![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Setiap malam sebelum tidur, anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari. Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah. Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain. Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya. Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya. Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda. Orang yang serba kekurangan mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan. Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu. Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia. Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan. Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah yang bermadu. Lelaki yang berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama. Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap. Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka. Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi panda. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya. Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas. Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain. Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat. Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya. |
|||||||||||
BACK TO MAIN PAGE | HOME | ![]() |
|||||||||
![]() |
|||||||||||