Assalamulaikum
w.w. dan selamat sejahtera.
Menurut Alvin dan Heidi Tofler
dalam bukunya, "Creating A New
Civilization", alaf ke-21 ini dilihat sebagai "Third Wave." Dunia
akan mengarah kepada "high-tech and information intensive development." Gelombang
ini akan bercirikan dasar langit terbuka ,"borderless world" atau
dunia tanpa sempadan, berlakunya ledakan maklumat dan pertembungan
budaya yang hebat.
Bersesuaian
dengan kemajuan dunia maklumat
tersebut, kelahiran laman web Sekolah
Menengah Kebangsaan Jelai (Felda)
adalah amat dibanggakan. Saya amat
bersyukur ke hadrat Allah kerana
dengan izin-Nya, laman web ini
dapat diwujudkan.
Ini
bermakna sekolah ini dapat dikenali
dan dilawati di alam siber dalam
aspek sejarah, budaya sekolah,
informasi statistik dan kemanusiaan,
keunikannya dan perkembangan terkini.
Apa yang diharapkan ialah wadah
pendidikan ini dapat diperkayakan
dari masa ke masa melalui perkongsian
maklumat dan pengetahuan daripada
semua pihak.
Bagi
saya, laman web ini bukan sekadar
paparan visual semata-mata, bahkan
ia dapat membuka satu dimensi baru
dalam budaya ilmu ke arah pendidikan
bertaraf dunia yang menjadi matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Marilah
sama-sama kita merealisasikan hasrat
tersebut.
Selamat Berkunjung ke SMK Jelai (Felda).
En. Sabuddin bin Hj. Sani
Pengetua SMK Jelai (Felda)