" The Tole " Pusat Perubatan Herba Dan Akupunktur

 

Laman Utama

Pengenalan

Berita Terkini

Jerawat (ACNE)

ADD

ADHD

Angina Pektoris

Aplastic Anemia

Sindrom Asperger

Barah Payudara

Bronkitis Kronik

Kanser Prostat

Dimentia(Nyanyuk)

Disleksia

Epilepsi

Gout

Keguguran Rambut

Sakit Jantung

Kolesterol Tinggi

Akupuntur/Herba

Asma / Lelah

Alahan

Anaemia

Autisme

Awet Muda

Barah/Tumor

Barah Rahim

Darah Tinggi

Kencing Manis

Endometriosis

Putus Haid(Menopause)

Hepatitis

Hepatitis B

Insomia

Jaundis (Demam Kuning)

Sindrom Kaki Resah

Kardiovascular

Kayap

Migrain

Rawatan

Sakit Belakang(Slip Disc)

Sakit Kepala (Cluster)

Schizophrenia

Seks

Sinus /Resdung

SLE

Talasemia


Rundingan

 

      HEPATITIS 

            Hepatitis adalah peradangan pada hati, terdapat beberapa jenis iaitu Hepatitis A, B, C dan E. Bagi penghidap Hepatitis A mereka tidak perlu bimbang kerana ia tidak merbahaya dan biasanya tidak berlarutan ke tahap yang kronik. Berbeza dengan penghidap Hepatitis B dan C, ini kerana penyakit ini boleh bertukar menjadi lebih teruk dan serius sehingga ke tahap barah.

Bagi setiap jenis cara ia merebak adalah berbeza iaitu bagi penyakit Hepatitis A dan E, ia merebak atau faktor penyebab jangkitan adalah melalui makanan atau minuman yang tercemar. Bagi Hepatitis B dan D melalui darah yang tercemar (perpindahan darah) dan hubungan kelamin, namun bagi Hepatitis D ianya akan berlaku bagi penghidap yang telah mendapat Hepatitis B manakala Hepatitis C di jangkiti melalui darah yang tercemar dan hubungan kelamin. Namun Hepatitis C jarang berlaku berbanding Hepatitis A dan B.

Penyakit ini akan menyerang bahagian hati dan hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh badan manusia. Hati mempunyai sel-sel yang boleh 'regenerate' sekiranya sebahagian dari hati di buang namun ia tidak boleh pulih kembali sekiranya tekanan yang berlebihan di berikan dan keadaan ini di namakan cirrhosis. Hati bertindak sebagai penapis dan menapis lebih dari satu liter darah setiap minit dan bertindak sebagai agen pembersih dan membuang toksin yang masuk ke dalam badan. Hati juga memainkan peranan penting dalam proses lain dalam badan iaitu semasa proses penukaran makanan kepada tenaga, protein dan otot-otot, pengeluaran hormon, proses pembekuan darah, pembentukan darah (semasa dalam kandungan), penyimpanan vitamin dan mineral dan juga proses pebentukan dan pembuangan kolesterol dan lemak.

Hati merupakan organ badan yang penting dan boleh di anggap sebagai mesin, kerosakan pada hati kebiasaannya sukar di kesan sehinggalah pada satu tahap yang teruk. Pada satu keadaan di mana proses cirrhosis telah berlaku dan pada keadaan ini proses penapisan toksin tidak akan sempurna. Jika keadaan ini berlaku maka pengumpulan toksin dalam badan akan berlaku dan seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit lain. Antaranya tekanan darah tinggi, lupa dan kesan yang paling kronik adalah apabila saluran darah membesar dan dinding saluran darah menipis.Ini di sebabkan oleh perjalanan darah dari usus ke hati menjadi perlahan. Jika semakin kuat tekanan yang di berikan kemungkinan saluran darah ini akan pecah dan menyebabkan pendarahan dalam perut. Antara kesan lain dari proses cirrhosis ini ialah penghidap akan merasa

  •  letih dan tidak bermaya
  •  hilang selera makan
  •  pening dan muntah
  • Kulit dan mata putih kelihatan kuning.
  • Ketidak selesaan pada perut seperti angin, sembelit dan ketidak hadaman makanan
  • Air kencing gelap atau kotor
  • Najis berwarna cerah
  • Mudah berlaku bengkak pada bahagian tertentu di badan
  • Masalah ketika haid

RAWATAN  DI THE TOLE AKUPUNKTUR - Malaysia

Di sini kami menyediakan rawatan yang di kenali sebagai THE TOLE'S NEURO AKUPUNKTUR berserta  herba (akar kayu) untuk membantu anda menangani masalah anda. Master Leong telah mempunyai pengalaman yang luas dalam merawati penyakit ini melalui rawatan akupunktur dan herba. Banyak kejayaan yang beliau perolehi di samping memberi sinar baru kepada mereka. Beliau telah berjaya membantu dan merawat pesakit dari dalam dan luar negara. Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi atau menghantar email kepada kami.Talian kami ialah 03-21418370/21451671 dan alamat email tole88@gmail.com

Laman Utama The Tole:
Rawatan Untuk Koma Dan Kes:
Rawatan Hiper Aktif.:
Rawatan Permasalahan Wanita:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Autism.:
Kaedah The Tole Untuk Merawati Cerebral Palsy.:

 

 


The Tole

Email :

tole88@gmail.com

Atau

Hubungi kami 

603-21418370/21451671

Di alamat

( Utama )

Lot  4.08 & 4.10 , Tingkat 4  Menara KH (Menara Promet) Jln Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur