Kiripulle, Si Anak Cerpelai

Salah sebuah cerita dalam kumpulan Nari! Nari!

 

Penduduk kampung itu memang tahu hal pasangan suami-isteri itu membela seekor cerpelai. Akan tetapi, mereka amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa cerpelai yang bernama Kiripulle kadang-kadang ditinggalkan bersendirian bersama-sama si bayi. Mereka khuatir kalau-kalau Kiripulle mencederakan anak itu.

“Elok awak berwaspada,” kata kawan-kawan si ibu. “Jangan hanya menyesal apabila anak awak dibunuh oleh cerpelai itu nanti.”

“Tapi, Kiripulle sangat baik,” kata si ibu.

“Awak jangan lupa bahawa binatang tetap binatang. Harimau yang jinak pun tetap boleh mencederakan orang. Jadi, mengapa pula tidak mungkin cerpelai ini mencederakan anak awak suatu hari nanti?”

“Lagi pun,” sambung kawan-kawan yang lain, “cerpelai itu mungkin cemburu melihat anak awak. Tentu dia cemburu kerana awak sudah tidak meluangkan masa bersama-samanya. Saya tidak hairan jika cerpelai itu bertindak ganas dan mencederakan anak awak kerana sakit hati.”

 

Apakah nasib Kiripulle? Apakah ia terpaksa berkorban nyawa untuk membuktikan kasih sayang terhadap pasangan suami-isteri itu serta anak mereka? Bacalah Nari! Nari! (DBP, Cetakan Pertama 1995 & Cetakan Kedua 2000) untuk mengetahui kesudahan kisah ini.