Trivia
Trivia
. .
Yang pertama dari Malaysia !

Fenomena
Filem Box-Office pertama dekad 90an (Nota : Senario The Movie - Filem Box-Office terakhir dekad 90an).

Hang Tuah
Filem berwarna pertama terbitan Malay Film Production Ltd. (Studio Jalan Ampas, Singapura).

Kaki Bakar
Filem pertama bertanding di festival filem antarabangsa Cannes (kategori UnCertain Regard).

Laila Majnun
Filem Melayu yang pertama sekali dihasilkan (terbitan tahun 1933).

Litar Kasih
Filem pertama dikategorikan sebagai 18SX (untuk tontonan 18 tahun ke atas).

Mat Gelap
Filem pertama menggabungkan animasi dan lakonan.

Mat Som
Filem adaptasi komik pertama (komik Mat Som karya Lat).

Panggilan Pulau
Filem 'remake' pertama.

Pasrah
Filem pertama ditayangkan pada tahun 2000 (Nota : Burung Besi - Filem terakhir ditayangkan pada tahun 1999).
Filem Box-Office pertama tahun 2000.

Silat Legenda
Filem cereka animasi pertama.

Filem pertama menampilkan kesan bunyi Digital Dolby Surround.

XX-Ray II
Filem pertama menampilkan kesan bunyi Surround Stereo.

Tahukah Anda?

Scoop
Irene Santiago tidak menggunakan suaranya sendiri untuk watak Sheila lakonannya, sebaliknya menggunakan suara adik kepada Aziz M. Osman.

Sembilu
Mencatatkan kutipan tertinggi dalam sejarah enam dekad filem tempatan iaitu lebih RM6 juta.

Senario The Movie
Mendapat kutipan tiket melebihi RM5 juta dan seterusnya melayakkan filem ini menerima Anugerah Filem Box-Office di FFM14, 1999.

 

English section :

Badai Mantera
Black Widow-Wajah Ayu
Burung Besi
Dari Jemapoh Ke Manchestee
Jogho
Kaki Bakar
Kelemahan Almayer
Puteri Impian 2
Scoop
Senario The Movie

Fakta menarik...

FFM14, 1999
Festival Filem kali ini telah diadakan di Ipoh, Perak.
Amy Mastura (pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik) merupakan anak seni kelahiran negeri Perak.
Amy Mastura juga merupakan penyanyi (yang kemudiannya menjadi pelakon) pertama mendapat anugerah dalam kategori tersebut.

Shuhaimi Baba
Pengarah filem wanita ini telah mengarah 4 buah filem (Selubung, Ringgit Kasorrga, Layar Lara dan Mimpi Moon).
3 orang Pelakon Wanita Terbaik FFM (Deanna Yusof, Tiara Jacquelina dan Ida Nerina) telah dilahirkan melalui 3 buah filem pertama beliau (kecuali Mimpi Moon).
Filem Mimpi Moon sedang menunggu giliran untuk ditayangkan dan Kavita Kaur merupakan pelakon wanita utama filem ini.

Mimpi Moon

Ooppss...

(Coming soon)

Kuiz Filem Melayu

(Not ready yet)

 

. Terkini | Ulasan | Muzik | Pelakon | Pengarah | Filem | Trivia | Gambar
Rencana | Anugerah | Dialog | Tetamu | E-mail | Luar Negara | Home
.
http://filemelayu.cjb.net khys 1999-2001