MENGENAI
KAMISejarah
Penubuhan
Swift Computer System
adalah sebuah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Pejabat
Pendaftar Perniagaan (ROB) di mana aktiviti utama perniagaannya adalah
jualan dan servis komputer serta kerja-kerja rangkaian. Swift Computer
System juga menjalankan pusat maklumat berinternet dan kelas literasi
komputer.
Misi dan Visi
Pada era kecanggihan
teknologi maklumat masa kini, ramai usahawan yang telah menceburi bidang
perniagaan yang berkaitan dengannya. Penyertaan bumiputera juga amat
menggalakkan dan Swift Computer System adalah antara syarikat
usahawan bumiputera yang baru menceburi bidang ini. Meskipun saingan
begitu mencabar, kami yakin untuk menerima cabaran itu dengan fikiran dan
dada yang terbuka. Kami yakin terdapat banyak lagi peluang yang boleh
didapati melalui industri ini. Melalui perancangan perniagaan yang teliti,
Swift Computer System akan mampu mengorak langkah dengan lebih jauh
lagi. Kami mempunyai matlamat untuk menguatkan lagi struktur Swift
Computer System dengan mendekati segenap lapisan masyarakat dan
berkembang bersama generasi celik IT. Swift Computer System
beriltizam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan seterusnya
memperkukuhkan syarikat ini sebagai syarikat yang mempunyai mutu
perkhidmatan dan produk yang berkualiti tinggi.
Rancangan Perkembangan Untuk Tahun
2000
Swift Computer
System telah mempunyai beberapa perancangan projek yang akan
dilaksanakan di dalam usaha menyediakan dirinya untuk bersaing di
peringkat yang lebih tinggi.
1) Pusat Latihan
Berinternet
Swift Computer
System telah mengenalpasti tapak perniagaan yang baru di beberapa
tempat di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Swift Computer
System akan berunding untuk mendapatkan pengiktirafan sijil latihan
dari mana-mana universiti tempatan. Perancangan sedemikian rupa lahir
daripada pengalaman mengendalikan Pusat Latihan Berinternet di Bangunan
YPM, Universiti Malaya. Peluang sebegini akan dapat memajukan lagi
perniagaan kami dan dapat menambahkan lagi pengalaman pengurusan
perniagaan kami.
2) Pusat Jualan dan
servis komputer untuk pengguna korporat dan individu
Swift Computer
System mempunyai rekod penjualan yang baik jika dibandingkan dengan
usia penubuhannya. Hubungan yang baik dengan pihak pembekal membolehkan
Swift Computer System mendapatkan harga yang terbaik untuk
pelanggan kami. Swift Computer System juga mempunyai rekod
penjualan sistem komputer untuk pengguna korporat dengan penjualan pelayan
(server) berjenama SUN, ORACLE dan Windows NT.
3) Pendaftaran
kontraktor bumiputera dengan Kementerian Kewangan
Swift Computer
System akan mengorak satu langkah penting di dalam industri teknologi
maklumat dengan mendaftarkan diri dengan Kementerian Kewangan. Langkah ini
akan melayakkan Swift Computer System untuk memasuki mana-mana
peluang perniagaan daripada pihak kerajaan. Swift Computer System
yakin dengan perancangan yang teliti, ianya mampu bersaing dengan usahawan
IT yang terdahulu.
4) Pendaftaran syarikat
Sendirian Berhad
Sejajar dengan perkembangan
syarikat, Swift Computer System merancang untuk diperbadankan di
bawah Pendaftar Syarikat dan Akta Syarikat bagi menambah kredibiliti dan
keyakinan pelanggan. Langkah ini diharapkan dapat memberi peluang kepada
Swift Computer System untuk bersaing di peringkat yang lebih
tinggi. |