(Warna sebenar pada kulit buku mungkin berbeza sedikit)
Judul Buku: Vanakam
Penyelenggara: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Uthaya Sankar SB
Cetakan Pertama: 2002
ISBN: 983-40562-2-2
Harga Pasaran: RM15.00
Senarai Cerpen (susunan abjad):
Bahang Pelukan oleh Sritharanee
Cat oleh Uthaya Sankar SB
I Love You, Raj oleh Bathmavathi Krishnan
Kamovarthini oleh Retna Devi Balan
Langkah Pertama oleh Vijayaletchumy Vellasamy
Manggei oleh M. Mahendran
Meenatchi oleh S.G. Prabhawathy
Mendamba Puyu di Air Jernih oleh Saroja Theavy Balakrishnan
Tidak Sehaluan oleh Ganesan Duraisamy
Vie en France oleh Raja Rajeswari Seetha Raman
Klik di sini untuk Biodata Para Penulis
Vanakam.
Kedua-dua tapak tangan ditemukan pada paras dada dan kepala ditunduk sedikit
sebagai tanda hormat. Tentunya senyuman mesra akan menambah lagi seri dan
keintiman dalam pertemuan.
Demikianlah
perlakuan yang disebut vanakam dalam budaya kaum
India di Malaysia. Perlakuan ini masih diamalkan, bukan sahaja di kalangan
masyarakat India, tetapi kini turut diterima pakai oleh masyarakat lain sewaktu
berkomunikasi dengan rakan-rakan kaum India.
Vanakam
juga diucapkan sewaktu bertemu. Di sini, vanakam bermaksud
“selamat sejahtera”. Apabila perbuatan menemukan kedua-dua tapak tangan ke
paras dada disekalikan dengan ucapan vanakam, ia pasti mengeratkan
hubungan antara dua individu tanpa mengira batas kaum dan agama.
Antologi Vanakam tampil atas dasar yang sama. Ia memperkenalkan kepada umum seramai sepuluh penulis kaum India yang menghasilkan cerpen Bahasa Malaysia. Di kalangan mereka, ada yang sudah pun dikenali oleh para peminat sastera tanah air. Pada kali ini, mereka hadir bersama beberapa penulis baru untuk sama-sama mengucapkan vanakam kepada khalayak sastera Malaysia.
Saroja Theavy Balakrishnan
sudah menghasilkan kumpulan cerpen Gemerlapan (1997).
Saya pula sudah menghasilkan beberapa buku; Sasterawan Pulau Cinta
(2001) pula projek sulung dalam penerbitan sendiri. Kini, peluang dibuka kepada
rakan-rakan lain untuk turut melihat karya dibukukan.
Surat Berita - Kavya - Newsletter Lebih banyak maklumat penulis kaum India Malaysia! |
Antologi
Vanakam
menampilkan citra budaya kaum India sebagaimana yang dilihat oleh penulis kaum
India sendiri. Antara keistimewaan antologi ini adalah pada hakikat bahawa ia
mampu memberi peluang kepada pembaca pelbagai kaum
meneliti citra budaya kaum India secara lebih tepat, jujur dan realistik.
Antologi Vanakam yang terbit pada 2 Februari 2002 juga mencatat sejarah sebagai antologi cerpen sulung yang memuatkan sepenuhnya karya penulis kaum India yang ditulis secara asli dalam Bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara Malaysia.
Bagi saudara yang sedia mengetahui, pada mulanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah meluluskan penerbitan antologi Vanakam @ Seutas Rantai Loceng Suasa yang memuatkan cerpen penulis kaum India. Saudara boleh membaca ulasan mengenai antologi berkenaan dalam majalah Dewan Sastera, Mei 1997. Akan tetapi setelah surat perjanjian penerbitan ditanda tangani, DBP tidak bersetuju untuk menerbitkan antologi berkenaan dengan alasan utama istilah "Bahasa Malaysia" digunakan di dalamnya.
Penerbitan antologi berkenaan terbatal. Dan antologi Vanakam yang terbit sekarang tidak ada sebarang kaitan dengan DBP dan antologi Seutas Rantai Loceng Suasa. Harap maklum.
Kelahiran
antologi cerpen Vanakam
menandakan satu lagi titik kejayaan bagi Kavyan
khasnya dan kaum India di Malaysia amnya. Vanakam
membuktikan bahawa penulis kaum India di Malaysia bukan sahaja menerima Bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi, malah berjaya menguasainya secara mendalam
sehingga mampu melahirkan karya kreatif yang tidak dapat dipertikaikan dari segi
kualiti.
Tentu sahaja saya berasa seronok kerana dapat
menyelenggara, membuat layout, menyunting, membaca pruf, mereka konsep
kulit dan menerbitkan antologi cerpen Vanakam
yang menggabungkan karya
penulis mapan dan penulis baru daripada kalangan kaum India di Malaysia. Ada
penulis dewasa dan ada penulis remaja. Tidak mustahil antologi Vanakam
dijadikan kajian untuk melihat citra penulis kaum India Malaysia!
Pasti lebih banyak sejarah akan dicipta oleh Kavyan dan para penulis kaum India! Langkah sudah pun diambil untuk menerbitkan antologi puisi sulung yang memuatkan sepenuhnya puisi Bahasa Malaysia oleh penulis kaum India Malaysia. ...Maklumatnya di SINI.
Antologi Vanakam boleh dibeli terus daripada para penulis yang terlibat dalam antologi ini. Tentu sahaja ada diskaun istimewa. Rujuk alamat e-mel dan nombor telefon mereka pada halaman biodata penulis kaum India Malaysia. Turut boleh dibeli di Silverfish Books, Bangsar, Kuala Lumpur (Tel: 03-22844837).
Untuk membeli terus daripada Uthaya Sankar SB, sila gunakan BORANG PESANAN.
Terima kasih kepada akhbar New Straits Times dan Radio 6 (Tamil) RTM yang telah membuat promosi mengenai antologi ini semasa saya dalam proses mengumpul cerpen dahulu.
Read more about Vanakam HERE.
Harap saudara turut sudi menyebarkan maklumat mengenai antologi Vanakam kepada rakan-rakan dan kenalan yang saudara fikir mungkin berminat untuk membelinya.
Sekian. Nandri.
Yang ikhlas;
Tel: 013-3913278