Pintu Harapan
Pujaanku

Amy Mastura



Di dalam diamnya waktu
Kau hadir menyapa diri
Persisnya ada sesuatu
Tiadaku pasti

*Selama ini

Kuntuk puisi
Yang tertulis buatmu
Masih tersimpan di sanubari
Masih bersemi

-Semoga pintu harapan

Kan terbuka tanpa sempadan
Kerana sejak kau pergi
Aku masih sendiri

*Begitu lama
Engkau menghilang
Tanpa sekilas bayang
Dan kini...menjelma
Dengan lembutnya tuturkata

(c/o)
Seandai benar katamu
Kembali bersama dijalan syahdu
Sehingga ke titik akhir
Ku harap kau jangan
Tersalah tafsir

-Usah lagi dikau keliru
Segala kesilapan dulu
Maafkan diri ini
Yang membuat kau pergi

(ulangi * dan c/o)

Sehingga akhirnya
Menuju jalan bahagia
Dengan seikhlas akal dan jiwa
Kita mendaki ke puncak yang nyata

(ulangi * dan c/o sehingga habis)





Laman ini ditaja oleh Geocities.
Hak Milik Terpelihara(c)MLH,1997