"(O' Members of the Messenger's Family) Allah's wish is but to remove
impurities (of the body and spirit-heart) from you and cleanse you with thorough
cleansing." [Holy Qur'an, Surah al-Ahzab]
Ayat at-Tathir
FirmanNya di dalam (Surah al-Ahzab (33): 33):"Sesungguhnya Allah
bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu ('an-kum) wahai Ahlu
l-Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Menurut tafsir-tafsir Syi'ah, ayat ini diturunkan secara khusus kepada Ahlul-Bait
AS sahaja. Sementara orang lain tidak termasuk di dalam ayat-ayat tersebut.
Manakala tafsir-tafsir Ahlu s-Sunnah pula, ada yang mengakui bahawa ayat
tersebut dikhususkan untuk Ahlu l-Bait AS sahaja, ada yang menyatakan ayat
tersebut termasuk isteri-isteri Nabi (SAWAW), dan ada yang mengatakan ianya
dikhususkan kepada isteri-isterinya (SAWAW) sahaja. Lantaran itu ianya
bertentangan dengan kaedah Bahasa Arab yang tidak menggunakan Dhamir Ta'nith (gantinama
perempuan) untuk perempuan di dalam ayat tersebut. Malah Allah SWT menggunakan
Dhamir Tadhkir (gantinama lelaki) iaitu perkataan 'an-kum (daripada kamu) dan
perkataan yutahhira-kum membersihkan kamu (lelaki).
Kaedah ini memang diketahui oleh penuntut-penuntut yang kecil dan kebanyakan
orang awam. Di dalam ertikata yang lain, jikalau Allah SWT di dalam ayat tadi
menghendaki isteri-isteri Nabi (SAWAW), nescaya Dia menggunakan dhamir Ta'nith,
'an-kunna (daripada kamu isteri-isteri) dan yutahhirakunna Dia membersihkan (kamu
isteri-isteri) sebagaimana Dia menggunakan dhamir Ta'nith sebelumnya (Surah al-Ahzab
(33):32. Lantaran itu Allah telah menggunakan dhamir tadhkir untuk mengeluarkan
isteri-isteri daripada ayat tersebut.
'Ali bin Ibrahim di dalam Tafsirnya daripada Zaid bin 'Ali AS dia berkata:
Sesungguhnya orang-orang yang jahil mengatakan bahawa Allah menghendaki dengan
ayat ini isteri-isteri Nabi SAWAW. Pada hakikatnya mereka berbohong dan mereka
berdosa. Demi Allah sekiranya Dia maksudkan isteri-isteri Nabi SAWAW, nescaya
Dia akan berkata: an kunna al-Rijs (daripada kalian isteri-isteri) dan
yutahhira-kunna (membersihkan kalian isteri-isteri dengan sebersih-bersihnya.
Dan Dia menggunakan perkataan muannathan (ganti nama perempuan) sebagaimana Dia
berfirman: Wazkurna mayutla fibuyuti-kunna, wa la Tabarrajna, wa lastunna
Kaahadin min l-Nisa.' Oleh itu ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33):33) tidak harus
pada isteri-isteri Nabi SAWAW sekalipun ianya ditafsirkan sebagai berkongsi
dengan Ahlu l-Bait AS. Kerana Allah SWT telah mengancam mereka sebelum ayat
Tathir dalam firmanNya (Surah al-Ahzab (33): 28-30).
Dan Dia juga telah mengancam mereka dengan firmanNya (Surah al-Tahrim
(66):4-5):"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati
kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu
membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu
pula) Jibril dan orang-orang Mukmin yang baik; dan selain dari itu
malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh
jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik
daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang
mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan."
Inilah adalah menurut apa yang difirmankanNya (al-Mantuq). Adapun mafhumNya:
Wahai-wahai isteri-isteri Nabi kalian tidaklah mukminat, qanitat, ta'ibat,
sekiranya kalian masih menyakitinya SAWAW. Dan diriwayatkan bahawa Nabi SAWAW
tidak mencampuri mereka selama sebulan kerana mereka menyakiti hatinya SAWAW.
Rujuklah kepada tafsir-tafsir Ahlu s-Sunnah mengenai ayat ini.
Dan apa yang jelas terdapat di kalangan isteri-isteri tersebut yang telah
memerangi Khalifah 'Ali, Hasan dan Husain AS. Memerangi mereka bererti memerangi
Allah menurut hadith Rasulullah (SAWAW): Jangan anda melupai bahawa 'Aisyah
telah mengetuai angkatan bersenjata kerana memprotes jenazah Hasan untuk
disemadikan di samping datuknya Rasulullah SAWAW.21
Jikalau 'Aisyah masih hidup di hari peperangan Husain AS di Karbala,
nescaya dia akan memerangi Husain bin 'Ali AS pula kerana sifatnya yang sentiasa
memerangi Ahlu l-Bait AS.
Justeru itu tidak hairanlah jika Ibn 'Abbas berkata kepada 'Aisyah:
Anda menaiki unta, menaiki baghal,dan sekiranya anda hidup anda akan menaiki
gajah.
Bagi anda sepersembilan daripada seperlapan tetapi anda memiliki
kesemuanya.Iaitu anda memiliki rumah anda sedangkan anda memiliki sepersembilan
daripada seperlapan dan bakinya adalah untuk isteri-isterinya (SAWAW). Dan tujuh
perlapan adalah untuk Fatimah kemudian untuk anak-anaknya.
Jikalau setengah daripada isteri-isteri beliau bertindak begitu keadaannya,
bagaimana mereka termasuk di dalam ayat at-Tathir yang disucikan daripada segala
dosa? Telah diriwayatkan bahawa 'Aisyah RD berkata kepada Nabi SAWAW di dalam
keadaan marah:"Tidakkah anda sahaja yang menyangka anda seorang Nabi
Allah?"22
Adakah mereka layak dengan tindakan mereka yang menyalahi peradaban sebagai
isteri, lebih-lebih lagi suami mereka itu adalah Rasulullah SAWAW, dimasukkan ke
dalam ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33):33) daripada dosa sedangkan mereka
berlumuran dengannya? Jikalau ayat itu termasuk "isteri-isteri"
khususnya 'Aisyah, nescaya dia berpesta dan memberitahukannya kepada orang yang
masih hidup dan orang yang telah mati. Dan tentu sekali Umm Salmah lebih berhak
untuk dimasukkan di dalam ayat tersebut. Kerana kedudukannya di sisi Rasulullah
SAWAW dan ayat Tathir telah diturunkan di rumahnya. Manakala mereka tidak
dimaksudkan di dalam ayat tersebut, Rasulullah SAWAW mengeluarkannya (Umm Salmah)
dengan menarikkan al-Kisa' daripada tangannya lantas Umm Salmah bertanya: Tidak.
Berdirilah di tempat anda. Mudah-mudahan anda berada di dalam kebaikan.
Sebagaimana juga beliau menegah 'Aisyah dan Zainab dari memasuki bersama
merekadan memberi jawapan kepada mereka berdua sebagaimana jawapan beliau
terhadap Umm Salmah.
Rasulullah SAWAW telah menutup ke atas 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain
dengan al-Kisa'(pakaian) dan mengangkatkan tangannya ke atas mereka sambil
membaca ayat Tathir yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak
menghilangkan segala dosa dari kami ('an-kum) wahai Ahlu -Bait, dan membersihkan
kamu sebersih-bersihnya" adalah semata-mata untuk memisahkan mereka
daripada isteri-isteri dan orang-orang Islam yang lain, dan sabdanya aku
bermaksud: Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlul-Baitku.
Di dalam riwayat yang lain (Ahli) keluargaku iaitu tidak ada selain daripada
mereka. Penafsir kepada ayat ini ialah Rasulullah SAWAW sendiri. Manakah
penafsiran yang diterima selepas penafsirannya? Adakah orang yang datang dengan
al-Qur'an (Nabi SAWAW) yang mengeluarkan isteri-isterinya daripada ayat al-Tathir
lebih diterima penafsirannya? Atau sebaliknya orang yang tidak mengetahui
takwilannya sehingga memasukkan isteri-isterinya atau sebaliknya di dalam ayat
tersebut?
Dan juga dalil yang lebih kuat bahawa isteri-isteri Nabi SAWAW tidak
termasuk Ahlul-Baitnya ialah Nabi
SAWAW tidak membawa mereka keluar di Hari Mubahalah dengan Kristian Najran
kerana beliau menjanjikan mereka untuk membawa wanita-wanitanya bersama
sebagaimana firmanNya di dalam (Surah Ali Imran (3):61):"maka katakanlah (kepadanya):Marilah
kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan
wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah
kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang
yang dusta."
Sebagaimana ketua Kristian Najran berpidato kepada kumpulannya: Sekiranya
Muhammad keluar dengan Ahlu l-Baitnya, maka jangan kalian lakukan mubahalah. Dan
sekiranya beliau keluar dengan sahabat-sahabatnya, maka lakukanlah mubahalah.
Semua ahli tafsir dan sejarah bersepakat bahawa Nabi SAWAW tidak keluar
bersamanya untuk mubahalah selain daripada Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS.
Justeru itu merekalah Ahlul-Baitnya bukan orang lain. Sekiranya ada orang lain
selain daripada mereka nescaya Nabi SAWAW akan mengajak mereka keluar untuk
"bermubahalah" bersama di sa'at yang paling genting bagi menentang
kebatilan.
Oleh itu orang yang Nabi SAWAW bermubahalah bersama mereka bagi menentang
Nasara Najran ialah orang yang Allah telah menghilangkan daripada mereka
kekotoran di dalam al-Qur'an yang mulia. Lagipun apabila perkataan Ahlul-Bait AS
diucapkan secara langsung bererti al-itrah al-Tahirah AS;'Ali, Fatimah, Hasan
dan Husain Ali tidak termasuk isteri-isteri. Justeru itulah Nabi SAWAW
memaksudkan mereka semenjak beliau mewasiatkan mereka dan menerangkan
kelebihan-kelebihan mereka di dalam hadith-hadithnya yang mutawatir di dalam
buku-buku Sahih "mereka." Dan tidak seorang pun memasukkan "isteri-isteri"
di dalam hadith-hadith tersebut. Di antaranya dua hadith yang muktabar yang
diriwayatkan oleh jumhur Muslimin.
1.
Hadith Thaqalain:
Sabda Nabi SAWAW yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang
berharga; Kitab Allah dan 'Itrahku (Ahlu l-Baitku) selama kalian berpegang
kepada kedua-duanya kalian tidak akan sesat selama-lamanya.
2.
Hadith al-Safinah: Sesungguhnya yang bermaksud: Umpama Ahlu l-Baitku
sepertilah Bahtera Nuh, siapa yagn menaikinya akan berjaya, dan siapa yang tidak
menaikinya akan sesat selama-lamanya.
Adapun menjadi kebiasaan kepada kaum Muslimin apabila mereka menyebutkan
Ahlul Bait di dalam majlis-majlis mereka, mereka tidak maksudkan isteri-isteri
Nabi SAWAW.
Begitu juga penyair-penyair Ahlu s-Sunnah dan Syi'ah apabila mereka menyusun
syair memuji Ahlu l-Bait AS mereka maksudkan lima Ahlu l-Kisa': Muhammad SAWAW,
Fatimah, 'Ali, Hasan dan Husain AS. Perhatikanlah kenyataan yang dibuat oleh
Imam Syafi'i mengenai Ahlu l-Bait AS:
Wahai Ahlu l-Bait Rasulullah cintamu suatu fardhu daripada Tuhan di dalam
al-Qur'an telah diturunkan. Memadailah kebesaran Nabimu sesungguhnya kami siapa
yang tidak bersalawat ke atas kamu tidak sah sembahyangnya. Dimaksudkan dengan
Ahlu l-Bait AS ialah 'Ali, Fatimah, Hasan, dan Husain AS. Demikianlah juga
beribu-ribu karangan paraulama Ahlu s-Sunnah menjelaskan bahawa maksud Ahlu
l-Bait ialah Nabi SAWAW dan keturunan 'Ali yang disucikan.
Ya, memang terdapat orang-orang seperti 'Ikramah al-Barbari, Muqatil dan
lain-lain yang terkenal dengan pembohongan ke atas Rasulullah SAWAW telah
membuat hadith-hadith palsu. Rasulullah SAWAW bersabda maksudnya: Akan banyak
pembohongan ke atasku, siapa yang membohongi ke atasku dengan sengaja maka
hendaklah ia duduk di tempatnya di neraka.
Oleh itu mengkhususkan "isteri-isteri" atau meletakkan mereka
bersama Ahlul-Bait AS di dalam ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33): 33) adalah
rekaan musuh-musuh Ahlu l-Bait. Malah mereka mencipta perkara-perkara yang
berlawanan dengan Ahlu l-Bait AS, perkara ini adalah jelas. Lantaran itu menolak
hadith-hadith palsu dan membersihkan buku-buku sirah dan sejarah daripadanya
adalah perkara yang wajib dilaksanakan.Justeru itu ianya suatu kepastian bahawa
ayat Tathir dan pembersihan kekotoran daripada mereka adalah istimewa untuk para
imam Ahlu l-Bait AS. Mereka adalah zuriat Rasulullah SAWAW dan mereka lebih
berhak dengannya. Justeru itu perkataan innama di dalam ayat tersebut bermaksud
al-Hasr (pengkhususan kepada mereka sahaja).
Ayat ini juga dengan jelas menunjukkan bersihnya "itrah Nabi SAWAW
daripada keaiban dan kemaksuman mereka daripada dosa-dosa. Dan aku akan
menerangkan dalam bukuku ini bahawa imamah tidak layak melainkan bagi mereka
yang bersih daripada segala keaiban dan dosa. Justeru itu sabitnya imamah 'Ali
dan anak-anaknya AS sama ada mereka memegang jawatan itu ataupun tidak
disebabkan orang ramai tidak menyokong mereka sebagaimana sabdanya:"Hasan
dan Husain kedua-duanya imam sama ada mereka memegang jawatan
ataupun tidak" kerana kedua-duanya telah dilantik oleh Allah SWT.
Dan sesiapa yang mempunyai kedudukan sedemikian, keimamahannya tidak akan
dicacatkan oleh penentangan orang ramai terhadapnya. Kerana imamah bukanlah
melalui perlantikan orang ramai, malah melalui nas daripada Allah SWT.
Imam al-Bahrani di dalam Ghayat a-Maram
telah mencatat lebih daripada satu ratus dua puluh hadith mengkhususkan
Ahlu l-Bait AS dengan "mereka" bukan isteri-isteri Nabi SAWAW
dan lebih sepertiga daripada hadith-hadith tersebut adalah menurut saluran Ahlu
s-Sunnah. Oleh itu buatlah rujukan kepada buku-buku tersebut wahai pembaca yang
budiman.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur menegaskan bahawa ayat tersebut
diturunkan kepada lima orang Ahlu l-Kisa melalui dua puluh saluran. Al-Tabari di
dalam Jami' al-Bayan menyatakan
ianya diturunkan kepada Nabi SAWAW, Fatimah, 'Ali, Hasan dan Husain melalui enam
belas saluran. Al-Sayyid Syihabuddin dan al-Mar'asyi al-Najafi di dalam
Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haq karangan
Qadhi Nur Allah al-Tastari RH telah menyebutkan riwayat-riwayat dan
hadith-hadith yang banyak semuanya menurut saluran Ahlus-Sunnah wal-Jama'ah
bahawa ayat tersebut telah diturunkan kepada lima orang Ahlu l-Kisa';Muhammad,
Fatimah,'Ali, Hasan dan Husain AS.
Di sini diperturunkan beberapa riwayat Ahlu s-Sunnah yang menunjukkan bahawa
ayat Tathir diturunkan kepada lima orang Ashabu l-Kisa' seperti berikut:
1.
Ahmad bin Hanbal
telah mencatat dalam Musnadnya daripada
Anas bin Malik bahawa Nabi SAWAW telah melalui rumah Fatimah AS selama enam
bulan. Apabila beliau keluar untuk sembahyang Subuh, beliau bersabda: wahai
Ahlul-Bait! Sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghilangkan daripada kamu
kekotoran Ahlul-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Al-Wahidi di
dalam Asbab al-Nuzul telah menafsirkan ayat tersebut dengan menyatakan bahawa
ianya diturunkan kepada lima orang Ashabu l-Kisa'.
2.
Ibn Jarir telah
mencatat di dalam Tafsirnya begitu juga Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, Ibn
Mardawaih,al-Tabrani, dan lain-lain. Al-Turmudhi dan al-Hakim menyatakan
kesahihan hadith tersebut. Begitu juga al-Baihaqi di dalam Sunannya dengan
bermacam-macam saluran. Umm Salamah berkata: Ayat Tathir telah diturunkan di
rumahku. Di dalam rumah itu ada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Maka Rasulullah
SAWAW menyelimutkan mereka dengan al-Kisa' (kain berwarna hitam) dan bersabda:
Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlul-Baitku. Justeru itu hilanglah daripada mereka
kekotoran dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihnya.
3.
Muslim di dalam Sahihnya
bab 'Fadhl Ahlu l-Bait AS' meriwayatkan daripada 'Aisyah dia berkata:
Rasulullah keluar di waktu pagi, di atasnya kain hitam, maka datanglah Hasan bin
'Ali, maka beliau memasukkan ke dalamnya. Kemudian datang Husain, maka dia
memasukkan bersamanya, kemudian datang 'Ali, maka beliau memasukkannya. Kemudian
beliau bersabda: Sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghilangkan daripada
kamu kekotoran dosa Ahlu l-Bait dan membersihkan mereka dengan
sebersih-bersihnya." Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ahmad daripada
hadith 'Aisyah di dalam Musnadnya. Dan ianya juga telah dikeluarkan oleh Ibn
Jarir, Ibn Abi Hatim, al-Hakim pengarang al-Jami' baina al-Sahihaini, dan
pengarang al-Jami' Baina al-Sihah al-Sittah. Dan sesiapa yang ingin mengetahui
dengan lebih lanjut, hendaklah membuat rujukan kepada Rasyfah al-Sadi karangan
Abu Bakar Syahabuddin dan Muruja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah) karangan Sayyid
Syarafuddin tentang pengkhususan ayat Tathir kepada lima Ahlu l-Kisa'.Dan ianya
sudah mencukupi bagi orang yang mempunyai mata hati.
Di sini akan dikemukakan sebahagian daripada nas-nas yang menerangkan
tentang terkeluarnya isteri-isteri Nabi SAWAW dari ayat al-Tathir dan ianya
tidak bertentangan dengan nas-nas yang telah lepas yang mengkhususkan ayat
tersebut kepada lima orang AS. Sesungguhnya apa yang dikemukakan di sini adalah
berdasarkan kepada penerangan Nabi SAWAW sendiri bahawa isteri-isterinya adalah
terkeluar daripada ayat tersebut di antaranya:Ahmad bin Hanbal di dalam
Musnadnya daripada 'Abdu l-Malik
daripada 'Ata ibn Abi Rayah dia berkata: Orang yang telah mendengar Umm Salmah
meriwayatkan kepadaku bahawa dia berkata: Sesungguhnya Nabi SAWAW berada di
rumahnya. Maka Fatimah mendatanginya dengan cerek yang berisi makanan, maka dia
memberikan kepadanya. Lalu beliau bersabda: Panggilkan suami anda dan dua anak
lelaki anda. Dia berkata: Maka datanglah 'Ali, Hasan dan Husain, maka merekapun
masuk dan memakan makanan tersebut. Nabi SAWAW berada di atas tempat tidurnya di
penjuru di bawah al-Kisa' Khaibar. Dia bersabda: Aku sedang sembahyang di dalam
kamarku, maka Allahpun menurunkan ayat (Surah al-Ahzab
(33):33)"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari
kamu wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Maka dia berkata: Beliau (Nabi SAWAW) mengambil al-Kisa' dan
membentangkannya ke atas mereka. Kemudian beliau mengeluarkan tangannya
mengangkat ke langit sambil berkata: Wahai Tuhanku mereka itulah Ahlu l-Bait dan
orang istimewaku. Hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka
dengan sebersih-bersihnya. Dia berkata: Aku memasukkan kepalaku di dalamnya maka
aku berkata: Aku bersama kalian wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Sesungguhnya
anda akan mendapat kebaikan di akhirat kelak. Ahmad berkata selepas meriwayatkan
hadith ini,"Abdu l-Malik berkata: Abu Laila telah meriwayatkan kepadaku
daripada Umm Salmah seperti hadith 'Ata. 'Abdul-Malik berkata: Daud bin Abi 'Auf
al-Jahaf telah meriwayatkan kepadaku daripada Hausyab daripada Umm Salmah
seumpamanya.
Ibn Kathir di dalam Tafsirnya telah
meriwayatkan hadith ini. Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul daripada 'Ata. Ibn
al-Sibagh al-Maliki dalam al-Fusul al-Muhimmah meriwayatkannya daripada al-Wahidi.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur,
Ibn Jarir, Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, al-Tabari dan Ibn Mardawaih
daripada Umm Salmah RD isteri Nabi SAWAW: Sesungguhnya Rasulullah SAWAW berada
di rumahnya (Umm Salmah) di atas tempat tidur dan di bawahnya al-Kisa' Khaibar.
Maka Fatimah membawa kepadanya cerek yang berisi makanan. Maka Rasulullah SAWAW
berkata: Panggillah suami anda dan dua anak lelaki anda, Hasan dan Husain. Maka
beliaupun memanggil mereka dan ketika mereka sedang makan, tiba-tiba diturunkan
ke atas Rasulullah (Surah al-Ahzab (33):33)"Sesungguhnya Allah bermaksud
hendak menghilangkan segala dosa dari kamu wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan
kamu sebersih-bersihnya."
Maka Nabi SAWAW mengambil al-Kisa' dan membentangkannya ke atas mereka
kemudian beliau mengeluarkan tangannya daripada al-Kisa' dan memberi isyarat ke
langit sambil bersabda:"Wahai Tuhanku! Mereka itulah Ahlu l-Baitku dan
orang istimewaku. Oleh itu hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah
mereka dengan sebersih-bersihnya. Beliau berkata sebanyak tiga kali. Umm Salmah
berkata: Aku memasukkan kepalaku ke dala al-Kisa' maka aku berkata; Wahai
Rasulullah! Aku bersama kalian? Beliau menjawab: Sesungguhnya anda kan mendapat
kebaikan (di akhirat kelak). Beliau mengulanginya sebanyak dua kali.
Hadith ini telah juga diriwayatkan oleh Sayyid Muhsin al-Amini di dalam
A'yan al-Syi'ah daripada Usd al-Ghabah.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur juga mengatakan: Al-Tabrani telah
mengeluarkan hadith ini daripada Umm Salmah RD, sesungguhnya Rasulullah SAWAW
bersabda kepada Fatimah AS: Panggillah suami dan dua anak lelaki anda. Maka
beliaupun datang bersama mereka semua. Kemudian beliau bersabda: Wahai Tuhanku!
Mereka itulah Ali Muhammad. Di dalam perkataan lain: Jadikanlah salawat Engkau
ke atas Ali Muhammad sebagaimana Engkau telah menjadikannya untuk Ali Ibrahim
Innaka hamidun majid.
Maka Umm Salmah berkata: Akupun mengangkat al-Kisa' supaya aku memasuki
bersama mereka. Tetapi beliau menariknya daripada tanganku dan bersabda:
Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan (di akhirat kelak). Hadith ini telah
diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya daripada Umm Salmah. Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib
daripada Ahmad di dalam Manaqib 'Ali AS dan daripada Syahr bin Hausyab
daripada Umm Salmah RD.
Al-Tabrani di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,
al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal, Ibn Kathir di dalam Tafsirnya,
Ibn Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah, al-Turmudhi di dalam
Sahihnya, al-Qunduzi al-Hanafi di
dalam Yanabi' al-Mawaddah, al-Syablanji al-Syafi'i di dalam Nur al-Absar,
SyaikhMuhammad al-Siban di dalam As'af al-'Raghibin Hamisy Nur al-Absar, dan
lain-lain pembesar-pembesar ulama Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan hadith
tersebut dengan sedikit perbezaan dari segi lafaz.
Nas-nas yang sahih dan mutawatir yang dikemukakan adalah diriwayatkan oleh
semua lapisan Muslimin dan ianya merupakan bukti-bukti yang jelas dan
hujah-hujah yang kuat tentang terkeluarnya isteri-isteri Nabi SAWAW daripada
ayat tersebut dan iannya diturunkan kepada lima manusia suci Ashabul l-Kisa'
dssan iannya tidak dapat diingkari melainkan oleh orang-orang yang fanatik (muta'assib)
kepada kebatilan.
Apa yang telah aku kemukakan tentang terkeluarnya 'isteri-isteri' daripada
ayat al-Tathir dan turunnya ayat tersebut ke atas lima manusia suci Ahlul-Kisa'
AS, adalah mencukupi untuk menolak sangkaan yang menyatakan ianya diturunkan ke
atas 'isteri-isteri' secara khusus atau secara perkongsian (al-Isytirak). Dan
sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih daripada apa yang telahku
kemukakan, maka buatlah rujukan kepada bukuku yang berjudul al-Syi'ah wa hujjatu
hum fi al-Tasyayyu' (Syi'ah dsan hujah mereka tentang Tasyayyu').
Oleh itu aku ingin menegaskan bahawa apa yang telahku kemukakan adalah
menunjukkan bahawa ayat al-Tathir adalah dikhususkan kepada lima Ashab al-Kisa'
dan juga menunjukkan bahawa mereka adalah maksum daripada segala dosa. Dan ianya
menunjukkan bahawa khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara terus ialah 'Ali bin
Abi Talib AS. Selepas beliau ialah Hasan, kemudian Husain, kemudian sembilan
daripada anak-anak Husain AS secara berturut-turut menuruti nas-nas yang wujud
dalam buku-buku Sunnah dan Syi'ah.
Dalilku
di atas dakwaan tersebut ada dua perkara:
1.
al-'Ismah adalah
menjadi syarat pada seorang imam menurut Syi'ah kerana imam yang diikuti selepas
Nabi SAWAW bila tidak maksum, tidak boleh dipercayai kata-katanya. Oleh itu
sabitnya 'ismah imam seperti sabitnya 'ismah Nabi SAWAW. Ayat tersebut telah
menunjukkan kemaksuman Amirul-Mukminin Ali dan dua anaknya Hasan dan Husain AS.
Justeru itu, terbukti bahawa jawatan khalifah adalah untuk mereka bukan selain
daripada mereka. Mereka itulah para imam dan khalifah-khalifah selepas
Rasulullah SAWAW. Setiap orang daripada mereka mengnaskan kepada imam selepasnya.
Begitulah seterusnya sehingga sampai kepada Imam Mahdi al-Muntazar AS. Oleh itu
berpegang kepada pendapat mereka adalah wajib kerana orang lain tidak maksum.
Dan apabila tidak wujudnya 'ismah maka berlakulah kesalahan. Oleh itu ianya
tidak sah untuk menjadi khalifah yang mengendalikan syariat Rasulullah SAWAW
tanpa 'ismah.
2.
Imam Amiru l-Mukimin
telah berulang-ulang kali menuntut jawatan khalifah untuk dirinya di
tempat-tempat yang bermacam-macam. Di antaranya beliau berkata di dalam khutbah
al-Syiqsyiqiyyah yang dicatat oleh jumhur Muslimin Sunnah dan Syi'ah seperti
berikut:
" Demi Allah Ibn Abi Qahafah (Abu Bakar ibn Abi Qahafah) telah
mengenakan pakaian khalifah itu, padahal ia mengetahui dengan yakinnya
bahawakedudukanku sehubungan dengan (kekhalifahan) itu sama seperti hubungan
pasak dengan roda. Air mengalir menjauhiku dan burung tidak dapat terbang
kepadaku. Aku memasang tirai (terhadap kekhalifahan) dan melepaskan diri
daripadanya."
" Aku pun mulai berfikir, apakah aku akan menyerangnya atau aku harus
menanggung cubaan sengsara kegelapan yang membutakan itu hingga orang dewasa
menjadi daif, orang muda mejadi tua, dan mu'min yang soleh hidup dalam
kongkongan sehingga ia menemui Allah (di saat kematiannya). Aku pun berpendapat
bahawa adalah lebih bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah. Aku lalu
menempuh jalan kesabaran, walaupun mata rasa tertusuk-tusuk dan kerongkong rasa
tercekik. Aku menyaksikan perampasan terhadap warisanku hingga yang pertama (Abu
Bakar) menemui ajalnya; namun ia menyerahkan kekhalifahan itu kepada Ibn Khattab
(Umar al-Khattab) sendiri. (Lalu Ali mengutip syair A'sya:)
" Hari-hariku kini berlalu di punggung unta, Dan berlalu sudah hariku
bersama Jabir, saudara Hayyan."" Sungguh aneh, semasa hidupnya ia
ingin terbebas dari jawatan khalifah, tetapi ia mengukuhkannya kepada yang lain
itu (Umar) setelah kematiannya. Tidak syak lagi kedua orang ini hanya berbahagi
puting susu di antara keduanya sahaja. Yang satu ini (Umar) mengunci
kekhalifahan rapat-rapat, di mana ucapannya sombong dan sentuhannya kasar.
Kekeliruan sangat banyak, dan kerana itu maka dalihnya pun sangat banyak. Orang
yang berhubungan dengan kekhalifahan itu ibarat menunggang unta yang degil.
Apabila penunggang itu menarik kekangnya maka muncung unta itu akan robek; dan
apabila penunggang itu membiarkannya maka ia sendiri akan jatuh terlempar.
Sebagai akibatnya, demi Allah, rakyat terjerumus ke dalam ketidakpedulian,
kejahatan, kegoyahan dan penyelewengan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar
dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, hingga ketika (Umar) menemui
ajalnya ia menyerahkan urusan kekhalifahan itu kepada satu kelompok dan
menganggap aku sebagai salah seorang daripada mereka."
" Tetapi, Ya Allah! Apa urusanku dengan syura ini! Di manakah keraguan
tentang diriku dibandingkan dengan yang pertama dari antara mereka (Abu Bakar)
sehingga sekarang aku harus dipandang sama dengan orang-orang ini? Namun, aku
terus merendah sementara mereka merendah, dan membumbung tinggi ketika mereka
terbang tinggi. Seorang dari mereka berpaling menentangku kerana hubungan
kekeluargaannya, sedangkan yang lainnya cenderung memihak ke jalan lain kerana
hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga dari orang-orang ini
berdiri dengan dada membusung di antaranya (Bani Umayyah) pun bangkit menelan
harta Allah, bagaikan unta memakan dedaunan musim semi, sampai talinya putus,
tindak tanduknya mengakhirinya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling."
" Pada saat itu tiada yang mengejutkan aku lebih daripada (tindakan)
orang ramai yang berpusu ke arahku
dari segala penjuru seperti serbuan sekumpulan rubah (hyena) sehingga Hasanain (Hasan
dan Husayn, dua putra Fatimah dan Ali) terinjak dan kedua bahagian bahu
pakaianku terkoyak. Mereka berkumpul di sekelilingku seperti kawanan domba dan
kambing. Ketika aku memegang tampuk pemerintahan sebahagian memutuskan bai'ahnya
(nakatsa) dan sebahagian lagi mengingkarinya (maraqa) dan yang lain bertindak
salah (qasata), kerana mereka tidak mendengar firman Allah SWT yang berbunyi [bermaksud]:
" (Kebahagian) di negeri akhirat Kami sediakan bagi mereka yang tidak
suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di bumi. Dan kesudahannya (adalah
baik) bagi mereka yang bertaqwa." [Surah al-Qasas(28):83]
Tidak, demi Allah, mereka mendengarnya dan memahaminya tetapi dunia terlihat
berkilau di mata mereka dan hiasan dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang
mengembangkan biji-bijian dan menciptakan makhluk hidup, apabila orang-orang
tidak datang kepadaku dan pendukung-pendukung tidak menegakkan hujah dalam
bentuk penolong itu (pasukan yang membantu Ali) dan bila tidak ada perjanjian
Allah dengan ulama bahawa mereka tidak boleh bungkam terhadap kerakusan seorang
yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan melemparkan tali
kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku beri minum kepada yang terakhir dengan
piala yang aku gunakan untuk orang yang pertama. Maka akan kamu lihat
bahawa dalam padanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing."
Begitu juga anak perempuan Rasulullah, dan kedua-dua anaknya Hasan dan
Husain dan sembilan anak-anak Husain AS menuntut khalifah untuk Amirul-Mukminin
AS. Lantaran itu, ianya menjadi kewajipan kepada umat membenarkan mereka kerana
kemaksuman mereka. Dan tidak harus ke atas mereka pembohongan kerana pembohongan
adalah suatu kekotoran (rijsun) yang dinafikan daripada mereka oleh ayat
tersebut.
Oleh itu jelaslah sabitnya khalifah selepas Rasulullah SAWAW bagi 'Ali bin
Abi Talib AS. Dan ianya bukanlah mencukupi dengan ayat-ayat at-Tathir sahaja,
malah banyak dalil-dalil dan hujah-hujah yang kuat yang menunjukkan 'Ali AS
berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW sehingga diakui oleh
musuh-musuhnya dan diketahui oleh yang terdekat dan yang jauh.
Dan buku-buku mengenainya telah ditulis dengan banyak. Di antaranya buku
karangan Ayatullah al-'Uzma Muhammad bin Yusuf bin al-Mutahhar dikenali dengan
al-'Allamah al-Hulli RH. Dia telah menulis dua ribu dalil menyokong 'Ali AS.
sebagai khalifah selepas Rasulullah SAWAW. Satu daripadanya mengandungi
dalil-dalil aqliyyah dan seribu lagi mengandungi dalil-dalil naqliyyah. Dan dia
menamakan bukunya al-Faini.
Kembali ke Main Garden