Ditulis oleh,
PASARAN
KERJAYA - JANGAN ADA LAGI 'MENTAL 50-an' DALAM KOTAK FIKIRAN
ZAMAN
kelonalisme telah berakhir. Pengisian 'kemerdekaan' dan
ertinya merdeka telah jauh diusahakan oleh para pemimpin negara.
Tanpa mengira warna dan budaya serta agama yang berlainan.
Setiap warga sebelum merdeka dan selepas merdeka berusaha untuk 'membangun',
menerajui negara dengan membawa berbagai polisi kerajaan supaya
dapat meningkat taraf hidup rakyat. Faktor pembangunan ekonomi
negara yang dipungut dari hasil perbagai cukai, memberi subsidi dan
pelepasan cukai dalam beberapa industri tempatan mendatangkan hasil.
Pelabur-pelabur luar dijemput membuka industri mereka dan diberi
takrif cukai yang rendah. Pertanian dalam perladangan getah
dan perlombongan bukan lagi pendapat negara. Evolusi ekonomi
industri, kini telah jauh mengubah cara masyarakat bekerja, mengisi
keperluan hidup, menyara keperluan anak-anak untuk menerima
pendidikan dan sebagainya. Sektor pembuatan swasta dan kilang
multinasional telah dibuka. Rakyat dapat bekerja tanpa lagi
berharap hanya kepada sektor 'kerajaan' semata-mata.
Pengkhususan yang
menyakitkan bangsa Melayu adalah aturan bangsa penjajah.
Mereka telah menjejah negara Tanah Melayu turut menjajah 'fikiran
orang Melayu'. Orang Melayu diasuh dengan sempurna dalam
pengurusan dan pentadbiran 'politik negara', orang India yang dibawa
dari Pensyarikatan Inggeris di India, bekerja untuk sektor
perladangan manakala orang Cina yang menceburi dalam perlombongan
turut diberi laluan dalam dunia perniagaan. Jika tanpa
kehadiran bangsa itu di Tanah Melayu, apakah orang Melayu tidak
mahir berniaga? Jawapannya ialah 'tanpa mereka' orang Melayu
sedia ada sudah memiliki sejarah perdagangan dengan bangsa nusantara,
Eropah dan Barat. Sejarah Melaka sudah lama bertapak.
Pelabuhan dan pusat pertukaran barang dagangan, lawatan dan
perkenalan berbagai bangsa dengan kesultanan Melaka, membuka ruang
untuk 'perniagaan'.
>>KLIK
muka depaN
Orang Melayu tidak
boleh lagi seperti fikiran tahun 1940-an atau 1950-an.
Masyarakat kampung dan pedalaman sangat berbangga dengan anak-anak
mereka apabila bekerja dengan kerajaan walau hanya sebagai 'office
boy' dan di waktu itu, orang Inggeris sebagai pegawai-pegawai
memanggil anak-anak Melayu sebagai 'boy' (budak suruhan).
Pengaruh demikian itu hingga kini masih lagi terdapat orang Melayu
yang mengharap 'pekerjaan' dari agensi dan jabatan kerajaan.
Bekerja dengan kerajaan bermaksud adalah 'selamat sejahtera' hingga
ke anak cucu. Lain maksud bekerja dengan kerajaan, mereka
tidak lagi bimbang dengan masalah 'pembelian rumah penempatan kos
rendah', pencen dan sebagainya. Jika apa-apa berlaku 'kerajaan'
akan membantu atau memberi keutamaan kepada mereka kerana mereka
adalah bekas kakitangan kerajaan.
Mari kita buka fikiran
dan lihat bangsa lain. Apakah mereka tidak bekerja dengan
kerajaan tidak dapat meneruskan hidup hingga ke anak cucu?
Tidak bekerja dengan kerajaan, tetapi setengah mereka dapat membuka
perniagaan dan empayar yang besar. Bangsa Cina dapat membeli
rumah lebih dari RM 100,000.00 walau tanpa bantuan dan subsidi
kerajaan. Mereka tidak ada 'bantuan MARA', subsidi mudah dalam
kewangan untuk perniagaan, bantuan pelajaran dan sebagainya, mereka
terus dan terus menguasai apa yang orang Melayu tidak kuasai.
Anak-anak mereka dihantar belajar di kolej-kolej dan universiti
swasta yang jauh lebih tinggi harga dan kos, ibubapa mereka hanyalah
sebagai buruh binaan, pekerja kebun, membuka perniagaan kecil dan
sebagainya. Lihatlah pula Melayu Champa, mereka adalah
pelarian Kemboja yang datang dan dibawa masuk oleh pemerintah Tuanku
Abdul Rahman.
>>KLIK
muka depaN
Mereka
tidak bekerja dengan kerajaan. Mereka tidak ada kemahiran.
Setengah mereka adalah bekas petani, pegawai kerajaan, politik, ahli
perniagaan di tempat mereka apabila datang ke Malaysia
segala-galanya telah membuat mereka hilang apa yang ada. Modal
yang diperolehi dari berjual-beli harta benda di kampung halaman,
mereka membuat modal untuk berniaga kecil-kecilan. Anak dan
keturunan mereka diajar dengan kemahiran menjahit pakaian hingga
menjadi perusahaan kecil di rumah. Mereka berniaga menjaja,
berjalan dan menjunjung bungkus kain hingga mereka dapat membeli
van, membuka kedai dan akhirnya anak-anak mereka boleh hidup mewah.
Berkenderaan mewah tidak seperti orang Melayu bekerja kerajaan.
Standard dan gaya hidup mereka seperti bangsa dan anak-anak orang
Cina. Mereka adalah bangsa dari suku sakat Melayu (Champa),
apakah yang membeza falsafah hidup mereka dengan orang Melayu di
sini?
SALAH SATU FAKTOR:
Mereka tidak ada sesiapa yang akan menolong bangsa mereka - politik
dan kerajaan. Mereka terpaksa mencari ruangan untuk berdiri
sendiri. Cara terbaik ialah dengan 'hidup berniaga'.
Itulah peluang dan ruang untuk mereka memperolehi kewangan.
Tidak seperti rakyat dan bumiputera, bangsa dan anak-anak mereka
disokong oleh kuasa politik, kerajaan dan pemimpin mereka dengan
menyedia, memberi peluang dalam perbagai bentuk dan warna.
Perniagaan adalah satu 'risiko hidup' namun, risiko berlaku di
mana-mana jua dan kelapangan. Bekerja makan gaji juga tidak
terlepas dari risiko kerugian dari pihak majikan jika pihak majikan
mengalami kerugian dan kemunduran perniagaan yang mereka ceburi.
Orang Melayu tidak
boleh lagi bergantung kepada kerajaan. Kerajaan juga bukan
milik penuh orang Melayu kerana ia sebuah 'kerajaan yang demokratik'.
Hak istimewa orang Melayu dalam kerajaan sedia ada tidak banyak
membantu serta menjamin 'kejayaan anak-anak Melayu'. Maju
mundur orang Melayu ialah dengan memperolehi pelajaran serta
pendidikan yang sempurna dan terbaik. Apabila anak-anak tamat
pengajian, tidak boleh berharap bahawa anak mereka perlu bekerja
dengan kerajaan. Kerajaan telah membuka sejumlah besar
pelaburan asing dalam berbagai industri perkilangan dan pembuatan,
membolehkan peluang pekerjaan dibuka. Jika seluruh anak bangsa
Melayu bekerja dengan kerajaan, adalah malang buat orang Melayu
selama-lamanya. Tidak ada perubahan seperti mana orang
Inggeris mengkhususkan bahawa orang Melayu hanya perlu pandai
berpolitik dan mengurus hal ehwal kerajaan manakala 'perniagaan'
diberi kepada bangsa China.
>>KLIK
muka depaN
Saya pernah berbual
dengan seorang 'engineer' berbangsa Melayu berbual panjang sewaktu
perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Perbualan tertumpu
kepada 'kemahiran dan kepakaran'. Perjalanan dua jam setengah
itu diisi dengan penuh tumpuan. Orangnya sangat 'educated',
mempunyai ijazah dari Universiti Australia dalam bidang kejuruteraan
Elektrik KOmunikasi. Seorang eksekutif dan berjawatan tinggi
secara sekilas pandang. Topik paling menarik kami berbual
tentang 'perindustrian kecil' kalangan bumiputera yang gagal produk
mereka memasuki pasaran supermarket dan hypermarket kerana produk
tidak dibekal dengan 'kod jalur' sebagai standard industri.
Saya membenar segala apa yang dia katakan adalah benar. Cuma
hanya satu dia lupa. Dia bukan ahli perniagaan atau bukan
seorang usahawan. Seorang pegawai eksekutif kerajaan tidak
sama dengan seorang usahawan atau ahli perniagaan. Tidak akan
sama sehingga apabila dia menceburi bidang itu.
Selain modal,
pengalaman orang Melayu turut memerlukan kepakaran dalam bidang
tertentu untuk menerokai dalam industri perniagaan. Salah
satunya ialah mereka perlu 'ilmu pengetahuan'. Mengenai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tidak akan tercapai jika kita
hanya bekerja dengan agensi kerajaan dan awam. Bekerja dengan
kerajaan tidak dapat membuka fikiran sebegitu luas. Tidak akan
dapat menimba pengalaman, kemahiran dalam berbagai sudut pengurusan
dan pentadbiran, teknikal atau bukan. Sektor kerajaan tidak
menyedia ruang persaingan dalam menimba kerjaya. Berbanding
dengan sektor swasta, setiap kakitangan dengan apa kelas dan
pengkhususan mereka terpaksa berdaya saing dan kreatif. Jika
tidak, mereka akan ketinggalan dan tidak akan menerima pulangan
setimpal masa dan tenaga yang mereka luahkan.
Sangat berbeza jika
anda bekerja dengan kerajaan dan swasta. Jika anda seorang
berfikiran kreatif, berdaya saing, bercita-cita memajukan diri
dengan lebih profesional bekerja dengan kerajaan bukan tempatnya.
Mari kita lihat dalam organisasi Angkatan Tentera dengan orang awam.
Seorang prebet diasuh, diasah, dijajah, ditanam dalam kotak fikiran
mereka dengan 'satu hala fikiran'. Terima arahan dan buat.
Kotak fikiran mereka tidak ada logikal seperti keadaan orang awam,
menerima, menolak, ia atau tidak. Mereka perlu terima dan
patuh kepada pemimpin dan pemerintah. Polisi mereka untuk
negara bukan untuk diri sendiri dan keluarga. Maka begitulah
keadaannya apabila anda bekerja dengan kerajaan. Mereka yang
bekerja dengan kerajaan terikat dengan polisi kerajaan dan ahli
politik walau kadang-kala cara kita berfikir, menyelesai masalah
adalah lebih baik dari seorang pemimpin dan pegawai kerajaan.
Hirarki dan birokrasi yang ada tidak membenar kita berbuat demikian
sewenangnya.
>>KLIK
muka depaN
Bekerja dengan swasta
bermaksud mendatangkan 'keuntungan kepada majikan'. Apabila
seorang kakitangan dapat memberi pandangan, nasihat, buah fikiran,
hasil produk yang terbaik, diterima oleh pasaran perkhidmatan dan
barangan, kakitangan itu akan dihargai. Majikan pula akan
memberi imbuhan kepada kakitangan mereka sebagai tanda terima kasih,
usaha mereka mendatangkan keuntungan buat syarikat. Kita tidak
perlu khuatir bekerja dengan pihak swasta. Adakah kita takut
bekerja dengan syarikat swasta yang majoriti tidak diterajui oleh
orang Melayu? Kita akui di mana-mana permasalahan utama
anak-anak Melayu tidak dapat bersaing dengan bangsa lain kerana
mereka tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Bukan sahaja pelajar kolej, menengah malah turut terlibat dengan
graduan-graduan universiti. Tidak percaya? Ada mana-mana
graduan yang berasa 'gah' dengan pandangan saya ini? Mari saya
boleh bukti dan ia sudah diakui oleh banyak pihak.
Jangan ada dalam kotak
fikiran kita bekerja dengan kerajaan bermaksud tidak perlu 'bersusah
payah' untuk menguasai bahasa Inggeris kerana majikan, kakitangan
dan pegawai kerajaan berbahasa Melayu. Anda jangan lupa
apabila anda berurusan di antara kerajaan dan pihak swasta, tidak
ada bahasa Malaysia yang akan digunakan. Bukan sahaja hubungan
lisan malah tulisan bahasa kedua itu sering digunakan walau akta
rasmi bahasa rasmi negara disebut sebagai BAHASA MALAYSIA.
Apalah lagi apabila 'polisi pemimpin politik' yang berkehendak
bangsa Malaysia menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya. Tugas
anda untuk mencari jalan-jalan bagaimana untuk menguasai bahasa itu
walau tidak sepenuhnya. Sekurangnya dapat kita berbual secara
lisan walau tidak sebaik mungkin. Salah satu caranya ialah
kita mengikuti kurus insentif Berkomunikasi Bahasa Inggeris' di
institut bahasa yang terdapat di mana-mana. Berkeinginan atau
tidak adalah dari diri anda sendiri.
ADAKAH MAJIKAN BUKAN
MELAYU MENGAMALKAN SIKAP MEMILIH WARNA KULIT? DISKRIMANASI?
Saya pernah bekerja
walau bukan untuk tempuh yang lama di bawah satu syarikat
multinasional yang majoriti adalah orang Cina. Rakan kerja
pula di dalam MIS - Management Information System, seorang lelaki
berbangsa India. Pengurus pula seorang Cina. Sebenarnya
tidak ada. Perasaan diskriminasi hanyalah perasangka buruk
terhadap sesuatu kaum yang entah dari mana diperolehi. Besar
kemungkinan perasaan itu terjadi dari kalangan orang Melayu yang
pernah bekerja dengan majikan mereka sebelumnya. Semangat 'ketuanan
Melayu' masih kuat dalam jiwa orang Melayu sedang mereka tidak ada
sebarang kekuatan terdiri dari wang ringgit, kepakaran, kemahiran
bagaimana pihak syarikat dan industri dapat meletakan mereka pada
kedudukan yang setimpal?
>>KLIK
muka depaN
Kita tidak nafi
terdapat pengurus-pengurus bangsa Cina yang mengamalkan sikap itu.
Tetapi jumlahnya tidaklah besar dan tidak berlaku di
syarikat-syarikat besar atau perusahaan yang besar. Begitu
juga apabila bangsa Cina atau India bekerja di bawah pengurusan
Melayu. Apakah mereka akan berfikiran begitu? Saya fikir
tidak. Mereka mempunyai 'kelulusan', pengalaman, pengetahuan,
kemahiran. Jika majikan tempat mereka bekerja tidak menghargai
mereka sepatutnya, mereka tidak bimbang untuk mencari peluang
pekerjaan yang lain. Mereka tidak rugi apa-apa kerana pasaran
kerja boleh menerima mereka pada bila-bila masa sahaja.
Peluang pekerjaan adalah persoalan nombor satu dan gaji adalah
perkara kedua. Bagaimana dengan anak orang Melayu?
Sewaktu bekerja
dalam Jabatan Sumber Maklumat, rakan kerja adalah seorang India. Walau arahan pengurus untuk memberi latihan
kepada saya namun, perkara itu tidaklah kita mengharap seperti
belajar di sekolah menengah, seorang guru dan murid. Murid
hanya duduk di atas kerusi dan guru menyedia segala-galanya subjek
pelajaran untuk diulangkaji. Sesiapa yang memiliki kotak
fikiran tersebut, tidak akan dapat pergi ke mana-mana. Sistem
jaringan (networking) yang luas dan kompleks dengan sejumlah data
lebih dari 800 ribu rekod dengan jumlah transaksi data lebih dari
1000 input purata setiap satu jam, tentulah diluar pengetahuan. Tidak
ada senior teknisyen untuk mengajar melainkan saya terpaksa mencari
insentif bagaimana untuk memahir serta menyesuaikan diri dengan
suasana persekitaran yang baru.
PENTINGNYA IALAH KITA PERLU BERGERAK, BERFIKIRAN KREATIF, BERUSAHA,
MENCARI JALAN INSENTIF BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT SEGALA MAKLUMAT DAN
PENGETAHUAN DI TEMPAT KERJA YANG BARU DARI SEORANG RAKAN BUKAN
MELAYU. BERTANYA APA SAHAJA YANG KITA TIDAK TAHU.
APABILA ORANG MENUNJUK SESUATU YANG KITA TIDAK MAHIR, TIDAK TAHU,
KOSENTRASI DAN MENCATAT BERKENAAN SESUATU PERKARA AMAT PENTING.
BUKANLAH BERTANYA KEMUDIAN SEPERTI 'AIR YANG DITUANG DALAM BELANGA'.
Jika anda ingin atau
mempunyai cita-cita untuk menjadi usahawan, pengalaman bekerja
adalah salah satu faktor yang perlu. Pengalaman itu sudah
tentulah yang diperolehi atau ditimba dari sektor-sektor industri
bukan kerajaan. Pengurusan kerajaan tidak terlibat dengan
berbagai pihak. Urusan dan pentadbiran hanyalah sekitar
birokrasi dalaman sedang pengurusan swasta melibatkan komunikasi,
perhubungan perniagaan atau bukan dengan berbagai ragam dan pihak.
Anda tidak perlu bergantung atau memiliki mentaliti untuk bekerja
dengan kerajaan. Fikiran itu sudah 'kolot' dan ketinggalan.
Jangan jadi bangsa yang berfikiran ketinggalan.
JANGAN KOTAK FIKIRAN
ANDA MEMILIKI BUDAYA 'AIR YANG DITUANG DALAM BELANGA'
UNTUK MEMAHIRKAN DIRI SERTA MENIMBA ILMU
PENGETAHUAN.
Saudara Saidi bin Mohd.
Nor (Jemputan)
>>KLIK
muka depaN
|