SOALAN

Assalamualaikum wrt

Saya ada membaca satu buku yg bertajuk kisah2 teladan. Didalam satu cerita ada dinyatakan antara sebab seseorang itu akan menerima siksa kubur ialah kerana buang air kecil (Kencing). Dan dinyatakan juga di dalam buku itu tidak boleh kencing berdiri. Soalan saya ialah umat islam itu memang tidak boleh kencing berdiri (Lelaki) dan kenapa dgn kencing itu tadi dia akan diazab di alam kubur? Apakah ada hadis atau hukum yg tertentu dalam islam tentang perkara itu tadi? Sekian terima kasih..

Nama : Ahmad Pairous B. Wafi

EMail : Pairous@Century.fm.toyota.co.jp

T/tinggal : Dai 4 Ohbayashi Shataku, 532,Aichi Ken, Ohbayashi Cho, 473 ,Japan

Status : Kahwin

JAWAPAN

Waalaikumussalam ,

Merujuk kepada persoalan saudara , dapatlah saya ringkas jawapan seperti berikut :

1)Mengenai kencing berdiri :

Di antara adab kencing di dalam ialah dengan kencing sambil duduk .

Walupun begitu kencing berdiri tidaklah diharamkan , sebaliknya ia adalah makruh kerana dikhuatiri sisa air kencing terpantul kepada pakaian.Tetapi kencign berdiri tidak lagi menjadi makruh sekiranya terdapat sebab dan keuzuran .Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari daripada Huzaifah bahawa Rasullulah s.a.w. kencing sambil berdiri di tempat pembuangan sampah kepunyaan satu kaum .

 

2)Mengenai azab kubur

Imam Al-Darqutni meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda mafhumnya : " Jagalah kamu daripada kencing kerana umum azab kubur adalah daripadanya

Oleh itu kencing perlu dijaga dan disucikan kerana ia merupakan satu kewajipan . Sekiranya ia tidak disucikan dariada pakaian ataupun tubuh badan maka sembahyang dan semua ibadat yang memerlukan kepada suci daripada najis adalah tidak sah . Jadi hadis ini merupakan amaran kepada kita semua di samping membuktikan bahawa Islam adalah ugama yang mementingkan kebersihan .


This page hosted by Get your own Free Homepage