K
egagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan.

Harta menjamin dunia, iman menjaminkan akhirat.

Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.

Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.

Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar.

Masa adalah sekolah di mana kita belajar.  Masa adalah api di dalamnya kita terbakar.

Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya.

Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.

Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaikikelemahan diri.

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup.  Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup.  Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini. 

Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.

Orang yang sentiasa berusaha adalah orang yang takutkan kegagalan.

Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui pelaksanaan.

Tugas pertama seorang lelaki yang menjadi dirinya sendiri.

Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintailah pilihan anda itu.

Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

Lelaki pendiam ibarat air tenang yang dalam dan berbahaya.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika kita ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

Pengalaman ialah gelaran yang diberikan setiap orang terhadap kesilapan mereka.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.



BACK TO MAIN PAGE
HOME