Nari!                      Nari!

Kumpulan Cerita Rakyat India

Diceritakan semula oleh Uthaya Sankar SB

 

Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak. Melalui cerita-cerita rakyat, kanak-kanak berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar belakang kehidupan, kepercayaan dan kebudayaan nenek-moyang mereka.

Kanak-kanak bukan sahaja memperoleh pengetahuan dan hiburan, malah dapat memperkayakan kehidupan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang diselitkan dalam sebahagian besar cerita rakyat.  

Nari! Nari! memuatkan sembilan buah cerita rakyat dari Benua Kecil India yang kesemuanya telah diceritakan semula oleh Uthaya Sankar SB dengan gaya yang lebih mudah dan menarik; sesuai untuk sasaran pembaca kanak-kanak.

Cerita-cerita yang terdapat dalam Kumpulan Cerita Rakyat India ini adalah:

1.     Bagaimana Binatang Mendapat Warna

2.     Serigala Biru

3.     Thandira Nari

4.     Muslihat Untuk Makan

5.     Nari Menjadi Baik

6.     Hikayat Kera Kecil

7.     Si Bodoh dan Lembu Kuil

8.     Hati Monyet

9.     Kiripulle, Si Anak Cerpelai

 

Sebuah lagi kumpulan cerita rakyat India hasil karya Uthaya Sankar SB berjudul Munis dengan Harimau.