SM TEKNIK JALAN STADIUM

 

Menu Utama

 

Tentang Web Ini

Pada laman ini dimuatkan tentang profil sekolah, pengurusan sekolah, aktiviti yang dijalankan dan sejauh mana pencapaian dari segi pengurusan, kurikulum dan kokurikulum.

  Latar Belakang Sekolah

Sekolah ini dibuka pada tahun 1973. Pada peringkat awalnya dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL ALOR SETAR, KEDAH. Kedudukannya begitu strategik di atas tanah seluas 26.07 hektar, dalam Kompleks Pendidikan iaitu kira-kira satu kilometer dari pusat bandar Alor Star. Persekitarannya dikelilingi oleh tiga buah sekolah rendah, dua buah sekolah menengah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
Pada peringkat awalnya, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran pengajian iaitu aliran Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). Terdapat 8 bidang kursus yang ditawarkan kepada pelajar lepasan tingkatan tiga. Bidang-bidang tersebut ialah Menggegas dan Memesin, Kaji Sawat Motor, Binaan Bangunan, Pemasangan Elektrik, Menservis Radio dan TV, Kerja Kimpalan Logam, Perdagangan dan Penyamanan dan Penyejukan Udara. Semua bidang pengajian dijalankan dalam dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mulai tahun 1979, semua bidang pengajian telah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Pada tahun 1983, Kursus Kemahiran diperkenalkan menjadikan dua aliran iaitu Aliran SPVM dan Aliran Kemahiran.
Pada masa itu syarat kemasukan ke sekolah ini adalah lulus Bahasa Melayu sahaja. Mata pelajaran teras ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Ilmu Kemasyarakatan manakala mata pelajaran Vokasional meliputi Amali, Teknologi dan Lukisan. Masa belajar pada masa itu dilanjutkan sehingga pukul 4.30 petang. Bermula pada tahun 1988, aliran SPVM telah ditukarkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional / SPM(V). Syarat kemasukan pelajar mengalami perubahan iaitu pelajar lepasan PMR yang lulus mata pelajaran Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, Matematik dan Sains layak memohon memasuki sekolah ini. Sesi pembelajaran pula adalah sama dengan waktu sekolah harian. Pada tahun 1998, sekolah ini telah dinaik taraf menjadi SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JALAN STADIUM (SMTJS) ekoran penstrukturan semula sekolah-sekolah menengah vokasional dan teknik di seluruh negara . Kini SMTJS dikenali ramai sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang menawarkan mata pelajaran teknik disamping mata pelajaran vokasional kepada lepasan PMR dari seluruh negara

Alamat
Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Kedah.
Tel: 

Cadangan Resolusi: 1024 x 768