SIAPA YANG MENERIMA KAUNSELING

SASARAN UNIT KAUNSELING DAN KERJAYA

Perlu kepada pelajar yang memerlukan bimbingan  seperti berikut:-

PROFIL MASALAH PELAJAR
MASALAH KESIHATAN & PERKEMBANGAN JASMANI
MASALAH KEWANGAN, KEHIDUPAN DAN PEKERJAAN
MASALAH AKTIVITI HIBURAN DAN SOSIAL
MASALAH PERGAULAN MUDA / MUDI, JANTINA DAN PERKAHWINAN
MASALAH HUBUNGAN SOSIAL-PSIKOLOGIKAL
MASALAH HUBUNGAN PERSONAL-PSIKOLOGIKAL
MASALAH AKHLAK DAN AGAMA8. MASALAH KELUARGA
MASALAH MASA HADAPAN  DARI SEGI VOKASIONAL & PENDIDIKAN
MASALAH PENYESUAIAN TERHADAP KERJA-KERJA RUMAH
MASALAH KURIKULUM & KAEDAH PENGAJARAN

 

SIAPA YANG HARUS MENERIMA KAUNSELING?

Pelajar -pelajar yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti yang berikut:·

 

POSITIF

Ingin meningkatkan potensi diri

mengetahui kekuatan dan kekurangan diri melalui beberapa ujian personaliti dan melalui perbincangan dengan kaunselor

Inginkan saranan dan cadangan mengenai beberapa teknik kemahiran belajar yang cemerlang

Perancangan kerjaya pada masa akan datang

Ingin mengetahu beberapa peluang pekerjaan yang berkaitan dengan bidang masing - masing

Mengeratkan lagi hubungan kendiri bersama teman, kawan, sahabat, jiran, pensyarah dan sebagainya

 

UNTUK MEMPERBAIKI BEBERAPA KELEMAHAN DIRI

DAN

MESTI BERJUMPA KAUNSELOR ANDA

Kritik diri yang tinggi

Pelajar yang selalu mempunyai rekod pencapaian keseluruhan yang rendah.

Pelajar yang rekod pencapaian akademiknya sentiasa rendah.

Pelajar yang mennghadapi masalah kewangan dan memerlukan bantuan agar dapat meneruskan pengajiannya di asrama dan rumah sewa

Pelajar yang asyik lambat datang ke kelas atau pun yang selalu tidak hadir ke kelas

Pelajar yang mendapati sukar untuk melibatkan diri di bilik darjah dan di dalam aktiviti-aktiviti kelas juga seperti "presentation", bertanya soalan, dll.

Pelajar yang suka menunjuk-nunjuk dan menonjolkan diri untuk mendapatkan perhatian dan penghargaan di bilik kuliah.

Pelajar yang tiba-tiba membuat keputusan untuk berhenti

Pelajar yang mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di kelas

Pelajar yang terlalu malu, menarik diri bila disuruh melibatkan sesuatu aktiviti @ takut

Pelajar yang terlalu ketinggalan atau lembab dalam menyiapkan tugasan dan menjawab soalan kuiz @ peperiksaan.

Pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku seperti permusuhan, keagresifan, mencuri, cakap bohong dan seumpamanya.

Pelajar yang bermasalah selain daripada yang dinyatakan di atas.

Pelajar yang merasakan dia tidak bermasalah, ragu-ragu dan yakin tidak bermasalah

Ke Laman Utama
unitkaunseling2005
Tel : 09-2314460 Samb. 1150

H/P : 012-6220068