Balik ke Menu Utama Fokus Sup KImia

FOKUS JULAI 1999

Kelengkapan Untuk Skor Kimia 1999

rock.gif (997 bytes) Anda sudah menerima keputusan peperiksaan pertengahan tahun anda. Keputusan Kimia anda tidak memuaskan. Anda ingin memperbaiki keputusan Kimia anda pada Peperiksaan Percubaan SPM dan seterusnya SKOR dalam Peperiksaan SPM 1999. Masalahnya ialah anda tidak tahu bagaimana hendak melakukannya !
rock.gif (997 bytes) Dalam Fokus Julai ini cikgu akan mencadangkan beberapa kelengkapan yang anda mesti sediakan untuk membantu anda mencapai keputusan Kimia yang lebih baik.

Buku Nota Belilah sebuah buku nota ringkas. Buku nota ringkas boleh membantu anda mengingat kembali fakta-fakta atau konsep kimia yang penting dalam masa yang singkat.
Buku Model Kertas Soalan SPM Beli sekurang-kurang tiga set model kertas soalan Kimia SPM. Mulai sekarang, anda memerlukan latih tubi yang cukup untuk "polish" kemahiran menjawab soalan. Bincang dengan kawan anda atau tanya cikgu jika anda menghadapi masalah.
Jadual Perancangan Anda mesti merancang masa yang diperlu untuk menghabiskan sebuah model kertas soalan SPM. Tetapkan bilangan soalan objektif dan soalan struktur yang mesti dicuba oleh anda setiap minggu. Dengan perancangan yang teliti anda pasti akan berjaya.
Spot Soalan Esei Anda mesti memilih topik-topik yang anda "cofidence" dan membuat koleksi soalan esei bagi topik-topik berkenanan. Ingat ! Anda tidak digalakkan "spot soalan" tetapi dikehndaki "spot topik". Semasa memilih topik-topik untuk spot, sila ambil perhatian bahawa ada topik-topik yang sentiasa digabungkan dalam SPM. Berikut ialah contohnya.

Topik 2 : Jadual Berkala dan Topik 3 : Ikatan Kimia
Topik 4 : Elektrokimia dan 10 : Pengoksidaan dan Penurunan.
Topik 5 : Asid dan Bes dan Topik 9 : Garam
Topik 6 : Petroleum dan hidrokarbon dan Topik 13 :  Asid organik, alkohol dan polimer semula jadi.

Sup Kimia Ikutlah perkembangan Laman SUP KIMIA yang terbaru. Untuk maklumat, Fokus Ogos Sup Kimia akan menerbitkan Soalan Ramalan Kimia untuk SPM 1999.