranan anda. Setiap undi anda akan menentukan sama ada Nurul masih lagi bersama Akademi Fantasia atau pun terus disingkirkan. Kebiasaannya pelajar yang mempunyai peratusan undi paling sedikit sebelum konsert akan menjadi pelajar yang disingkirkan, dan ketika ini peluang Nurul untuk kekal dalam Akademi Fantasia dilihat agak sukar, walaupun Nurul mempunyai bakat yang unik. Selepas penyingkiran Edlin, Anding dan Fitri, Nurul dijangka mengikut jejak langkah mereka pada minggu ini, memandangkan undian Nurul adalah terendah untuk 3 minggu berturut-turut. Jangan kesali fakta ini kerana anda yang membuat pilihan.

..:.::.. Kaunseling ..:.::..



Nurul pula dikaunselingkan oleh guru tari, Corrie. Saya tidak tahu kemana perginya Dr Sher yang dikatakan sebagai guru motivasi dalam AF. Sepatutnya inilah fungsi Dr Sher untuk mengembalikan semagnat pelajar. Khidmat beliau cukup diperlukan saat sebegini. Cukup dikesali! Corrie mengatakan tentang hakikat yang kedudukan Nurul yang tercorot sebelum konsert bukan bererti Nurul akan tersingkir. Itu belum tentu lagi kerana perubahan akan berlaku secara mendadak dan yang ketara peminat akan menolong untuk menolak nama Nurul keatas. Itu realiti!! Apa jua masalah, cuba atasi dan kosongkan kepala ketika di pentas. Minda cuma perlu tumpukan pada persembahan.

 
:: Undilah Nurul :: Seorang gadis yang manja, kadangkala mengada-ngada, penuh berbakat, seorang yang pemalu namun kaya dengan budi bahasa...:: Undilah Nurul ::
All Content © 2004 by CampusStudent
Designed By CampusStudent for Nurul