JAWAPAN KEPADA PERMINTAAN AWANG97 DARI TOLEDO USA YANG MEMINTA PENERANGAN TENTANG CARA SOLAT KHAUF......

 

Assalamualaikum w.t.h

Pertama sekali terima kasih diucapkan buat al-akh yang bertanya ,kerana sudi turut sama menjayakan hompage kami ini ,dan syabas juga diucapkan di atas keprihatinan saudara terhadap sikap ingin mendalami ilmu-ilmu agama yang bersumberkan kepada dalil – dalil yang sahih ,lebih- lebih lagi perkara yang berkaitan dengan sembahyang spt solat khauf ini ,yang sudah hampir dilupai oleh generasi kita sekarang .

Sebelum ana memjawab soalan yang di kemukakan oleh saudara tempohari (mengenai kaifiat solat khauf berdasarkan kepada dalil –dalil yang sahih sepertimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.w.a)rasanya amat sesuai untuk ana ceritakan sedikit pengenalan ringkas kepada solat khauf itu .

Solat khauf ialah solat yang ditunaikan dalam keadaan suasana peperangan dengan pihak musuh ,yang mana ianya dikhususkan dengan beberapa rukhsah atau kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di dalam sembahyang –sembahyang yang lain.

Adapun sumber tuntutan (asal mashruiyyah ) solat khauf ini ianya berdasarkan kepada nas –nas alquran dan hadis rasulullah s.w.a.(yang akan dikemukakan didalam perbahasan ini nanti ).Ulamak – ulamak feqah juga telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai solat khauf ini,"bahkan yang dimaksudkan dengan khauf oleh mereka bukan semata – mata takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut )dari ancaman kebakaran dan juga binatang –binatang buas dan lain –lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran ".(rujuk Fiqh Sunnah –Sayyed Sabiq Jilid 1 m.s 209,Fiqh Manhaji- Sheikh Mustafa Bugha, jilid 1 ms 196).

Berbalik kepada persoalan kaifiat atau cara –cara menunaikan solat khauf sebagaimana yang warid (di riwayatkan ) di dalam kitab – kitab hadis yang sahih spt sahih Bukhari dan Muslim dan juga kitab –kitab feqah yang muktabar maka ianya dapat simpulkan kepada dua keadaan .:-

1.KEADAAN SEBELUM TERCETUSNYA PEPERANGAN (SITUASI BERJAGA-JAGA )

Firman Allah s.w.t

## Maaf... kami tidak dapat kepilkan ayat quran atas masalah teknikal...Insya Allah akan dilengkapi pada masa hadapan##

Berdasarkan kepada ayat ini terdapat dua cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.w.t mengikut keadaan kedudukan arah musuh.

kaifiat yang pertama :KETIKA PIHAK MUSUH BERADA DIARAH KIBLAT DAN PEPERENGAN BELUM LAGI MELETUS

Cara ini telah disepakati oleh imam Shafie dan Ahmad serta para pengikutnya ,cuma mereka meletakkan beberapa syarat untuk menunaikanya ,iaitu :

  a)Hendaklah bilangan tentara islam itu lebih banyak

  b)tidak dikhuatiri tentera musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung .

  c)hendaklah bilangan tentera islam itu dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada 6 orang)

cara ini telah di riwayatkan oleh imam Ahmad,Imam Muslim dan Ibnu Majah daripada hadis Jabir yang mana kaifiatnya adalah seperti berikut:-

Imam perlu membahagikan batalion tentera kepada dua kumpulan, setiap kumpulan perlu lebih daripada tiga orang kerana dikira berjamaah itu sekurang-kurangnya tiga orang. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat sof di belakang Imam; satu kumpulan boleh terdiri daripada beberapa sof, mengikut jumlah yang munasabah di mata imam. Imam akan bersembahyang bersama dengan kedua-dua kumpulan sehingga kepada ruku’ di rakaat yang pertama.,kemudian hanya kumpulan pertama sahaja yang akan turut bersama imam sehinggalah sujud yang kedua di rakaat yang pertama, manakala kumpulan yang kedua pula terus berdiri(dalam keadaan iktidal iaitu bangkit slps ruku) menjaga pertahanan, kalau-kalau ada gerakan baru atau serangan dari pihak musuh.

Setelah imam dan bahagian pertama bangkit untuk rakaat yang kedua, bahagian kedua pula akan turun menyempurnakan rakaat pertama secara bersendirian hinggalah mereka mendapatkan imam semula pada rakaat yang kedua. Sepertimana rakaat yang pertama juga ,pada rakaat ini imam akan ruku’ bersama dengan kedua –dua kumpulan, kemudian diikuti dengan kumpulan yang kedua sahaja akan turut bersama –sama dengan imam ke rukun yang selanjutnya (sujud ,duduk antara dua sujud &ldots;.hingga ke tahyat akhir)Manakala kumpulan yang pertama tadi akan tetap berdiri (iktidal)sehinggalah imam dan kumpulan yang kedua sampai ke tahyat akhir ,barulah mereka akan menyempurnakan rekaat yang kedua secara bersendirian dan mendapatkan imam di tahyat akhir (yang mana imam hendaklah menunggu kumpulan pertama dengan memanjang doa)kemudian imam akan memberi salam bersama-sama dengan kedua-dua kumpulan tersebut.

lihat gambar

** Solat ini telah dilakukan oleh Rasullulah saw di Asafan ( rujuk Niilul Autor – jilid 3 m/s 319 )

 

Kaifiat yang kedua. KETIKA MUSUH BERADA BUKAN DI ARAH KIBLAT

Cara ini disepakati oleh Imam Syafie , Imam Maliki dan Imam Hambali , ianya adalah seperti berikut:

Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan;kumpulan yang pertama akan bersembahyang bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan. Imam pada permulaannya akan solat bersama kumpulan yang pertama untuk rakaat yang pertama sekiranya sembahyang qasar, dan dua rakaat pertama sekiranya sembahyang genap ( empat rakaat ) sesudah itu imam akan bangkit(untuk rakaat yang kedua) dan berdiri bagi menunggu kedatangan kumpulan yang kedua, adapun kumpulan pertama akan niat berpisah dengan imam (niat mufaraqah)dan menamatkan sembahyang masing-masing secara bersendirian , kemudian bergerak manggantikan tempat kumpulan kedua yang mengawasi keadaan.Manakala kempulan yang kedua pula akan memulakan sembahyang bersama imam ( yang mana imam sedang berada di rakaat yang kedua ) hinggalah sampai ke tahyat akhir ( bagi imam ), di sini imam akan memanjangkan doa dalam tahyat akhir bagi menunggu kumpulan kedua menyempurnakan baki rakaat mereka masing-masing sehinggalah mereka juga

sampai ditahyat akhir kemudian imam akan memberi salam bersama-sama dengan mereka, jadi dalam kaifiat ini kumpulan petama akan mendapat kelebihan (fadhilat) takbirratul ihram bersama-sama dangan imam manakala kumpulan kedua pula mendapat kelebihan (fadhilat) memberi salam bersama-sama imam.

lihat gambar

 

** Kaifiat sembahyang ini telah dilakukan oelh Rasullullah saw di dalam peperangan Zatul Riqa’ ( rujuk Niilul Autor – jilid 3 m/s 316 )

2.KETIKA TERCETUSNYA PEPERANGAN

Sekiranya peperangan tercetus dengan dahsyatnya, sedangkan waktu sembahyang berlalu dan hampir kepenghujungnya manakala pihak musuh pula tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menghentikan serangan dan keadaan juga seolah-olah tidak memberikan peluang untuk bersembahyang khauf secara berjamaah dengan imam; di waktu ini kita disuruh untuk bersembahyang dengan isyarat hati kita sahaja tanpa melibatkan rukun-rukun fiili yang perlu dilaksanakan, pada ketika ini kita dibenarkan untuk melakukan gerakan-gerakan yang berkaitan dengan peperangan seperti memancung, menikam, menembak, melancar peluru pepandu, dan sebagainya dan di sini kita dimaaf kan untuk tidak mengadap kiblat dan tidak melaksanakan rukun-rukun fi’li ( seperti ruku’, sujud dan tahyat ) dalam sembahyang dan kita juga dibenarkan untuk bergerak bebas(gerakan yang berkaitan dengan perang ) tanpa membatalkan sembahyang,sebagaimana firman Allah s.w.t surah Al Baqarah ayat :238

Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf

Di sana terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan solat khauf yang digariskan oleh ulama’-ulama’ mazhab yang mutakhir yang mana secara ringkasnya adalah seperti berikut :

  1 ) Terbatal wudu’ ketika dalam sembahyang

  2 ) Menjerit dan melaung ( sekiranya tidak diperlukan )

  3 ) Gerakan-gerakan yang banyak yang tiada kaitan dengan peperangan

4) Darah yang banyak tidak menjejaskan sembahyang ( di sisi mazhab Maliki tetapi imam Syafie ia membatalkan sembahyang kecuali kerana terpaksa atau darurat ) maka ianya dimaafkan.

 

Demikianlah beberapa kaifiat solat khauf yang masyhur yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.w.t berkepada hadis- hadis yang sahih .

Dan harapan ana semoga kemushkilan saudara berhubung dengan solat khauf ini telahpun terjawab dengan jawapan yang ringkas ini.

[ KE RUANG UTAMA | MUKA DEPAN | BUKU PELAWAT ]


This page hosted by Get your own Free Homepage