AIDILFITRI
RELEASE - HARI RAYA KE-5 2003
ANDA DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI
UNTUK KE KUALA KANGSAR, MALAM HARI RAYA PERTAMA MENYAKSIKAN ACARA TAHUNAN -
SAMBUTAN AIDILFITRI TURUN TEMURUN, TEMPAT DAN MASA AKAN DIMAKLUM
MELALUI KIRIMAN SMS. SILA HUBUNGI SAUDARA ZeCK, aNUAR DAN Boy.
GAMBAR FOTO TERBARU EDISI AIDILFTRI -
RUMAH TERBUKA DI RUMAH SAUDARA NURUL ANUAR NORDIN PADA 28 NOVEMBER, TURUT
DIHADIRI OLEH MURSYID MUDAKIR DARI TAPAH (jauhnya)
IKUTI PAPARAN SKRIN ACARA
SAMBUTAN AIDILFITRI SECARA TURUN TEMURUN YANG DIADAKAN DI KUALA KANGSAR,
RUANGAN INI DITAJA OLEH AHMAD IDHAM (AM) DAN TG. MOHD. SHAHRIZAL TG. ZAINAL
ABIDIN, TERIMA KASIH KERANA SUDI MENAJA TALIAN - 'SEPANJANG BULAN RAMADHAN',
KEMASKINI PADA NOVEMBER 28 2003.
BUDAK MELAYU? DIMINTA UNTUK MEMBACA
ARTIKEL INI - TULISAN DATO JOHAN JA'AFAR, PERLUNYA MEMAHAMI MINDA MELAYU
(RUANGAN DI LUAR LINGAKARAN)
RAYA AIDILFITRI:
KESEDARAN,'PERSONAL NETWORKING', SIKAP HARGAI ORANG LAIN,
SILATURRAHIM KENAPA TIDAK MAU BELAJAR (TIMBA PENGALAMAN DARI
ORANG LAIN) KHUSUS KEPADA FAUZAN
AIDILFITRI DAN RAMADHAN
AL-MUBARAK: APA YANG KITA PUASA DAN KITA SAMBUT? KESEDARAN
ERTINYA AIDILFITRI DAN PERISTIWA MALAM KEGANJILAN - LAILATUL
QADAR?
MUSYKIL:APAKAH DIADAKAN OLEH
GOLONGAN 'sufi' ITU SATU BENTUK 'RITUAL'? KENAPA PERLU
MELALUI JALAN-JALAN YANG SUKAR/RUMIT DIKATAKAN UNTUK MENDAPAT
MA'RIFAH? APAKAH ITU BIDA'AH?
- Apai Ingin tau. (belum siap) |
PERUTUSAN KHAS |
PERUTUSAN BUKAN KAKITANGAN
Saudara
NuruL Anuar Nordin
pula mengirim SMS, menjemput semua warga (bukan satu kolej) kursus untuk
menghadirkan diri ke rumah terbuka saudara Nuar di Taman Loke Yue, Ipoh.
Tarikh
- 28 November 2003,
Jam - 3.00 petang
selepas sembahyang Jumaat.
Pakaian
- Bebas (tak payahlah berbaju Melayu dan samping). Pakailah apa-apapun.
Okey..maklumat lanjut hubungi di talian
0125581041 HOTLINE.
Saudara
Norazman bin Mahad
akan mengadakan rumah terbuka di Manjong (tidak disertakan alamat kediaman
macamana nak cari) pada pertengahan Januari 2004 akan datang. Semua
warga KTTI 2002 dijemput hadir bersama. Menurutnya lagi, hari raya tak
payahlah nak datang ke rumah baik di Melaka atau di Klang sebab 'dia' ada di
mana-mana. Bini banyak katanya so rumahpun, banyaklah juga.
Tahniah diucapkan, awek
dekat Johor ada telefon?
Muhammad
Arif SambudiN
pula mengirim SMS, katanya dia tidak dapat dihubungi buat sementara waktu
kerana di kampung tidak ada kemudahan talian selular. Ahli keluarga
dan bapanya sedang membina antena dibelakang rumah untuk mendapat liputan
yang menyeluruh selain kemudahan untuk NTV serta CHANNEL 9. Tentang
rumah terbuka, nantilah dia akan informkan bila tarikh dan waktu yang sesuai.
Zeck
(Mohd. Zhafir Abd. Aziz)
pula mengirim email - "..budak-budak Johor di UTM, terutama AmraN, EdDie
serta yang diingati selalu, saudara AmieN, nanti kami kirimkan kuih raya
tradisional Negeri Perak. Dan jangan lupa pada hari raya kelima nanti lawati
halaman kerana anda akan melihat 'ACARA SAMBUT AIDILFITRI SECARA TURUN
TEMURUN' di Kuala Kangsar".
Wei'S,
"..kenapalah engkau orang tak taruk gambar aku dalam halaman nieh, bila NuaR
nak letak gambar aku?..". Tak apalah Wei's, nanti kami letakan gambar
anda sedikit waktu lagi. Sila kirimkan gambar foto anda yang terbaru.
Azaharie
pula mengirimkan email kepada pihak kami, "..sesiapa yang nak datang rumah
aku, telefon dulu takut nanti aku tak ada dekat rumah..".
Menurutnya hand set yang hilang sudah berganti dengan yang baru - MOTORALA?
Apa ker brand? Tak pernah aku dengarpun.
BoY
(Mohd. IzLin Ramli)
pula menghubungi, "Dem'e mane? Dah tak ingat orang kampung ker?
Selamat hari raya, tahun nieh aku raya dekat rumah baru di seksyen 18 Pasir
Putih. Nak datang telefon dulu sebab rumah yang ini agak susah nak cari.."
Amien
(Mohd. Amenuddin Janal)
(tetamu): "Engkau orang bila lagi nak turun JB? Aku rindu dekat engkau
orang semualah, time berbuka dah tinggal aku dengan Edie dan Am jer.
Pergi kerjapun, aku sorang-sorang dah tak ada partner si budak Kuala tur..mana?
Masuklah dekat laman peribadi aku -
www.oocities.org/ajutm?? "
>>KLIK UNTUK HALAMAN 2 (DUA)
TARIKH ISTIMEWA
PADA OGOS 23,24: PIHAK PEMBANGUN HALAMAN AKAN MENGADAKAN MAJLIS HARI JADI
UNTUK DUA WARGA YANG MEMPUNYAI NOMBOR ISTIMEWA. RANCANGAN ITU AKAN
DIADAKAN PADA BULAN OGOS 23,24 - DENGAN IZIN SPONSOR KAMI. ANDA BOLEH
TUNGGU DAN LIHAT SIAPAKAH YANG BERTUAH ITU.
NOVEMBER 2003 TERDAHULU JB
RELEASE
SEPTEMBER 2003.
Lihat
bagaimana mereka menyertai pertandingan kuiz sains dan teknologi langsung
meraih 'hadiah' tempat kedua dari empat kerusi yang dipertanding.
Anuwar, Weiy's, ManJepang, Ariep adalah peserta yang dapat mengalahkan
peserta lain yang lebih 'besar badannnya'. Tanpa mereka tentulah pihak
kami tidak dapat merasa 'isi hemper' yang diberi oleh penganjur, ada boleh
cuba lagi.. Minggu Sains dan Teknologi itu telah dianjur oleh Kementerian
Sains dan Teknologi. Berlangsung dalam dua minggu dan dirasmi oleh
tetamu hormat, Menteri Besar Johor
KLIK di sini
>>
KLIK UNTUK GAMBAR PILIHAN DI JOHOR BHARU (kalau
nak tengok)
PAMERAN -
KOMPLEKS ANGSANA JOHOR BHARU, SAINS DAN TEKNOLOGI
OKTOBER 2003: LAPORAN ANDA?
Bagaimana
sebenarnya format dan bentuk sebuah laporan Latihan Industri? Apakah
anda mempunyai ide-ide bagaimana bentuk karangan yang bakal ditulis dalam
laporan anda? Sudahkah anda membaca panduan yang dibekalkan oleh
prinsipal KKTI? Jika belum lebih baik anda memerhati format tersebut.
Cara lain untuk dapatkan format dan prosedur sebuah laporan dibuat, sila
dapatkan contoh dari pelajar-pelajar Politeknik adalah pendekatan yang
terbaik.
KLIK
di sini>>>
KERJAYA - BAGAIMANA RANCANGAN
ANDA SETELAH KEMBALI DARI LATIHAN INDUSTRI?
Anda sudah memiliki
rancangan bagaimana untuk meneruskan 'pengajian' di peringkat yang lebih
jauh? Mungkin anda juga sudah mempunyai satu 'pendekatan' bagaimana
untuk mengisi keperluan pasaran kerjaya dalam pasaran? Harus bisa juga
anda 'pening kepala' khuatir tentang masa depan jika dibanding dengan
pesaing-pesaing nama besar dalam industri 'multimedia' seperti Universiti
Lim Kock Wing, Malaysian Institute of Arts, Cenfard College? KLIK di sini>>>
MESTI BACA
PASARAN KERJAYA - JANGAN ADA LAGI
'MENTAL 50-an' DALAM KOTAK FIKIRAN
PASARAN KERJAYA anda?
Pandangan peribadi seorang 'tetamu tidak diundang' menulis tentang 'mentaliti
tahun 1950-an' kalangan orang Melayu perlu dihapuskan. Budaya subsidi
dan terlalu bergantung kepada peluang pekerjaan di sektor kerajaan sesuatu
yang perlu dipinggir dalam kotak fikiran jika ingin pergi lebih jauh dalam
kelapangan yang diceburi. Setiap bangsa dan umat Melayu perlu bersiap
diri untuk bersaing. Persaingan dalam pasaran kerjaya memerlukan anda
untuk bekerja keras dan 'kemahiran' adalah senjata utama. Apakah
dikatakan pekerja separa mahir dan mahir itu apabila menggunakan perisian
ADOBE PHOTOSHOP masih 'ternganga'? Sejauh mahirnya anda dengan subjek
kursus? KLIK di sini>>>
MESTI BACA
PROSEDUR KESELAMATAN DATA DAN
SISTEM KOMPUTER
WARMS VIRUS? Tidak
silap saya komputer pejabat mula mengeluarkan arahan 'pelik' untuk pertama
kali pada dua bulan yang lalu. Keseluruhan sistem berada dalam keadaan
yang sempurna melain apabila pengguna melayari internet. Windows XP
akan mengeluarkan 'mesej komputer perlu direboot semula'. Kemungkinan
besar ia dijangkiti sewaktu seorang Pengurus melayari internet sewaktu
seorang kawannya menunjukkan beberapa halaman menarik. Apabila saya
mendapat maklumat terperinci melalui televisyen, barulah kita sedar efektif
terhadap keselamatan dalaman. KLIK di
sini >>> (butiran lanjut)
MESTI BACA
MULTI-SKILL: POLISI TERHADAP
KAKITANGAN KERAJAAN SEJAUH MANA KEBERKESANAN DALAM BIROKRASI
MULTI-SKILL atau kemahiran
berbagai, diterap ke dalam polisi pengurusan dan pentadbiran kakitangan
kerajaan tanpa mengenal jabatan dan kelulusan. Kerajaan ingin
menjadikan kakitangan mereka siap siaga dalam apa keadaan perubahan yang
berlaku, oleh itu cara serta pendekatan ke arah itu ialah dengan membawa
masuk polisi multi-skill development. Seorang jurutera komunikasi yang
berkelulusan ijazah dengan kepujian universiti Australia pernah berbual
panjang mengenainya sewaktu kami dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur
KLIK di
sini>>> (butiran lanjut)
ANTI-VIRUS: KEBERKESANAN TERHADAP
SISTEM KESELAMATAN PERSONAL COMPUTER, BAGAIMANA ANDA MENGAMBIL SIKAP
PROAKTIF MEMBASMI JANGKITAN VIRUS?
Virus
Internet terbaru dikenali sebagai WARMS? Dilancar melalui email
peribadi melalui talian jaringan internet telah menyebab sejumlah besar
'server' tergendala. Apakah keberkesanan 'antivirus' sediada terhadap
virus-virus baru dalam dunia siber? Perlu bertukar kepada anti virus
yang lain atau bagaimana? Bila kali terakhir anda menaik taraf sistem
anti-virus komputer?
KLIK di sini>>>
'BAD CLUSTER': PERLU BERHATI-HATI
DENGAN RAM (SDRAM/DDRAM) YANG TELAH ROSAK
Hard disk anda adalah
komponen paling sensitif. Pastikan RAM anda dalam keadaan stabil dan
baik. Kerosakan pada RAM walau tidak keseluruhan boleh mengakibatkan
'bad cluster' pada hard disk anda. RAM anda terbahagi kepada beberapa
'segment'. Walau terdapat hanya satu segment mengalami kerosakan
fizikal namun ia akan mengganggu kestabilan operasi windows anda?
Salah satunya RAM anda telah rosak/tidak stabil sering kali keluar 'error'
dengan paparan skrin berwarna biru selain dari faktor 'program corrupted'
yang boleh mengakibat mesej yang sama pada komputer. Terdapat beberapa
sebab komputer anda sering memaparkan 'mesej' berskrin biru:
- DRIVER HARDWARE TIDAK
STABIL
- PROGRAM/SYSTEM CORRUPTED
- HARDWARE MENGALAMI
KEROSAKAN (TEKNIKAL)
- RAM (SDRAM/DDRAM) TIDAK
STABIL
- HARD DISK ANDA MENGALAMI
KEROSAKAN PADA MASTER BOOT RECORD/TERDAPAT BAD SECTOR/CLUSTER TIDAK DAPA
DIBAIK PULIH
KLIK di
sini>>>
FALSAFAH DAN AGAMA
(Ruangan baru)
KETAATAN WANITA2 YANG SHOLEH:
WAHAI FIRAUN, INILAH ASIAH ISTERI YANG SHOLEH
WANITA
MELAYU KAPITALIS, sering kali terikut-ikut dengan jejak langkah fikiran
dunia barat yang kononnya berjuang untuk 'memelihara hak wanita'.
Wanita perlu diberi hak yang sama rata dengan kaum lelaki. Tidak boleh
ada diskriminasi terhadap mereka. Wanita perlu berdiri segagah dan
setanding dengan kaum lelaki. Wanita diberi kebebasan bersuara,
bersosial seperti mana kaum laki-laki. Bangsa atau pemerintah yang
tidak memberi hak sama rata terhadap kaum itu akan dianggap melanggar hak
asasi manusia, pemerintah mereka adalah 'kuno'. KLIK di sini (butiran
lanjut) >>>
MESTI BACA
AD-DIN: SEJAUH
MANA ANDA KUASAI ILMU AGAMA?
'ad-din',
al_Islam, sejauh manakah anda menganuti pendekatan beragama dalam kehidupan?
Pernahkah anda menyelidiki dengan kesungguhan untuk menguasai, mengetahui,
mempelajari ilmu agama Islam dengan sebenar-benarnya? Mungkinkah anda
dan kita turut tergolong seperti mana yang dikatakan oleh seorang penulis -
Dr. Kassim Ahmad, agama yang diwajibkan oleh nenek moyang orang Melayu (kerana
tidak mempelajari ilmu agama sebenar-benarnya)? Mari kita tenung
sebentar tentang 'tulisan' yang dikirim untuk sama-sama kita renungi KLIK di
sini (butiran lanjut)>>>
 |