driku.gif (12126 bytes)

Nama? ... Nama saya, Hamdan Md. Noor !.. Berasal dari Terengganu. Sebuah negeri yang aman, damai dan kaya dengan minyak. Negeri yang terletak di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Saya bertugas sebagai guru di Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Mula-mula saya mengajar di SMA. Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu. Tahun 1979 hingga 1984, saya bertugas pula di SMA. Maarif, Kampung Raja, Besut. Dan dari tahun 1985 hingga sekarang (1998 ), saya bertugas di SMA. Ittifakiah, Jertih, Terengganu. Saya mengajar subjek Kesusasteraan Melayu dan Sejarah. Di samping mengajar, Saya juga adalah Ketua Penasihat Kelab Komputer SMAI atau KOMITTI. Dan sebagai Ketua Penasihat KOMITTI, saya perlu mempastikan lebih daripada 200 ahli celek komputer setiap tahun. Celek internet. Celek Intranet. Celek Extranet dan apa saja yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan pendidikan maya agar mereka dapat jadi insan berinformasi. Insya Allah !!...

Kahwin?.. Dah ker? Dah lahh !.. Saya kahwin pada 1979. Ketika berusia  24 tahun. Isteri saya bernama Rumaziah. Hasil Perkahwinan dengan isteri saya yang tercinta, saya dikurniakan tujuh orang cahaya mata. Ada lelaki. Ada perempuan. Ada yang dah besar. Dan ada juga yang masih kecil. Kalau kekawan nak tau tentang mereka kekawan kelik aje sini.

Kegemarah pulak!!... Kegemaran saya tak banyak. Dua aja. Pertama komputer. Keduanya membaca. Semua! Semua saya suka baca ! Tapi yang paling saya suka, bahan yang ada kaitan dengan kesusasteraan, sejarah dan komputer. Komidi / humor pun saya suka jugak. Relekskan fikiran. Kekawan tak suka komidi? Kalau suka, kelik aja sini. Sini! pun boleh! Atau sini. Juga sini. Dan kalau kekawan ada maklumat tentang ini, tolong beritahu yeeekk!!!... Saya pun nak tumpang sama. Kekawan e-mail pada ya!!!...

Komputer!.... Saya mula berjinak-jinak dengan komputer pada 1989. Mula-mula I beli komputer AT 286 kat Dynabytes Computer Center. Saya tak tahu satu apa pun tentang komputer. Buta, you!.. Oleh kerana minat, saya usaha belajar. Banyak masa saya habis kat Dynabytes. Belajar !!! Dan belajar !!! Kemudiannya boss saya, En. Razak Jusoh (PP Sumber, JHEAT) hantar saya kursus kat Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN). Macam-macam kursus ! Kini, saya telah pun diangkat menjadi fasilitator UPMN bagi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu. Kira okeylah !! Tapi, masih belajar lagi!...Terima kasih boss!!...Terima kasih member-member kat UPMN !!!....Terima kasih kepada sahabat saya, saudara Azmi bin Md. Yazid ( Pegawai Data PPD Besut ) yang secara tidak langsung banyak memberi galakan pada saya dalam meneroka maya tanpa batas ini. Terima kasih juga kepada Dato' Tengku Hassan bin Tengku Omat ( Pesuruhjaya JHEAT ), Dato' Haji Ismail bin Ali (Bekas Pesuruhjaya JHEAT), Tuan Haji Omar bin Muda (KPP Pendidikan JHEAT) dan kawan-kawan di Bahagian Pendidikan JHEAT kerana banyak memberi laluan kepada saya bagi memantapkan lagi diri dalam bidang teknologi maklumat ini. Terima kasih !!!!!!..........

Kalau tentang internet saya suka jelajah semua laman. Apa saja infomasi tentang komputer dan teknologi maklumat saya akan singgah dan baca. Kekawan tak caya ? Cuba kelik sini. Selain daripada itu saya juga telah membantu beberapa pihak dan jabatan dalam menyiapkan homepage mereka. Antaranya termasuklah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Induk), Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, Terengganu, UMNO Bahagian Besut, Terengganu dan lain-lain lagi.

Okeylah !!.... Saya berhenti sini dulu. Kekawan teruskanlah jelajah laman ni !!.. Saya rasa tentu ada info yang boleh kekawan kutip kelak.

BUKU TAMU
FATAMORGANA

Catat Buku Tamu || Lihat Buku Tamu

Serambi | Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian
Home || Next