Lencana
Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing
 
Bicara Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pengetua
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, sekali lagi Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing yang kita cintai ini mengorak langkah ke arah era teknologi maklumat yang penuh cabaran ini dengan terhasilnya laman webnya yang tersendiri.

Dunia hari ini yang sentiasa berubah maju, membawa bersamanya bermacam cabaran. Justeru itu, kita perlulah sentiasa mengikuti perubahan- perubahan ini agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan dan kemajuan teknologi dan informasi terkini. Usaha dan rekayasa manusia yang wujud menerusi wahana pendidikan seharusnya berupaya menyediakan sumber daya manusia yang berketerampilan, mempunyai ciri futuristik yang global, berwatak mandiri, berdaya maju, berjiwa wirawasta, berani meneroka alam dan horizon baru serta mempertahankan nilai-nilai agama dan bangsa Malaysia sejati.

Akhir sekali, semoga dengan terhasilnya laman web SMKM ini, segala maklumat berkenaannya dapat dicapai oleh seluruh lapisan masyarakat untuk mengenali SMKM dengan lebih dekat lagi dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah intitusi kekeluargaan yang unik.

Sekian. Terima Kasih.

Tuan Haji Tajudin bin Hasim
Pengetua
Sek. Men. Kebangsaan Mersing
e mail : psmkmg@tm.net.my

ONE STEP AHEAD
 
 
 
This page hosted by Logo Geocities Get your own Free Home Page