Setiap orang mempunyai kegemarannya
sendiri. Kegemaran saya pula adalah memasak.
Saya
telah mengumpul banyak resepi dan dijadikan
sebagai satu koleksi peribadi.
Sebelum resepi tersebut
dijadikan koleksi, saya akan mencuba dahulu masakan tersebut.
Ini
kerana tidak semua resepi sesuai dengan selera saya dan juga keluarga. Sehingga
kini
saya telah menyimpan sebanyak lebih 300
resepi pilihan keluarga saya. Ini
termasuklah
masakan Melayu, Barat, sedikit Cina dan India.
Chef yang paling saya
minati
adalah Chef Wan dan saya sentiasa mengikuti rancangan masakan beliau di
kaca
televisyen. Anda
juga boleh berkongsi melayari laman webnya di:-
http: www.euco.com.my/chefwan/receipes