Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran".
(Riwayat Al-Baihaqi)

"Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut"
(Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi, Ibn Majah & Al-Hakim)

"Jika seseorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung di atas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya".
(Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

"Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu'".
(Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)

"Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur".
(Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

"Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran".
(Riwayat Al-Bukhari)

"Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam".
(Riwayat Al-Bukhari)

"Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelaki melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia ke dalam syurga".
(Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)

"Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t lalu berkata : Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku"
(Riwayat Al-Bukhari)

"Jangan kamu mengadap kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu menghalakan diri ke arah timur atau barat"
(Riwayat Abu Daud)

Seorang mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk di bawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu"
(Riwayat Al-Bukhari)

"Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan selepas makan".
(Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi dan Al-Hakim)

"Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t  akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan".
(Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a)

"Sesungguhnya Allah s.w.t akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual, membeli dan menagih hutang"
(Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)

"Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk, sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa".
(Riwayat Muslim dari Uthman r.a)

"Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadap Allah s.w.t membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang, melainkan Allah s.w.t berkata pada dua malaikat itu : Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah terjadi di antara dua sembahyang itu"
(Riwayat Al-Baihaqi)

"Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat"
(Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

"Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta"
(Riwayat Al-Tarmizi)

"Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t ilmu agama, lalu disembunyikan maka Allah s.w.t mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka".
(Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud r.a.)

"Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t seksanya di dunia di samping apa yang disediakan kelak di akhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan".
(Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)



BACK TO MAINPAGE
HOME