STORY & TIPS

                             TIPS                          STORY BEST
       1.   ADAKAH ANDA KREATIF?

       2.   TAHUKAH ANDA?

       3.  TIPS  KARANGAN

 

      1.  HIKAYAT PENJEJAK ULUNG

      2.   NTAHAPAAPANTAH!

      3.   RAHSIA MISAI ABANG DERAUF

 

 

                                  HIKAYAT PENJEJAK ULUNG

                                                           
TERHIKAYAT sebuah cerita lama akan seorang puteri yang tinggal di negeri Bayu Berapi sejak berkurun yang lalu. Puteri tersebut bernama Puteri Anatasari..............................

Adapun ayah Puteri Anatasari yang bernama Raja Intradesa bekerja sebagai seorang raja di negeri tersebut dengan pendapatan kasarnya Rp 750 bath sebulan. lbunya pula bernama Permaisuri Nirvana dan bekerja sebagai permasuri sepenuh masa. Raja Intradesa dan Permaisuri Nirvana berasa sungguh gembira kerana mempunyai anak yang sungguh rupawan, jelitawan, peragawan, harlawan dan one, three itu.

Kisah sebermula pada suatu malam, bulan mengambang... Pak Ngah la yang balik.... ai sayang, sewaktu sesi istana termasuk security guard sedang lena diulit intan, kelihatan seseorang yang berpakaian ala Ninja Turtle menyelinap ke dalam istana. Ninja yanig bernama Suria Andika itu terus menyelinap, menyelinap, menyelinap dan menyelinap, tak ubah seperti rumahnya sendiri, lagaknya. Kejadian yang berlaku sepantas kilat ttu langsung tidak disedari oleh sesiapa pun, termasuklah polis angkasa Gaban yang sedang berada di Zimbabwe.

Keesokan morningnya. seluruh istana menjadi gempar apabila Tumirah, tukang gaji dari Indonesia mendapati Puten Anatasari tiada di biliknya atau dalam bahasa mistiknya beliau telah dikidnap.

Maka histerialah Permaisuri Nirvana dan Raja Intradesa menjadi angry seangry-angrynya. Setelah mernbuat perbincangan dengan ahli-ahli kabinetnya, akhirnya beliau telah mengumumkan satu berita yang best kepada seluruh rakyat jelatanya.

"Sesapa saja yang berjaya menangkap penculik Puten Anatasari dan membawa pulang Puteri Anatasari dengan selamat maka beta akan kahwinkannya dengan Puteri Anatasari dan segala belanla perkahwinan ditaja oleh beta sendiri!" Begitulah lebih kurangnya pengumuman yang telah mendapat sambutan hangat daripada seluruh rakyatnya, lebih-lebih lagi Penjejak Ulung, seorang pendekar sambilan di Negeri Bayu Berapi.

Makanya, setelah merisik-risik khabar dan meminta pertolongan darl nenek kebayan yang tinggal di Selatan Thailand. tahulah akan Penjejak Ulung akan lokasi persembunyian si pengkidnap itu.

Syahadan, berlari-lari anaklah Penjejak Ulung menuju ke tempat yang dimaksudkan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menyelamatkan Puteri Anatasari pujaan NESKAPE itu. Setelah penat menempuh pelbagai cobaan... cobaan......cobaan ... serta rintangan mahupun tohmahan. maka bertemulah jua Penjejak Ulung dengan pengkidnap Putei Anatasari.
"Hoh! Berani kau mengganggu aku hah! Kau tau tak aku ni sapa haa!Aku Suria Andika! Bapak aku yang bagi
aku nama tu, haa ...! " Kata Suria Andika sebaik saja ternampak Penjejak Ulung yang berlagak seperti Rambo itu.

"Huh! Tujuh gunung, tujuh laut, tujuh rimba ku seberangi... alam kosong, alam misteri, alarn khayal dah ku tinggalkan... pahit maung, sirih pinang, kapur garnbir habis ku kunyah... ular sawa, cicak kobeng, naga sakti aku tak gentar!" Kata Penjejak Ulung kepada Suria Andika.

"Chiss!! Lepas mati aku hidup, hidup merdeka... sini sana... sarna saja... aku sama, sama saja, aku merdeka... merdeka... merdeka... merdeka!!! Arghh!l Arghh!! Arghh!!" Balas Suria. Andika. pula.

Maka selepas berjabat tangan dan bertanya khabar jiran masing-masing, pergaduhan pun dimulakan dengan diiringi oleh kata-kata mencarut dan kedua-dua pihak bertelagah.

Setelah masuk separuh masa kedua, kedudukan masih lagi seri dan ini akan membawa kepada masa tambahan dan seterusnya lagi kepada sepakan penalti.

Semasa sepakan penalti dibuat, akhirnya Penjejak Ulung telah terkena sepakan di cuping telinga kanannya lalu rnenyebabkan dia tak dapat bertahan dan menyerah kalah. Penjejak Ulung dipengsankan oleh Suria Andika dengan sekali tempeleng saja.

"Ampun Tuanku, inilah dia orang yang telah menculik puteri tuanku itu, Tuanku." Sayup-sayup telinga Penjejak Ulung menangkap suara serak-serak katak itu.

Alangkah terkeiutnya Penjejak Ulung apabila dia dapati dirinya kini sedang berada di dalam istana. Dan dia menjadi terkejut kuasa dua apabila Suria Andika itu sendiri yang menuduh Penjejak Ulung yang melakukan penculikan itu.
Tidak Tuanku, tidak, dusta, wrong, salah, tak betul dan nehi tuanku! Sebenarnya dialah penculik yang sebetul-betulnya, Kalau tuanku tak caya, cuba try test tanya sama  Hud-hud. Oppsl Tanya sama Puteri Anatasari itu sendiri, ampun tuanku," Penjejak Ulung cuba membela dirinya daripada digossip oleh Suria
Andika.
"Betulkah begitu wahai anakanda?"
"Tidak ayahanda. Sebenarnya pemuda inilah yang telah menculik anakanda tempohari, ayahanda.' Kata Puteri Anatasari sambil menunding jari ke arah Penjejak Ulung.
"Aik?! Apa ni?!" Penjejak Ulung berkata sendirian. Pendekar Ulung menjadi semakin bingong, mengong dan tongong.Oleh kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa Suria Andika dan tiada seorang pun peguambela termasuk Karpal Singh yang sanggup mengendalikan kes Penjejak Ulung, maka dia pun dijatuhkan
hukuman penjara sampai boring oleh Raja Intradesa.
    Maka berkahwinlah Puteri Anatasari dengan penculik yang sangat dicintainya itu. Untuk mengenang jasa Penjejak Unggul, selepas perlantikan Suria Andika menggantikan Raja Intradesa sebagai raja, maka Penjejak Ulung pun dibebaskan tanpa ikat jamm dan diberi saquhati sambil Puteri Anatasari berkata kepadanya,

 'Sebenarnya Suria Andika adalah kekasih beta dan kami berdua telah merancangkan semua ini supaya dia dapat berkahwin dengan beta dan terima kasih kerana secara tak langsung kamu turut menjayakannya."
Tanpa berkata sepatah haram pun, Penjejak Ulung terus berlari dalam guni dengan sekuat hatinya dan terus
menghantukkan kepalanya pada Tembok Berlin. Olen sebab itulah sehingga sekarang. minyak merupa-
kan hasil eksport utama negara Iraq, disebabkan komuditi implikasi buah yang berkurangan promosinya.

Sekian. Wassalam..................

ANDA KREATIF??

 

Bilakah kah terakhir anda menerbitkan idea kreatif? Malarn tadi? Minggu lalu? Dua minggu lalu? Bulan lalu? Tahun lalu? Lupa bila? Berapa kali dalarn sebulan anda berfikir secara kreatif Sekali sebulan? Dua kali sebulan? Sepuluh kali sebulan? Lupa mengira? Apakah faktor yang menaikkan dorongan anda untuk berfikir secara kreatit? Kerja-kerja anda? Sekitaran anda? Keperluan untuk mencari untung yang lebih? Isteri anda? Suami anda? Anak anda? Sengaja seronok-seronok? Apakah idea kreatif anda yang terakhir? Menjual pisang salai ?  Mengurangkan jumlah kertas yang dibuang apabila membuat kerja-kerja zeroks di pejabat? Menghasilkan beg sangkut yang cantik dari tali batang pisang?

Saya pernah bertemu dengan seorang yang memberitahu saya dia .."malas nak fikir," Nampaknya orang in imemiliki nafsu berfikir yang rendah. Tidak bermotivasi. Kehidupan seks mental nya dingin. Barangkali dia melihat tidak ada keperluan untuk memikirkan dan melakukan apa-apa yang baru. Tidak ada sebab mengapa perlu menyeleweng daripada apa-apa yang biasa. Tidak perlu mempertikai apa yang selama ini boleh jalan. Untuk apa susah-susah berfikir. Pakai saja cara-cara yang sudah ada. Habis perkara. Bukankah hidup lebih mudah kalau begitu? Teruskan buat macarn biasa.

Kepada orang ini, ada dua alasan mengapa kita perlu meninggikan nafsu mental kita. Pertama ialah perubahan. Dunia kita tidak statik. Sedangkan cita rasa kita pun berubah-ubah. Apa yang memuaskan kita dulu, tidak lagi mampu mernuaskan kita hari ini. Setiap kali terjadi perubahan, muncullah maklumat baru. Demikian itu kita tidak dapat lagi menggunakan cara yang ada untuk menyelesaikan masalah baru yang tiba-tiba muncul di depan kita. Berkali-kali kita tersedar, apa yang boleh,jalan tiga tahun dulu. tidak boleh jalan lagi tahun ini, Tiga tahun dulu jurutaip boleh mendapat kerja tanpa tahu menggunakan koinputer. Tahun ini tidak lagi.

Alasan yang kedua ialah: orang yang nafsu mentalnya dingin hidup bosan dan membosankan, serta menjadi masalah kepada orang lain di mana juga dia berada. Fikiran yang kreatif adalah ibarat nafsu seks bagi kehidupan mental kita. Seperti apa-apa saja yang bersifat baru, idea mempunyai batas hayat. Apa-apa yang baru akan menjalani proses kelahiran, pendewasaan dan mati. Begitu juga halnya dengan idea. Maka itulah kita mesti melahirkan idea-idea baru dari masa ke masa. Caranya ialah dengan melakukan banyak kegiatan seks mental.

Seperti kegiatan seks biologikal, seks mental dijamin menyeronokkan. Proses menerbitkan idea-idea baru menghasilkan kepuasan yang kita perlu untuk kesihatan mental, psikologi dan fizikal.

Orang yang kreatif adalah orang yang memberangsangkan. Kajian oleh pakar psikologi menunjukkan orang kreatif memiliki beberapa ciri peribadi yang istimewa. Mereka ingin tahu sernua perkara, oleh itu pengetahuan am mereka lebih luas daripada orang biasa-biasa. Mereka mernerlukan pengetahuan itu untuk melahirkan pelbagai idea pada bila-bila waktu. Mungkin dalam masa 1 jam lagi, ataupun 10 tahun kernudian. Akan tetapi dia yakin, ia tetap akan terjadi.

Lebih banyak pengetahuan, lebih tinggi peluang kita menerbitkan idea baru. Akan tetapi mengapakah ada orang yang memiliki banyak pengetahuan tidak berupaya mencipta apa-apa yang baru? Sebab mereka hanya menyimpan saja pengetahuan yang banyak itu. Mereka tidak memikirkan tentang apa yang mereka ketahui dengan menggunakan cara berfikir yang baru. Seperti seks biologikal, kita sernua memiliki alat-alat yang diperlukan. Yang kreatif tahu apa yang mereka mahu buat dengan menggunakan apa yang mereka miliki. Kalau mahukan sesuatu yang baru, kita perlu menggunakan alat-alat yang sama tetapi kali ini dengan cara yang baru. Itu saja.

Berfikir secara kreatif mengkehendaki supaya kita menggunakan sikap yang dapat membantu kita meneroka idea baru dengan cara memanipulasi pengetahuan dan pengalaman yang sedia kita miliki. Dengan itu kita berani mencuba pelbagai teknik dan pendekatan. Cuba satu, gagal satu, cuba lagi, gagal lagi. Cuba lagi. Kita sanggup dituduh gila dan bodoh oleh orang lain. Malah oleh isteri atau suami kita sendiri. Atau oleh kekasih kita sendiri. Akan tetapi itu tidak melemahkan motivasi kita. Sekali-sekali kita melawan cara-cara yang sudah termaktub. Mempertikai apa yang menjadi keyakinan selama berpuluh-puluh tahun, malah beratus-ratus tahun.

Sikap berani melawan kanun adalah normal dalam proses pembaharuan. Ambil contoh dalarn bidang sukan renang. Sehingga dalam tahun 1920-an, cuma ada 3 teknik renang kompetitif, iaitu gaya bebas, kuak belakang dan kuak dada. Tiap-tiap teknik ada peraturan masing-masing yang menentukan cara bagaimana renangan itu mesti dibuat. Untuk gaya kuak dada, peraturan mengatakan, kedua belah tangan mestilah ditarik serentak dalam air, kemudian dibawa ke depan serentak untuk mengulangi kuakan. Ulang seperti mula-mula tadi. Kebanyakan orang mentafsir, tangan mesti dibawa ke depan semula di bawah air juga.

Walau bagaimanapun dalarn tahun 1920-an ada pihak mencabar peraturan tersebut dengan mengatakan ia tidak semestinya dibuat di hawah air. la boleh juga dibuat dengan mengangkat kedua-dua belah tangan ke luar ke atas permukaan air. Kuakan cara baru ini terbukti boleh meninggikan kelajuan sebanyak 15%. Oleh yang demikian perenang yang menggunakan kuakan cara lama tidak mampu menandingi kelajuan mereka yang menagunakan kuakan cara baru. Sesuatu terpaksa dilakukan. Akhimya teknik kuakan baru itu, yang kini kita kenal sebagai "gaya kupu-kupu" mendapat pengiktirafan sebagai teknik renang kompetitif yang ke-4. Tiga puluh tahun kemudian, barulah ia diterima sebagai acara sukan Olimpik 1956.

Semarakkanlah kehidupan seks mental kita sebagaimana kita menyemarakkan kehidupan seks biologikal kita. Biar kita dianggap gila dan bodoh. Yang penting kita seronok dan menyeronokkan. Seperti seks.

 

TAHUKAH ANDA?

    Hati merupakan organ dalaman paling besar. Beratnya boleh mencapai sehingga 10.5 kilogram. Jika 80 peratus hati manusia dikeluarkan, ia rnasih boleh berfungsi. Malah ia akan kembali membesar ke saiz asal menjadikannya satu-satunva organ yang tumbuh semula. 

Ukur lilit bulan adalah 3,476 kilometer. 

Suhu paling sejuk pernah direkodkan di Siberia adalah 701 Celsius di bawah paras beku.

Lebih 75 peratus daripada negara dunia terletak di utara Khatulistiwa.

Cahaya mengambil masa selama 8.5 minit untuk bergerak dari matahari ke permukaan bumi.

Penduduk asli Papua New Guinea bertutur dalarn 700 dialek berlainan menjadikan pulau. kecil itu memiliki dialek paling banyak di dunia.

Jika anda berjalan dari Timur ke Barat merentasi Soviet Union, anda akan melintasi tujuh zon masa.

Secara purata kelajuan matahari mengorbit bumi adalah 107,220 kilometer sejam.

Sehari di Jupiter bersamaan dengan 9 jam, 50 minit dan 30 saat di bumi.

Satu kilogram lemon mempunyai lebih banyak gula daripada satu kilogram strawberry.

Seekor siput babi dewasa  mempunyai kira-kira 25,000 batang gigi.

TIPS MENYUDAHKAN KARANGAN

 

CONTOH SOALAN:

Pada suatu pagi emak saya mengajak saya ke sebuah pasar untuk membeli sayur-sayuran dan ikan. Saya pun bersetuju untuk menemankan emak saya ke pasar. Setibanya di pasar, saya lihat ramai orang sedang membeli ikan, tiba-tiba emak saya menjerit dengan kuat sekali. "Pencuriki Pencurik!"

Tanpa membuang masa, saya pun.........................

(sila ceritakan pengalaman anda itu dengan karangan tidak kurang dari 350 patah perkataan).



APA YANG PERLU ANDA BUAT/ FIKIRKAN:

Dalam soalan tersebut, cuma ada tiga watak utama.emak, saya dan pencuri. Saya itu adalah anda
sebab anda yang akan menghabiskan cerita ini. jjka saya itu adalah jiran anda maka jIran anda harus
menghabiskan cerita ini. Tetapi sekarang, saya itu adalah anda dan anda adalah saya di dalam cerita ini..

Secara logiknya apabila seseorang itu menjerit, Pencurik! Pencuriki. sudah tentu pencuri itu akan melarikan dirinya. Oleh itu anda haruslah menjadi seorang hero dalam cerita ini. Sebagai seorang hero, apabila ternampak pencurik itu lari maka hero kenalah berlari sama.

Apa yang perfu anda tulis, ambil ayat dari perenggan kedua dan sambungkan:

Tanpa membuang masa, saya pun berlari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari, lari (diulang tulis sebanyak 350 patah perkataan) dan menuju ke balai polis Bukit Aman untuk membuat report supaya pencuri itu dapat ditangkap oleh polis. Tiga bulan kemudian pencuri itu akhirnya berjaya ditangkap.

CARA PENILAIAN:

Cara penulisan anda akan menimbulkan rasa suspens kepada pemeriksa jawapan. Ayat yang anda tulis (lari.....lari...sebanyak 350 patah perkataan) yang berulang-ulang itu dapat  menimbulkan adegan aksi yang lasak dan membuatkan pemeriksa berpeluh-peluh ketika menghayatinya.

Tindakan anda melaporkan kejadian itu ke balai polis adalah suatu tindakan yang yang terpuji sekali walaupun anda terpaksa berlari sejauh lapan belas kilometer.

Akhir sekali pemeriksa kertas jawapan akan memberi markah penuh kepada contoh karangan yang telah di tulis ini.

AMARAN: Dapatkan khidmat nasihat daripada guru karangan anda sebelum mencuba.....

 

NTAHAPAAPANTAH!

GHULAM cacat penglihatan dan selama 40 tahun usianya habis dikampungnya, sebuah pulau................

 Tidak pernah sekali pun dia menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Akhirnya peluang itu tiba apabila dibawa menziarahi abangnya yang sakit tenat. Sewaktu berada dalam kapal terbang dia meraba-raba rempat duduknya.

Wow!, besarnya kerusi ini!" kata Ghulam.

"Di Kuala Lumpur sernuariya besar," jawab penumpang di sebelahnya.

Sampai saja di Kuala Lumpur, Ghulam terus menuju ke restoran dan memesan minuman.

"Wah besarnya gelas ni!" kataGhulam, apabila pelayan meletakkan minuman di atas mejanya.

"Di Kuala Lumpur sernuanya besar,' balas pelayan restoran.

Selesai minum, Ghulam terasa hendak ke tandas dan bertanya kepada pelayan arahnya.

Pintu kedua di sebelah kanan," jawab pelayan restoran.

Ghulam bangun dan berjalan mengikut arah yang ditunjukkan. Tetapi dia membuka pintu ketiga yang merupakan pintu yang menuju ke kolam renang. Pintu ditolak dan dia terus berjalan. Tiba-tiba Ghulam terjatuh dalam kolam renang.......

"Tolong!'I'Olong! Jangan pam tandas ini." Ghulam menjerit.






JENNY yang rnempunyal rnasalah berat badan menemui doktor untuk mendapatkan nasihat. Daripada, pertemuan singkat itu, dia dinasihatkan supaya berlari 16 kilornetcr sehari selama sebulan. Doktor juga memberi jaminan bahawa cara itu amai berkesan. - Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkannnya. berat badannya turun sebanyak 10 kilogram. Dia terlalu gembira, lalu menelefon doktor berkenaan.

"Tapi doktor, saya ada satu lagi masalah besar, katanya.

"Apa dia?" dokror bertanya.

'Macam mana saya nak balik..., sekarang ni saya berada 480 km dari rumah."

 

                                                                  

RAHSIA MISAI ABANG DERAUF

Cakap banyak pun tak guna. Buat cair air liur aje, Puji lebih-lebih pun tak jadi. Buat berlapik anak lidah aje. Satu kampung semua dah tahu. Satu kampung semua dah maklum. Jaguhnya bukan orang lain Heronya pun tak lain tak bukan tetap Abang Derauf jugak. Hero misai!

Ada yang kata misai Abang Derauf jenis tanduk kerbau balau. Ada pulak yang kata jenis bapak seladang. Yang dengki. yang iri hati akan kata misai jenis petualang pulak. Namun. wajah Abang Derauf terlalu hebat dengan misai hitam lebat yang melintang atas bibirnya itu. Singkat kata, dengan misai pun Abang Derauf mudah carik makan!

Peri kehebatan misai Abang Derauf mernbawa taksiran yang macam-macam. Pada yang menyukai, misai Abang Derauf menjadi pemanis wajah. Pada makJan-makJan pulak, misai Abang Derauf dikata misai jantan. Pada bebudak pulak. nengokkan misai Abang Derauf boleh menerbitkan rasa gerun. Garang semacam je. Manis, jantan dan garang. Semuanya terletak pada misai Abang Derauf!

Dan kehebatan misai Abang Derauf akan lebih terserlah apabila dia menyarung seragamnya. Dengan seluar coklat dengan baju ala bush-jacket kelabu gelap, ditambah dengan beberapa butir bintang tempahan sendiri atas kedua kepala bahu. Abang Derauf benar-benar dikagumi selaku pegawai keselamatan yang bertanggungjawab menjaga kesentosaan sebuah kedai emas! Tu, bukan calang-calang orang sanggup pikul risiko macam tu!

Pun begitu, di sebalik semua kehebatan juga segala macarn tafsiran itu, Abang Derauf sebenarnya tidak suka berbangga-bangga, Abang Derauf tetap suka merendah diri. Bergaul berkawan dengan orang yang tak bermisai bukanlah penyebab untuk dirinya dikasta-kasta sesama sendiri. Lalu kerana itulah Abang Derauf cukup disenangi oleh kaum sejenisnya dan lebih-lebih lagi di gemari oleh kaum yang bukan sejenis dengan-nya. Kaum yang tertarik pada misai jantan Abang Derauf..

Pun mujur besarlah Abang Derauf jenis manusia yang tahan calar kalis godaan. Datang dan kiri Abang Derauf tepis. Dari kanan Abang Derauf tolak. Dari depan dari belakang pun Abang Derauf sempat lagi mengelak. Lalu, ramailah yang makan hati dan patah harap untuk bergandingan sebahu dan semisai dengan Abang Derauf. Namun begitu. masih ada yang terus memasang harapan!

Harapan untuk bersarna Abang Derauf Dan sebagaimana selalu. pada setiap yang sabar itu akan merasai kernenangan. Abang Derauf tertewas juga akhirnya pada godaan yang maha hebal Sudah fidak tertepis lagi oleh Abang Derauf paca godaan Vang maha kuat. Abang Derauf terpaksa akur kepada kehebatan kaum yang bukan sejenis dengannya itu

Dan pagi itu, warung tempat Abang Derauf selalu hinggap sebelum pergi memulakan dutinya menjadi gempar. Ada yang menekup mulut menahan tawa. Ada yang rnenepuk-nepuk perut tak tahan geli yang menggeletek tangkai hati. Dan ada juga yang menggeleng-geleng perlahan tanda simpati. Dan Abang Derauf sendiri ?

Mukanya sekali merah, acapkali biru. Sambil meneguk kopi sambil menundukkan kepala rapat ke muka meja. Pertanyaan derni pertanyaan yang menghujani telinganya, satu pun tidak disahutnya. Abang Derauf tunduk dan terus tunduk, sedang sepasang tangannya tak lepas-lepas dari menekup mulut. Pun begitu, sudah ramai yang dapat meneka....

Mata kiri Abang Deraut lebam.. Sebelah pipinya pula ada bekas cakaran yang masih memerah. Jambul Abang Derauf kusut masai. Wajahnya pula cukup keruh seperti panglima baru kalah perang!

'Pornpuan ni memang susah dibawak berunding ... I itulah tutur pertama Abang Derauf setelah lama mendiamkan diri. Entah kepada siapa yang ditujukan, entahlah. Barangkali jugak dirinya sendiri....

'Cemburu buta... habih! Habih misai aku jadi mangsa. Ni berapa tahun pulak ni baru nak tumbuh semula?"' Abang Derauf membuka tangan yang menekup mulutnya. Tunggul- tunggul misai bekas di-gunting jelas kelihatan.

Tetiba, Abang Derauf meraung sesungguh hati.......................!