Tempat sajak lah apa lagi..

      kerana itulah sayang
      Sebenarnya ni sajak express ni. Tengah lepak2 tunggu lecturer masuk, tangan ni gatal lak nak menulis... so terhasillah benda alah ni :-b


      kemana juga akan ku usung pergi
      sekeping hati yang mungkin luka
      berdarah jika kau meminggirkannya?
      kerana itulah aku tidak sanggup menyendiri
      kerana itulah dirimu amat ku sayangi

      kemana pula akan ku bawa memori-memori
      manis sewaktu bersama dahulu jika
      kau tidak pulang setelah keluar darinya?
      kerana itulah aku tidak mampu berdiri keseorangan
      kerana itulah aku perlukan belai kemesraan

      kemana akhirnya akan ku papar cita dan mimpi
      janji kasih yang pernah kita lontarkan jika
      kau tiada di sini untuk memeterainya?
      kerana itulah aku cuba untuk tidak melukai hatimu
      kerana itulah sayang, aku tidak mahu kehilanganmu



dot hijaudot hijaudot hijaudot hijaudot hijaudot hijaudot hijau



| index | biodata | guestbook | links | sajak? | gambar |










This page is hosted by Geocities. Get your FREE homepage here.
Hakcipta © 1998 Ena. Hakcipta terpelihara. Apa2lah abang.. sajak express pun, express lah.. tapi bunyi dia cam sama dengan yang dulu2 je? Takde idea lain ke? :-b

Index
Biodata
Guestbook
Links
Sajak?
Gambar
E-mail
Exit