Isteri saya ni minat dalam
bidang perniagaan. Orang putih kata buesness. Maklum..arwah bapanya dulu memang peniaga.
Apa lagi..bapa borek anak rintik lah ni...mana lagi nak tumpah kuah kan? Ke nasi lahh !!!
Keturunanlah katakan !!!!.. cita-citanya tinggi. Nak jadi ahli perniagaan atau usahawan
yang berjaya. Nak buka syarikat sendiri. Dan kalau boleh nak lawan Bill Gates dengan syarikat Microsoftnya. Hebat!!.. Hebat !!!....Tapi mana tahu
kan!!!.. Rezeki adalah ketentuan Allah swt. Betul tak?....Ehhh Ehh !! Kalau cita-cita
tercapai sapa yang untung? Suaminya lah kan? Siapa lagi!!!...
Walaupun dia amat berminat
pada perniagaan tapi tugas rasminya sebagai guru di Yayasan Islam Terengganu, Cawangan
Besut tidak diabaikannya. Dia memang gemar pada kanak-kanak. Sifat semula jadi perempuan
lah kata kan !!! .... Sifat-sifat pengasih, penyayang, sabar dan tabah ada dalam dirinya.
Syyy !! kekawan jangan kasi tahu kat dia. Bukan apa-apa, saya bimbang dia asyik senyumm
jerr memanjang sampai lupa nak memasak pulak !!!...Tak makanlah jawabnya.
Memasak !!!.. bolehlah ! Nak kata hebat sangat tu
tidaklah. Tapi kalau setakat masak gulai kari...emmm!!! kalah kari mamak kat Penang
tuuu!!!... Apa lagi kalau bikin nasi dagang...uishhhh!!!..best!!!..terangkat!...boleh buka
restoran nasi dagang tau!!... Haa haa haaaa!!!!.....Kek pulak... kek yang saya suka tau
lah dia masak kan.. allaaa kek rumah flet tuhh.. kek surabaya !!! Kalau kek yang lain,
kenalah bukak buku resepi.
Biasa lahh kan? !!!....
Kalau kat internet pulak
dia menyenangi web-web yang berkaitan dengan famili dan rumahtangga. Kalau nak tau klik
aja kat sini. Atau sini. Atau sini
pun boleh. Selain itu. web perdagangan dan laman pendidikan terutama yang berkaitan dengan
kanak-kanak dia minati. Semua laman itu tentu ada kaitan dengan minat, tugas dan tanggung
jawabnya. Eeewahh !!
Dah lahh !!!.. tak boleh story pepanjang..kalau dia tau, pasti mengamuk
ni!!...apa lagi kalau dia tengok foto dia yang saya tampal kat lamam ni !!!! Uissh.. naya
saya !!...