![]() |
|
Asal usul ilmu Kimia | |
![]() |
Beratus-ratus tahun dahulu, ahli kimia dikenali sebagai alkimia. Kegiatan mereka adalah tertumpu kepada usaha
untuk
|
Mereka telah mencuba tetapi tidak berjaya. Walau bagaimanapun, usaha mereka tidak sia-sia, kajian yang mereka lakukan telah membawa kepada penemuan sebatian kimia baru dan cara sintesis beberapa seabtian kimia yang berguna. |
Empat Unsur Asas | |
Orang Yunani ialah bangsa pertama yang cuba
menjelaskan perubahan kimia. Mereka telah mengemukakan suatu teori bahawa semua bahan
terdiri daripada empat unsur asas, iaitu
api, air, tanah, dan udara. Keempat-empat
unsur itu dipercayai saling berkaitan dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti panas,
sejuk, kering, dan lembap. Wayang gambar "The Fifth Element" adalah cerita yang berkaitan dengan teori empat unsur tersebut. |
![]() |
Atom | |
![]() |
Pada tahun 400 S.M. , dua orang ahli falsafah Yunani iaitu
Democritus dan Epicurus, telah menegemukakan idea bahawa jirim terdiri daripada
zarah-zarah yang sangat kecil yang disebut atom.
Atom bermaksud "tidak terbelahkan" . Konsep ini telah
dibincangkan selama beratus-ratus tahun. Idea atom telah ditimbulkan semula oleh John Dalton, seorang ahli kimia inggeris pada tahun 1808. Beliau telah mengemukakan Teori Atom Dalton. |
Teori Atom Dalton :
Walau bagaimanapun, beberapa hujah dalam teori beliau telah dibuktikan tidak benar kemudiannya. |
This page hosted by Get your own Free Home Page