Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : "Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah" " Semua amal Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Adapun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim) "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa puasa) maka Allah s.w.t tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari) "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya. "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka". "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan. Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi". "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidilfitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t, maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibn. Majah dari Abu Umamah) "Allah s.w.t telah berfirman : Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)". (Riwayat Al-Tarmizi) "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya". (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi) "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat". (Riwayat Muslim & Abu Daud) "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat di sisi Allah s.w.t daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan". (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a) "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t maka itu Fisabilillah". (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud dari Abu Musa Al-Asyari r.a) "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya". (Riwayat Muslim) "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir". (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud & Al- Tarmizi) "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t". (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa". (Riwayat Muslim) "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t memberi keampunan kepada kamu" (Riwayat Ibn Majab) "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari lagha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji". (Riwayat Muslim) "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) maka Allah s.w.t mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)". (Riwayat Ahmad) "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t akan memberi pada rasa lazat beribadat di hatinya". (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani) |