MENJAWAB PERMINTAAN SOERANG SAHABAT KITA YANG MEMINTA KETERANGAN TENTANG DOSA MENGUMPAT DAN HUKUMNYA
A ) Takrif mengumpat :
Berkata al-Imam Ahmad bin Abdul Rahman bin Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya "Mukhtasar Minhaj al-Qaasidiin" : ms 160 :
((Mengumpat ialah menceritakan tentang keburukan seseorang yang tidak ada bersama anda, yang akan menimbulkan kemarahanya apabila sampai berita tersebut kepadanya bahawa anda telah mengumpatnya)).
B ) Hukum mengumpat :
Hukumnya adalah haram! Sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW : "Mengumpat ialah menceritakan tentang keburukan saudaramu yang dibenci olehnya" [ Soheh Muslim (8/21) , Jamik at-Tarmizi (1934) ].
C) Faktor-faktor yang menggalakkan mengumpat :
Berkata al-Imam al-Maqdisi di dalam kitab yang sama : (ms 162) : antara faktornya ialah :
1 ) Marah
2 ) Berkawan dengan rakan-rakan yang suka mengumpat.
3 ) Takabbur dan ingin menjatuhkan orang lain.
4 ) Suka bergurau senda.
D) Rawatan penyakit mengumpat :
al-Imam al-Maqdisi menggariskan, antara cara rawatnnya ialah: (ms 161-162) :
1 ) Menyedari bahawa ia akan menyebabkan kemurkaan Allah dan segala kebaikan pengumpat akan dipindahkan kepada orang yang diumpat.
2 ) Memikirkan tentang keburukan diri sendiri dan berusaha membaikinya serta berasa malu untuk menceritakan tentang keburukan orang lain sedangkan dirinya sendiri penuh dengan keburukan.
E) Sheikhul Islam Ibnu Qayyim menyebut di dalam kitab "Penyakit dan Ubat", antara kesan-kesan maksiat ialah :
1 ) Maksiat melemahkan hati.
2 ) Maksiat menjadikan manusia lalai kepada Allah.
3 ) Maksiat mewariskan kehinaan.
4 ) Maksiat membinasakan akal.
5 ) Maksiat mengurangkan nikmat dan memperbanyakkan kecelakaan.
6 ) Maksiat mematikan mata hati.
7 ) Orang yang melakukan maksiat merupakan tawanan syaitan..
8 ) Maksiat menghilangkan rasa malu kepada Allah.
9 ) Maksiat mengurangkan keberkatan umur.
10 ) Maksiat menjauhkan malaikat dan mendekatkan syaitan.