Main Page|KPT Website | Kerajaan Terengganu| Forum |GuestBook

 

ALTERNATIF SALURAN MINDA ISLAM

Suara Kampus Edisi Terengganu

 

BILANGAN 33 TAHUN 08 APRIL / MEI  200

FOKUS

 

 

 

 

I.S.A

Cukuplah 42 Tahun Membelenggu

Disusun Oleh Alief Bin Abdul Rahman 
Pengarah Urusan SUTRA

Muqaddimah

         Undang- undang digubal bertujuan untuk memastikan rakyat di sesebuah negara berada dalam keadaan aman dan mendapt pembelaan dan perlindungan terhadap hak- hak mereka. Di Malaysia, perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan. Namun, apabila didapati satu-satu undang tidak berupaya memenuhi tujuan asal perundangan, maka adalah amat wajar ia dinilai semula salah satu akta yang menjadi kontroversi dalam perlaksanaanya ialah Akta Keselamatana Dalam Negeri atau Internal Security Act yang lebih dikenali sebagai I.S.A. Walaupun pada peringkat awal, akta ini digubal bertujuan untuk menyekat unsur-unsur subversif yang mengancam keselamatan negara. Khususnya komunis yang berleluasa ketika itu, namun yang pastinya akhir-akhir ini semakin ramai yang menjadi mangsa akta ini.

Pengenalan dan sejarah

Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) atau juga dikenali Internal Security Act merupakan akta yang direkacipta di Parlimen sejak lebih tiga puluh tahun lalu. Ia mula dikuatkuasakan sebagai usaha kerajaan untuk membenteras kegiatan Komunis. Di bawah akta ini, sesiapa yang disyaki bersubahat dengan Parti Komunis Malaya boleh ditahan dan dipenjarakan tanpa harbes korpus bagi sesuatu tempoh yang tertentu. Kini dengan terhapusnya ancaman keganasan Parti Komunis Malaya, akta ini digunakan untuk menahan sesispa yang disyaki dalam kegiatan subversif yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Akta ini diwujudkan pada 1948 dan dikenali dengan nama Ordinan Darurat 1948, sehinggalah kemudiannya ditukar nama kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ). Mengikut akta ini, sesiapa boleh ditahan oleh pihak polis jika disyaki membahayakan keselamatan dan keamanan negara dan polis berhak membuat penyiasatan mengikut peruntukan seksyen 73 ISA selama 60 hari atau dalam tempoh yang lebih singkat. Sepanjang tempoh tersebut, tiada kemudahan yang disalurkan kepada tahanan seperti lawatan dari pihak keluarga adan peguam. Sebelum tamatnya tempoh tahanan 60 hari, pihak polis yang melakukan tangkapan perlulah mengemukakan laporan kepada Kementerian Dalam Negeri ( KDN ), seterusnya pihak KDN akan membuat keputusan samaada tahanan akan terus ditahan ataupun dibebaskan. Mengikut peruntukan sekysen 8 (1) ISA, KDN mempunyai kusa untuk meneruskan tahanan selam 2 tahun atau sebahagian dari tempoh tersebut. Namun demikian, ada juga pada kes-kes tertentu, yang tahanannya dilanjutkan tempoh tanpa dikemukakan sebab-sebab tertentu.

Semenjak Ordinan Darurat 1948 diwujudkan dan ditukar nama kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ), seramai 3000 orang telah ditahan di bawah akata ini. Mengikut satu laporan yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, sejak 1960 sehingga 11 November 1981 sahaja, seramai 3102 orang ditahan di bawah akta tersebut dan 2613 daripadanya telah pun dibebaskan. Namun akhir-akhir ini,akata ini bukan saja menjadi pihak Komunis sebagai sasarannya, malah pihak yang bersikap kontra dengan pimpinan utama kerajaan turut mangsa akta ini.

ISA dan keadilan Islam

Allah SWT berfirman di dalam surah An Nisa ayat 135 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu tegakkan keadilan serta menjadi saksi bagi Allah meskipun atas dirimu sendiri atau ibu-bapamu serta kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu keran ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar belitkan kata-kata atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah maha mengertahui segala apa yang kamu kerjakan”.

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa menjadi kewajipan setiap orang yang beriman melaksanakan keadilan tanpa mengira sesiapa pun. Jika seseorang itu didapati bersalah hendaklah ia dihukum mengikut balasannya walaupun dari kalangan kaum kerabat sendiri mahupun ibu dan bapa, kaya ataupun miskin. Dalam kaedah perundangan dan sistem kehakiman Islam, ianya menekankan hak asasi bagi setiap pihak samaada yang menuduh dan tertuduh serta tuduhan yang dibuat perlulah berasaskan prinsip keadilan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Seorang yang dituduh belum didapati bersalah selagi belum disabitkan kesalahan”

Oleh sebab itulah akta yang dicipta ini merupakan suatu akta yang tidak mengikut prinsip-prinsip Islam dan menindas hak dan kepentingan rakyat kerana menafikan pihak yang dituduh membuat pembelaan dan dan dihukum tahanan penjara tanpa memerlukan perbicaraan yang terbuka. Dalam Islam kaedah menghukum seseorang perlulah disabitkan kesalahan terlebih dahulu dan setelah dibuktikan barulah tertuduh itu didapati bersalah dan dihukum dengan setimpalnya.

Penutup

Memandangkan ISA adalah diantara akta peninggalan penjajah, oleh itulah setelah negara berjaya mencapai kemerdekaan dari penjajah dan ianya terang-terang bencanggah dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam, maka sewajarnya sistem perundangan yang ada dimerdekakan juga mengikut apa yang digariskan oleh pencipta manusia melalui Al Quran dan Sunnah Nabi SAW. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW”.

RujukanWarta PMRAMBil 11 Ogos 99

SUKEK-Nov/ Dis 98

 

    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel penuh SUTRA.

 



Daftar Email
user@sutra.zzn.com
 

Nama Anda

 Kata Laluan

Sila Klik disini untuk pendaftaran Email SUTRA 

 

 "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana   sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mecari-cari kesalahan dan ka`ipan orang; dan janganlah setengahnya yang lain. Adakah se seorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka  Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah; sesunggunhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani." 

 Al- Hujurat ayat 12 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This site Powered by

Get a Free E-mail AddressGet ZZN