Zikir, Tarikat, Tarekat, Sufi, Islam Bismillah
Pengenalan Asas TARIKAT - ZIKIR
(UNDER CONSTRUCTION)
******************** 

TARIKAT:

ASAS
ILMU
ZIKIR
Hidayatus Salikin
Ibn Ata'illah
Jalan Mahrifat

OTHER
 

************************************************************** 
Bismillah
TARIKAT - ZIKIR
(Under Construction)

Maksud Firman Allah: Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah menjadi ikutan yang baik kepada orang-orang yang menharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari akhirat, lalu mereka menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya".
(Al-Ahzab: 21)



ZIKIR
HADIS
*Sabda Rasulullah:
"Zikrullah pada setiap pagi dan petang adalah lebih baik daripada menghunus pedang untuk berjihad di jalan Allah".
"Ingatlah! Bahawa dunia itu terkutuk dan apa yang ada didalamnya  terkutuk, kecuali zikrullah dan segala yang serupa dengannya, orang yang alim dan orang yang belajar".

"Berzikirlah sehingga orang mengatakan kamu gila"
"Berzikirlah sehingga orang munafik mengatakan kamu riak".


********************  *************************************************************** 
Amalan utama ahli tarekat adalah zikir. 
Pentingnya zikir terdapat dalam Quran & banyak hadis. 
Selepas  amalan fardu, zikir adalah amalan yang paling penting. 
Perlu mengikut sunah seberapa yang banyak. Zikir adalah sunnah yang mudah diamalkan. 
Sentiasa berzikir supaya hati bercahaya, bahkan lataif-lataif dalam badan berchahaya (lihat rajah). 
Orang yang tidak berzikir hatinya gelap gulita. Bagaimana seorang itu boleh jalan dalam gelap? 
Untuk berjalan kepada keredaan Allah, kita perlu sentiasa berzikir. 


Zikir Umum & Zikir Khas
Zikir biasa: sembahyang, puasa, umrah, haji, menuntut ilmu, dll. 
Zikir khas: buat setiap hari, caranya diberi oleh mursyid. 
Kedua-kedua zikir diatas ini perlu untuk kemajuan. 
Contohnya, Tarekat Naqsyabandi: murid baru: menyebut "Allah, Allah, Allah, .......... 5,000 kali setiap hari dalam hati tanpa bersuara, dengan menggunakan tasbih (supaya pantas & mudah dikira saperti komputer). 
Zikir yang membawa pada darjat seseorang, naik dari satu makam ke atas satu makam yang lebeh tinggi & seterusnya. 
Muraqobah, mursyahadah & tafakur. Apa itu muraqabah, mursyahadah, tafakur? 
"Muraqabah satu jam umpama beribadah satu tahun". 
Dapat diperolehi dalam tarikat sahaja. Inilah kelebehan ahli sufi. 
Untuk belajar Ilmu zikir hendaklah bertanya pada ulamak zikir bukan ulamak syariat. 
Jangan belajar sesuatu ilmu dari bukan ahlinya (specialist). 
Auliyah mampu berzikir setiap nafas. 
Berzikir dapat membantu kita dapat rasa lazat berzikir, suka & mudah beribadah, benci melakukan dosa, zuhud dunia, suka kepada akhirat, benteng syaitan, hati bertambah iklas, jauhkan riak & sombong, ujub & ijib, memperolehi nur, dll, sehingga kasih pada Allah. 
Zikir senjata mempertahankan diri dari syaitan. 
Berzikir sehingga hati bersih serta memperolehi nur & rahmat dari Allah. 
Heran ramai orang (orang lalai/termasuk sebahagian ulamak syariat) menuduh tarikat itu sesat, padahal ahli tarikatlah yang banyak berzikir terutama sekali ahli sufi. 
Barangsiapa berzikir pada Allah, Allah akan berzikir kepadanya. Dan zikir Allah kepada hambanya adalah lebeh baik dari zikir hamba kepada Allah. Ahli zikir dikasihi Allah. 


Yang baik adalah dari Allah, yang salah adalah dari diri sendiri. 
No Copyright.

disusun oleh seorang muridin/salikin. 
Email: alta@pd.jaring.my
Nov 2001
 
TARIKAT ILMU ZIKIR others
Jalan Mahrifat Hidayatus Salikin Ibn Ata'illah Links


1

1