Lencana
Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing
 
Latarbelakang Asrama
 
asrama1

Perkembangan dari tahun ke tahun telah mengubah kawasan asrama berdasarkan kepada keperluan semasa. Pada tahun 1972, kawasan asrama telah dijadikan kebun sayur untuk aktiviti sains pertanian.

Cadangan untuk mendirikan asrama puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing datangnya dari Kementerian Pelajaran sendiri yang berasakan bahawa sebuah asrama untuk pelajar puteri amat diperlukan. Keperluan ini disebabkan oleh pertambahnya pelajar puteri yang berasal dari pulau-pulau berhampiran dan juga dari kawasan tanah rancangan FELDA dan RISDA.

Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan sebuah bangunan dua tingkat berserta dewan makan telah siap dibina kurang setahun setengah selepas itu. Pada pertengahan Ogos 1984 asrama ini mula diduduki oleh 52 orang pelajar puteri dan seorang guru asrama. Bilangan penghuni kini bertambah dari tahun ke setahun.

Tahun

Bil. Bilik

Bil. Pelajar

1984

3

52

1985

4

72

1986

4

107

1987

4

113

1988

4

136

1989

5

157

1990

4

145

1991

4

81

1992

4

104

1993

4

110

1994

5

112

1995

5

106

1996

5

106

1997

5

106

1998

5

113

asrama2

Asrama ini hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat tempat tinggal penghuni dan sebuah dewan makan. Pondok Jaga di pintu masuk asrama didirikan pada pertengahan tahun 1989 dan mula digunakan pada Julai 1989. Di hadapan dewan makan terdapat sebuah balai bacaan yang telah dibina pada tahun 1990. Balai ini digunakan oleh asramawati sebagai tempat membaca dan berehat atau berbincang di waktu lapang. Secara keseluruhannya, asrama ini berlatar belakangkan suasana desa pinggir pantai yang aman dan tenteram.

 


ONE STEP AHEAD
 
 
 
This page hosted by Logo Geocities Get your own Free Home Page