Hacking Menu

rules    notes     WWWBoard    beginer math teory net password
unix pass ISP Pass    Web Pages NT Passwd PC Hacking FAQ

Crack Menu

crack faq inside crack    Crack mail TakeoverChan/nick Program Files

     

Mencuri password e-mail.
Oleh: MohamadAzmi
05/05/2002
Panduan ini menerangkan 3 cara untuk mencuri password e-mail.

Perhatian: Artikel ini dibenarkan untuk diterbitkan untuk tujuan ilmu dan pengetahuan semata-mata, dan bukan tujuan untuk amalan atau membuatkan orang lain susah atau tidak senang hati. Kami  tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul daripada penyalahgunaan maklumat yang disampaikan menerusi artikel ini.

1.  Menggunakan SECRET QUESTION.
Semasa membuat e-mail baru, kita dikehendaki menyediakan Secret Question. Ramai yang mengisinya secara sambil lewa saja. Ada yang menaip soalan sebagai "Negeri aku" dan menaip jawapan sebagai "Pahang". Semasa anda dan orang itu sering berutus surat, tentu dia bagitau dimana dia tinggal. Ada juga yang menaip "asdf" sebagai soalan dan "asdf" sebagai jawapan. Untuk mencubanya, klik pada "Lost Password" semasa nak login. Peratus kejayaan adalah 30%. Ia sesuai untuk pemilik yang tinggal jauh atau dekat dengan anda, tak kisah. Tetapi... hanya web mail saja, pop mail tak boleh. Macam jaring ke, TMnet ke, sori la.

2.  Menggunakan PERAKAM TEKS.
Jika percakapan atau perbualan telefon boleh dirakam, kenapa huruf yang ditaip di komputer tidak boleh dirakam? Mula-mula download program perakam tersebut, lepas tu install. Semasa program tu aktif, ia tidak kelihatan pada taksbar. Semua huruf yang ditaip akan dirakam dan disimpan dalam satu fail txt. Lepas orang tu guna komputer, anda pergi la bukak fail txt tadi, dan cari la password. Tapi... masalahnya, terlalu banyak huruf dalam tu, tambahan pula dia chatting masa check e-mail. Namun, sebagai panduan, seringkali orang taip password selepas taip login, jadi kalau e-mail dia joyah@yahoo.com, cari la perkataan joyah. Perkataan selepas joyah tu, misalnya 12345678 adalah password dia la tu. Tapi, kalau dia taip joyah@yahoo.com penuh, tu dia bagi e-mail pada orang dalam IRC la tu. Selain dari curi password e-mail, boleh baca apa yang orang tu tulis dalam e-mail dia, apa dia sembang masa chatting (tapi lebih baik log dalam IRC sendiri). Dan, kalau dia taip surat cinta dalam Word, lepas print dia tak save, anda masih boleh baca jugak.


3.  Menggunakan REMOTE SOFTWARE.
Yang ni untuk orang yang reti networking. Terdapat beberapa software yang boleh didownload dari internet. Install dalam komputer orang tu sebagai server dan install dalam komputer anda sebagai client. Jadi semasa orang tu guna komputer dia, kita boleh baca apa yang dia taip. Kita boleh tengok skrin dia. Kita boleh kawal komputer dia. Kalau dia taip password, yang muncul dalam komputer kita adalah huruf nyata bukannya *****. Best kan? Cuma tanda _ dan - akan jadi serupa iaitu -.


KESAN;
MASALAH AKIBAT PASSWORD DICURI.
Ada orang berkata, orang nak buka e-mail aku, bukak la, baca la, bukannya ada rahsia apa-apa. Haaa... ya la tu. Tahukah anda bila orang tau password anda, dia boleh tukar password tersebut dan anda tak boleh check e-mail dah. Dia juga boleh hantar e-mail kepada orang lain untuk tujuan tak baik menggunakan e-mail anda. Kesannya, anda kena bertanggungjawab terhadap e-mail tadi. Misalnya e-mail yang menghasut, kalau polis berjaya membuktikan e-mail itu dari anda, buruk padahnya


PANDUAN;
MENJAGA PASSWORD E-MAIL.
Orang selalu cakap, e-mail tu buboh la perkataan pelik-pelik supaya orang payah nak teka. Saya nak cakap pulak, tak payah la pelik sangat, nanti kita sendiri lupa atau keliru. Jangan buboh no kp atau no tel. Bubuh la separuh nama bapa dan separuh nama sekolah dan campur dengan nombor (bilangan adik beradik ke). Janji, anda sendiri tidak keliru.

Baiklah untuk menghadapi masalah pertama (secret question), pastikan secret question anda benar-benar sukar dan mempunyai jawapan yang agak panjang, jangan sepatah perkataan sahaja. Kena merapu sikit, tanya benda lain, jawab benda lain. Pastikan anda mampu mengingatinya walaupun setelah bertahun-tahun.

Untuk menghadapi masalah kedua (perakam), sebelum check e-mail, tekan Ctrl-Alt-Del. Senarai program yang sedang aktif akan muncul. Semuanya istilah pelik-pelik, anda terpaksa belajar untuk mengenalinya. Jika tidak, anda akan tertipu, perakam tersebut mungkin bernama WinMEM. Setelah klik pada nama perakam tersebut, klik pada End Task. Lagi satu, program tu ada orang letak dalam StartUp.

Untuk menghadapi masalah ketiga (remote) agak sukar sikit sebab anda kena download dan install program untuk melindungi anda. Biasanya cybercafe yang selalu buat perangai ni. Nak kenal mudah saja, bila anda nak main internet kat situ, pc yang anda nak guna, start Internet Explorer secara automatik. Bila ada orang sudah guna, komputer shut-down sendiri.

Penyelesaian untuk masalah kedua dan masalah ketiga nampak sukar sebab memerlu pengetahuan teknikal, tapi sebenarnya ada jawapan yang lebih mudah. Begini, jangan taip password anda secara berterusan. Misalnya password anda adalah 12345678. Taipkan 12, lepas tu pergi chatting kat IRC, lepas tu sambung balik 34, begitulah seterusnya. Perakam teks akan rakam huruf apa yang anda taip. Ia tidak menyatakan anda taip dalam program apa.

Pengguna program remote mempunyai 2 cara untuk mencuri password. Pertama, merakam apa yang anda taip. Kedua, menunggu dan membaca apa yang anda sedang taip. Untuk cara pertama, anda boleh guna cara diatas, taip sikit dan pergi tempat lain. Untuk cara kedua, anda kena buat lambat-lambat. Taip sikit, pergi tempat lain dulu, chatting ke, word ke, lepas tu sambung sikit dan pergi tempat lain lagi. Orang tu pun tak larat nak tunggu lama-lama, dia pun ada kerja lain nak buat.

Namun, amalan terbaik ialah selalu tukar password, kalau tak boleh 15 minit sekali, tukar la setiap kali check e-mail.


- = - = - = - = - = - = - = - = - = - = - = - = - = - = -
StopWar
Contact information:
Email - MohamadAzmie@Hotmail.Com
Http:// - MasterZCrew.Cjb.Net & HackerMasterZ.Cjb.Net

- = - = - = - = - = - = - = - = - = - = - = - = - = - = -

Copyrighted (C) 2002 by StopWar  All rights Reserved MasterZCrew, Inc.

 

Back Home