SOALAN

Assalammua'alaikum

Saya nak tanya 2 soalan :

1. Apakah hukumnya mempamerkan gambar sendiri atau keluarga di dalam bilik.Maksud saya, gambar tersebut kecil sahaja tetapi diletakkan di atas meja sebagai tanda ingatan. Saya mendapati ada 2 pendapat yang berbeza dari 2 orang ustaz yang berlainan. Yg. pertama mengatakan tak boleh dan akan menyebabkan malaikat rahmat tak masuk rumah. Yg. kedua menghukumkan harus kerana ia adalah gambar keluarga, dipamerkan untuk hilang rasa rindu.

2 Bolehkah petunjuk dari solat istikharah berubah? Sebagai contoh, saya telah membuat solat istikharah untuk memilih calon isteri 3 tahun yang lalu dan telah mendapat jawapannya. Jika saya buat semula kerana ada calon yang lebih baik di waktu sekarang, bolehkah petunjuk tu berubah?

Hamba Allah UIA Malaysia

JAWAPAN

Waalikum salam

Soalan pertama

Sebenarnya hukum menyimpan gambar yang tidak berobjek ( spt. Lukisan dan gambar foto ) merupakan masalah yang menjadi perbincangan di antara ulama . Secara ringkasnya pendapat mereka terbahagi kepada dua pendapat seperti yang telah saudara sebutkan . Masing-masing mempunyai hujjah dan dalil tersendiri yang terlalu panjang untuk saya sebutkan di sini . Cukuplah dengan saya mengambil satu contoh hadis yang menjadi perbincangan .

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa Rasullulah bersabda mafhumnya :Sesungguhnya rumah yang terdapat di dalamnya gambar tidak akan di masuki oleh malaikat . Perselisihan ini berlaku kerana kalimah yang digunakan di dalam hadis ini ialah ÇáÕæÑÉ yang boleh digunakan untuk gambar lukisan ataupun patung-patung dan arca . Ustaz pertama mengambil pendapat yang mengatakan bahawa kalimah tersebut meliputi makna lukisan ( gambar foto ) dan patung-patung yang diukir . Ustaz yang kedua mengambil pendapat bahawa kalimah tersebut hanya ditujukan kepada patung-patung ataupun arca dan tidak termasuk di dalamnya gambar-gambar lukisan ataupun gambar-gambar foto .

Apabila menghadapi masalah seperti ini , hayatilah kata-kata Rasullullah s.a.w. mafhumnya :

Minta fatwalah daripada hati kamu , kebaikan adalah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan hati .

Begitu juga dengan sabdanya :

Tinggallah sesuatu yang meragukan kamu kepada sesuatu yang tidak meragukan .

Saudara telah mengetahui pendapat-pendapat mengenainya , jadi pilihlah pendapat yang boleh menghilangkan keraguan dan seterusnya membawa ketenangan di dalam diri saudara . Perselisihan ulama di dalam masalah seperti ini sebenarnya merupakan rahmat untuk umat . Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua .

Soalan kedua ,

Istikhorah di lakukan apabila seseorang ingin melakukan sesuatu perkara tetapi tidak pasti apakah ianya membawa kebaikan ataupun tidak kepadanya . . Imam Nawawi menyebut , apabila seseorang melakukan istikhorah dan mendapat jawapan mengenai apa yang hendak dilakukannya maka perbuatan tersebut boleh dilakukan . Insya Allah perbuatan tersebut membawa tidak membawa mudharat kepadanya .

  Saudara telah membuat istikhorah tiga tahun lalu untuk memilih calon hidup dan saudara telah mendapat petunjuk tentang siapakah calon terbaik sewaktu itu . Jadi sekarang saudara berjumpa dengan calon yang lebih baik di dalam penilaian saudara daripada calon terbaik dahulu dan saudara tidak pasti yang manakah LEBIH TERBAIK di antara dua orang calon yang baik ini . Oleh itu boleh saudara melakukan sekali lagi isthikorah dan mungkin petunjuk berubah kepada calon terbaru . Allah Maha Mengetahui .


This page hosted by Get your own Free Homepage